CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 987|Reply: 1

[Tempatan] {6} Beli pistol online untuk menyamun!

[Copy link]
Post time 13-5-2016 03:38 PM | Show all posts |Read mode
13/05/2016 11:56am


KUALA LUMPUR - Polis menahan seorang lelaki yang terlibat dalam 15 kes samun bersenjata di sebuah premis di Bandar Mahkota Cheras semalam.

Bertindak atas risikan sepasukan polis berjaya menahan suspek berusia 40 tahun itu pada pukul 6.45 petang.

Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Abdul Hamid Mohd. Alib berkata, hasil pemeriksaan di premis berkenaan pihak polis menjumpai sepucuk rifle panjang yang menyerupai M-16 serta sepucuk pistol tiruan jenis Pietro Baretta.

"Hasil siasatan lanjut mendapati suspek membeli pistol tiruan itu secara atas talian 'online', namun kami masih menyiasat dari mana suspek memperoleh rifle panjang tersebut.

"Suspek yang bekerja di sebuah kedai aksesori kereta di Kajang itu kini ditahan reman bagi membantu siasatan," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur sebentar tadi.

Kes disiasat mengikut Seksyen 392/397 Kanun Keseksaan kerana samun bersenjata dan 37 Akta Senjata Api 1971. - K! ONLINE


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0513&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_02.htm#ixzz48a9a4WH2
Hakcipta terpelihara

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 13-5-2016 03:39 PM | Show all posts


Abdul Hamid menunjukkan rifle yang dirampas
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 11:08 PM GMT+8 , Processed in 0.065986 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list