CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6857|Reply: 92

[Tempatan] Klang: kucing didera hingga mati di tiang lampu.

[Copy link]
Post time 13-5-2016 12:58 AM | Show all posts |Read mode





KLANG - Beberapa gambar seekor kucing yang mati diseksa di Taman Klang Jaya, Klang tersebar di media sosial mengundang amarah netizen.

Semalam, Wong Che Wey, 32, memuat naik gambar-gambar itu ke Facebook selepas beliau ternampak bangkai haiwan itu diikat pada tiang lampu ketika dalam perjalanan pulang ke rumah.

Menurutnya, beliau ternampak kucing itu dengan kedua-dua kaki hadapannya diikat pada tiang lampu berhampiran rumahnya pada jam 6.30 petang Rabu.

Beliau terkejut dengan penemuan bangkai kucing itu kerana tidak pernah menjangkakan tindakan kejam sedemikian akan berlaku di kejiranan yang aman dan tenteram.

“Saya telah tinggal di sini selama 30 tahun. Ini kali pertama saya lihat kekejaman sedemikian,” katanya kepada FMT.

Jelasnya, beliau sedang mengesan pelaku terbabit menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) jiran-jirannya.

Che Wey berkata, memang ada banyak kucing dan anjing terbiar di kawasan perumahan itu dan sudah beberapa tahun Majlis Perbandaran Klang tidak menangkap haiwan-haiwan jalanan itu.

Beliau berkata, kucing malang itu telah melahirkan empat ekor anak kucing yang kini dijaga seorang jirannya yang sudah berusia.

Che Wey kemudiannya mengebumikan kucing itu.

Catatannya di Facebook itu dibanjiri komen-komen yang mengecam tindakan keji itu.

Thomas Seah berpendapat: “Kucing itu tidak bersalah. Pesalah itu perlu dihukum kerana menyeksa haiwan.”

Seorang lagi pengguna Facebook, Radzi Nazri Hartanah menyuarakan kesedihannya terhadap kekejaman ke atas kucing itu.

Timmy Kueh turut menghentam perbuatan kejam itu dengan menyifatkan ia adalah “tindakan pengecut”.

Sementara itu, Facebook Cherishlife Home memuat naik sekeping gambar seekor anjing liar yang dikelar dan dibiarkan mati di luar sebuah restoran di Jalan Kuchai Maju 9, ibu negara dua hari lalu.

Catatan itu memaklumkan sukarelawan Cherishlife Home telah mengambil bangkai anjing itu yang dinamakan Candle untuk dikebumikan dan merayu orang ramai supaya tidak mencederakan haiwan-haiwan tidak bersalah.


This image has been resized. Click this bar to view the full image. The original image is sized 720x960.

This image has been resized. Click this bar to view the full image. The original image is sized 720x960.

This image has been resized. Click this bar to view the full image. The original image is sized 960x720.


http://www.freemalaysiatoday.com/cat...a-tiang-lampu/


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-5-2016 01:06 AM From the mobile phone | Show all posts
Ooo tedah.. sian pusak ya lok.. kempang ati orang nok molah camya.. sik selamatnya dunia akhirat
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2016 01:07 AM | Show all posts
dah tahu sapa pelakunya nanti sila viralkan iya. bolehlah si pelakunya disula di ikat terbalik kepala ke bawah, dirodok biji mata, di siat kulitnya, dipanggang betisnya lalu bila akhirnya mati, mayatnya dibiarkan di padang selama seminggu untuk dimamah burung gagak.
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2016 01:11 AM From the mobile phone | Show all posts
Klang?
Mohon @spiderman80 buat siasatan di kawasan kejiranan heshe
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2016 01:14 AM | Show all posts
cmf_premierleag replied at 13-5-2016 01:11 AM
Klang?
Mohon @spiderman80 buat siasatan di kawasan kejiranan heshe

Kononnya ia berlaku di Taman Klang Jaya. (Depan Bandar Bukit Tinggi).
Ah Soh yang membantu kucing tu ada memberitahu pemberita bahawa kejiranan dia tu banyak sangat kes manusia menyeksa haiwan seperti kucing. Tapi kes terbaru tu teramat over lah. Kejam yang amat!!!
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2016 01:16 AM From the mobile phone | Show all posts
Kesiannya... Kejam sgt
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-5-2016 01:16 AM | Show all posts
edee_91 replied at 13-5-2016 01:07 AM
dah tahu sapa pelakunya nanti sila viralkan iya. bolehlah si pelakunya disula di ikat terbalik kepal ...

Rasanya susah untuk menangkap pesalah tu sebab kucing tu dah arwah. Jadi pihak polis tak dapat mengambil keterangan dari mangsa.
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2016 01:18 AM | Show all posts
Spidey syak budak-budak yang buat.....kalau orang dewasa yang buat, tak tahu nak cakap apa lagi.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-5-2016 01:23 AM | Show all posts
spiderman80 replied at 13-5-2016 01:18 AM
Spidey syak budak-budak yang buat.....kalau orang dewasa yang buat, tak tahu nak cakap apa lagi.:mad ...

memang fitrah kejadian manusia, bro spidey. fitrahnya suka menyeksa binatang. ala2 dapat kepuasan berdenyut-denyut sebegitu bilamana dapat seksa. bayi umpama sebentang kain yang hitam legam lagi busuk berdaki. ibu bapalah yang berperanan untuk menyental menggilap membasuh serta menggunakan peluntur untuk memutih lagi mensucikan kain yang hitam itu.

Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2016 01:26 AM | Show all posts
edee_91 replied at 13-5-2016 01:23 AM
memang fitrah kejadian manusia, bro spidey. fitrahnya suka menyeksa binatang. ala2 dapat kepuasan  ...

Kalau ini ujian BM SPM, Cikgu Spidey akan bagi markah penuh!!
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2016 01:28 AM | Show all posts
                  
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2016 01:29 AM | Show all posts
serius aku rasa geram sangat tengok gambar tu. padahal aku bukanlah saorang pencinta binatang pun.
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2016 01:54 AM From the mobile phone | Show all posts
semalam nampak budak budak pukul anjing. anjing kena ikat la tapi. semoga anjing tu telepas.
aku dlm keta time tu. dari jauh boleh nampak.
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2016 01:56 AM | Show all posts
Edited by kemaruk at 13-5-2016 01:57 AM

Hahaha padam muka mak kucing kena bunuh hahaha

Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2016 02:03 AM | Show all posts
allhaillll replied at 13-5-2016 01:54 AM
semalam nampak budak budak pukul anjing. anjing kena ikat la tapi. semoga anjing tu telepas.
aku d ...

and yet they say manusia adalah khalifah bumi. gelak besar penuh sinis aku sis.
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2016 02:18 AM | Show all posts
Kesian baby kucing yg tak berdosa tu. Mak dah takde, dah la kena bunuh dgn kejam. Kucing aku mcm tu jugak, umur tak sampai sebulan dh jd yatim piatu. Alhamdulillah, skg ni aktif lompat sana sini. Kucing yg tak sempat merasai kasih sayang mak mmg manja sgt nakkan perhatian. Layan ajelah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-5-2016 02:19 AM From the mobile phone | Show all posts
edee_91 replied at 13-5-2016 02:03 AM
and yet they say manusia adalah khalifah bumi. gelak besar penuh sinis aku sis.

Dah betul la tu Ed. Manusia khalifah di bumi = manusia tuan di bumi. Tau2 saja la perangai ketuanan ni camna.
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2016 02:29 AM From the mobile phone | Show all posts
Walaupun kucing ada 9 nyawa bak kata cat behavorist tapi dia tak layak diperlakukan sebegitu. Tangkap lah penyeksa binatang tu cepat. Sudah semakin pupus rasa kasih & sayang terhadap makhluk lain.
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2016 03:55 AM | Show all posts
I tak berapa paham the mentality orang yang melakukan kerja semacam ni. Mabuk kah, under drug influence kah? Apa apa pun, ianya adalah tindakan org yg kita patut ketepikan dari society kita.

Kesian kittens tu semua. Susah depa nak learn toiletting betul betul dan nak tangkap tikus ke apa sebab ini can only be taught by mommy depa je. If you record videos hubungan mommy cat dgn kittens you will nampak semua ni.
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2016 04:10 AM From the mobile phone | Show all posts
harap yg seksa kucing tuh mati dengan ngeri amin.. ::
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-5-2024 11:16 PM GMT+8 , Processed in 0.624129 second(s), 53 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list