CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 26791|Reply: 77

Pengalaman satu malam (Lagi cerita seram #35)

[Copy link]
Post time 15-5-2016 11:01 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by Nutrisoy at 17-5-2016 02:09 PM

Assalammualaikum.

Aku sbnrnya bukanlah newbie pun dlm cari. Mmg dah lama ada id n mmg pengunjung setia bod PMS ni. Tp daftar id baru semata nk bercerita je. Gigih tak gigih aku

Sorry klu cerita yg aku nk sampaikan ni tak seram pd korang. Ni berdasarkan pengalaman yg aku lalui masa bercuti baru2 ni kt Terengganu. Aku pergi bercuti ni dlm grup. Ada 5 pasangan termasuk aku n husband. Ketua grup kitorg dah booked satu hotel kt area pinggir kuala terengganu. Nama hotel terpaksa dirahsiakan (kang tak pasal aku kena saman dgn hotel ni kang )

Tgk kt google hotel ni mmg cantik, nmpk meriah. Hotelnya menghadap ke tasik n berbelakangkan laut. (Dpt bayangkan tak? Kira kedudukan hotel ni ditengah2. Depan tasik, belakang laut)

Hari jumaat, dekat senja. 4 pasangan tu dah sampai dulu sebelum hari gelap. Aku n husband lambat skit sbb kitorg gerak lambat dari pahang (yg lain gerak dari johor)

Kitorg sampai dah masuk maghrib. Hari dah gelap. Nk masuk ke dlm kawasan hotel tu kitorg kena menyusur lalu tepi tasik. Sunyi dan gelap. Harapkan lampu kereta je. Sampai depan hotel, aku tgk mcm suram dan sendu je ruangan lobi. Tgk kereta kt parking pun tak byk. Nmpk kereta geng2 kitorg je la n ada la beberapa kereta lain.

Kitorg melangkah masuk dlm lobi je, terus terdengar alunan ayat suci Al-Quran dipasang (satu bangunan hotel tu boleh dgr). Time tu perasaan bercampur baur. Mcm berdebar je. Husband terus pegang tgn aku nk menuju ke kaunter registration.

Staff hotel tu kata grup kitorg dah amikkan kunci bilik. Bilik semua kt tingkat 2. Husband aku suruh tggu kt sofa lobi sementara dia amik bag.

Aku duduk, perhatikan suasana lobi. Dlm hati berbisik hmm sendu mendu abis hotel ni.. Aku alihkan perhatian dgn tgk phone, tp line internet takde plak. Siap 'no service' lagi. Adui.. Sambil2 tu mulut ikut juga bacaan ayat suci yg kedengaran (mana2 potongan ayat yg aku tahu je la ) Aku usap lengan sendiri sbb tiba2 rasa mcm meremang.

Husband aku tiba di lobi, kitorg naik lif terus ke tingkat 2. ALLAH.. Suasana maintain sunyi basi. Suram, lampu tak berapa terang. Masih lagi kedengaran ayat suci di segenap ruang hotel.

*********
Sambungan part 2.

Aku keluar lif dgn bismillah.. Husband ke depan sikit lepas keluar dr pintu lif dan dia tgk ke atas, aku pn ikut pandang ke atas. (Keadaan hotel tu mcm kita berada kt shopping mall, kedai2 keliling membulat dan tgh2 tu kosong yg mana kita boleh tgk ruang legar bawah dan juga bumbung mall. Boleh bayangkan tak?)

Rupanya ada lagi 3 tingkat di atas. Tp semuanya gelap gelita! Dah mcm hotel tinggal pulak.

Pastu di tingkat 2 tu jugak ada satu ruang diletakkan tugu batu bersurat. Aku tgk tugu batu bersurat tu pun mcm seram, adoi kenapa entah. Aku menjengah ke bahagian kiri, ada geng kitorg lambai2 suruh amik kunci. Jauh juga dari ruang tengah tu nk ke bilik geng kitorg. Mmg paling hujung biliknya. Tiba2 phone aku bunyi. Geng aku call n kata "bilik kitorg semua kt sini. Tp bilik kau kt hujung belah sana tau (dia tnjuk arah bertentangan). Jadi dtg amik kunci je ni"

Husband aku tggu dekat2 ngn ruang batu bersurat, sementara aku pegi ke hujung utk amik kunci. Aku tanya motif bilik kitorang berdua je jauh. Katanya dorg dah minta masa register tu nk bilik dekat2 semua, tapi alasannya takde queen bed.

Aku dan husband gerak menuju ke bilik. Dalam pd tu husband aku tak sudah2 tgk tingkat tak berlampu yg lagi 3 atas tu, aku tarik dia jalan cepat2.

Dari ruang batu bersurat tgh tu nk menuju ke bilik kitorang, rasa jauhnya. Kitorg melintasi dalam 4 bilik.  Pintu bilik hotel tu bukan jenis dekat2. Setiap jarak dari satu pintu bilik ke satu pintu bilik yg lain, ada pintu kecil (tak pasti pintu apa. Bertutup dan takde label apape dipintu. Mgkin stor atau pintu simpan hos pili bomba)

Aku igt lagi, masa nk touch card ke pintu bilik masa tu, surah yaasin yg kedengaran. Mmg betul2 baru mula "Yaa Siin..Wal Qur'anil hakiim.."
Touch card sampai 2 kali, censor pintu da menyala lampu hijau, tapi pintu tak boleh buka. Peliknya. Biasanya klu censor pintu tak kena mesti menyala merah sbb tu la pintu tak boleh buka kan. Cuba lagi dan lagi, kali ke 4 baru boleh buka.

Melangkah masuk kitorang bagi salam. Cucuk card kt tepi tu utk nyalakan lampu, tv n aircond. Terus letak barang. Besar juga bilik. Deluxe room. Boleh main kejar2
Igtkan bilik standard je sbb harga murah.

Dipendekkan cerita, aku dah siap mandi n nak bersiap. Husband aku plak tgh mandi. Sambil tgk tv dan bersiap, tiba2 husband aku panggil " Sayang! Sayang! "

Terkocoh2 aku ke bilik air, buka pintu (maaf ya jijik skit sbb kitorg masing2 tak kunci pintu bilik air masa mandi ) Aku tanya kenapa. Dia tanya aku tgh buat apa. Aku cakap tgh bersiap ni. Kenapa? Dia kata saje panggil. Dia tanya lagi tadi mandi air sejuk ke air suam. Aku jawab je la mcm2 pertanyaan husband aku. Aku gelakkan dia, motifff tanya mcm2 masa tgh mandi.

Janji dgn geng2 pukul 9 nk keluar. Masa tu dlm pukul 8.20 kitorang dah siap. Aku nk lepak tgk tv lagi sementara nk pukul 9. Husband taknak, dia ajak turun lobi cepat2.

Sampai lobi, aku igt nk membetulkan shawl. Nk tepek bedak n lipstik skit. Aku pn cari toilet lobi. Suasana lobi masih sama seperti tadi. Wpn ada beberapa penginap keluar masuk tp masih terasa sunyi. Aku pn masuk female washroom. Tolak pintu, masuk satu ruangan, pastu kena naik anak tangga sikit n ada pintu lagi then baru nampak deretan toilet. Toilet dia cantik, bersih, wangi, siap bergantungan bunga2 kt tepi dinding, tepi cermin.

Jujur aku cakap masa tu aku dug dag dug dag. Jantung aku berdebar laju. Dgr bacaan ayat suci tu buat aku makin meremang. Aku acah2 gagahkan diri ikut bacaan dlm hati sambil2 melipat shawl. Aku terasa mcm sedang diperhatikan. Iya, mgkin hanya perasaan aku. Aku menjeling2. Tp mmg takde apa. Aku tgk kt cermin, toilet yg paling hujung tu pintu dia bergerak2. Mcm nak tertutup, pastu eh terbukak skit. Tertutup balik. Seolah2 mcm kena tiup angin tp mana ada angin bertiup pun. Satu pintu tu je pun yg bergerak2. Aku dah tak boleh tahan, mcm nk nangis, so aku lilit je shawl. Terus berlari keluar. Seriously first time aku rasa takut giler dgn toilet lobi hotel.  

Husband aku pelik. Sblm masuk toilet lagi ok shawl aku katanya. Kenapa keluar toilet lilit cmtu je. Aku cerita la betapa aku seram masuk toilet tu. (Ok selama ni klu aku ckp aku takut hantu ke aku seram ke, mesti dia bantai gelakkan aku. Tp kali ni aku cerita, dia mendengar n tak gelak pun)
Dia kata takpe nti bersiap dlm kereta je.

Dipendekkan cerita lg, aku dan geng2 dah balik hotel semula lepas makan mlm. Sampai bilik, baru nk baring, husband aku tepuk dahi. "ALLAH, tertinggal bag kerja dlm kereta. Bahaya plak tinggal dlm kereta cmtu" Dia tanya aku nk ikut tak pegi kereta amik bag. Ehh mestilah nak!

Kitorg masuk lif. Bau minyak atar semerbak dlm lif. Tp baunya agak lembut dan wangi. Bukan jenis yg kuat menusuk hidung. Aku usik2 hidung skit sambil pandang husband. Dia senyum angkat kening je. Masing2 membisu. Dari tingkat 2 nk turun ke G terasa lambatnya alahai.

Sampai lobi, ehh kenapa gelap. Cuma ada beberapa lampu je yg menerangi ruang lobi. Tgk staff yg kt registration kaunter takde. Pastu nmpk ada seorang pakcik duduk berpeluk tubuh, berbadan agak tegap, dia pakai sweater. Husband nmpk pakcik tu, dia cuba nk beramah mesra dgn angkat tgn. Pakcik tu senyum je. Lepas amik bag, masuk balik n nmpk pakcik tu berjalan mundar mandir n masih lg berpeluk tubuh. Husband tanya, pakcik kerja sini ke. Dia angguk dan kata "saya jaga waktu malam".

Aku tarik tgn husband aku. Malas aku nk berlama2 kt lobi tu. Dah la suasana dah sedia suram, boleh pulak ditutup lagi lampu. Motif lobi hotel nk gelap mcm tu. Boleh bayangkan tak dalam suasana senyap sunyi, yg kedengaran hanya alunan ayat suci Al Quran yg sungguh sayu. Sebagai manusia normal, betapa aku takut. Tak semena2 aku teringat scene2 filem Munafik.

Masuk lif, aku tekan 2. Pastu aku pn gedik peluk husband. Konon cm takut2 gitu la. Lif tak gerak. Husband aku bengang. "Laa yg sayang tak tekan kenapa, cmne nk naik. Nk tido dlm lif ke?"
"Ehh kita dah tekan lah! Serius"
"Tekan apanya klu tak bergerak.." Dia tekan balik.
"Betul.. Kita tak tipu.." Slow je aku ckp.

Aku yakin tadi aku dah tekan dgn kuat. Dah menyala lampu oren kt num 2 tu.

Sampai bilik, masing2 bersiap2 bersihkan diri n nk tidur. Aku ckp "abg, tak tutup lampu ke?"
"Biar je la. Igt malam ni kita tak payah tutup lampu la"
Ok. Dalam hati aku sungguh pelik. Laki aku ni biar betul. Tak pernah umur lah dia nk biar lampu terang benderang klu tidur.
Husband aku bacakan ayat kursi kemudian dia usap kepala aku, dan perut aku. (Utk pengetahuan, aku sedang pregnant tp kecil lg)

Aku buka balik mata sbb tak boleh tidur plak. Tiba2 meremang dgn kesunyian bilik tu. Dah la bilik besar pastu sunyi. Tak pernah lg aku tidur hotel dalam keadaan takut mcm ni. Dari tmpt pembaringan, mata terarah pulak ke cermin. Tp mujur lah takde apape. Aku buka tv bagi hilang sunyi. Aku tgk tv sampai terlelap.

Aku terjaga. Mesti dah subuh ni. Capai phone nk tgk jam. 03:38. Hmmmmm.  

Aku nk teruskan tidur tp rasa nk buang air kecil pulak. Mana boleh tahan. Nk kejut husband minta teman, tak sampai hati pulak. Gigih aku bangun menuju ke bilik air. Aku buat2 fikir benda yg best2 n kelakar2 je masa tgh berhajat kecil tu. Nk hilangkan rasa takut.

Tiba2 air shower menitik sendiri
Kekdahnya tiba2 je menitik laju, pastu makin slow. Apakah?

YA ALLAH, punyalah terkejut. Haih mambang kau main air ke mambang

Lepas selesai cepat2 aku berselubung semula. Mujur cepat juga aku terlelap, smpai tiba subuh.

Aku pendekkan lg cerita, lepas dah check out semua. Dlm perjalanan nk ke pusat bandar KT, aku teringat balik perangai pelik husband aku yg tgh mandi tp sibuk nk bersoal jawab dgn aku. Aku pn tanya kenapa yg sebenar2nya. Ada apape ke yg tak kena masa tu.

Husband aku cerita. Masa tgh mandi, dia pandang ke siling bilik air, mata meliar memerhati (Dia sejenis suka memerhati, teliti org kata)
Kan dekat siling biasanya ada petak yg kita boleh angkat utk kita naik n tgk bahagian atas siling kan. (Faham tak? Aku tak tahu nk sebut benda tu)
Husband aku kata petak kt siling tu terbuka sedikit dan terang atas tu. Dia perhati dan terus perhati sambil menyampoo rambut, tiba2 nmpk kelibat hitam melintasi petak siling tu. Tu yg dia terkejut. Terus dipanggilnya aku n tanya aku tgh buat apa. Kekdahnya husband aku pn rasa seram semacam je sepanjang berada dlm bilik hotel tu. Dia rasa tak tenang, sentiasa berdebar. Sungguh, sama la seperti yg aku rasakan.

Husband aku pn jujur mengaku katanya inilah kali pertama dia rasa seram sgt. Tak pernah2 rasa seram atau takut bila tidur kt mana2 hotel / resort / homestay selama ni. Mmg confirm kitorg takkan dtg lagi laa kt hotel ni. Wpn ditawarkan promosi harga bilik murah bagai

P/s: Sekian. Itu saje cerita yg aku dpt kongsi. Lagi sekali sorry klu korang rasa biasa2 je cerita ni. Mmg tak mistik mana pun. Tp aku yg mengalami, cukup aku katakan yg aku rasa sgt seram dan klu boleh taknak alaminya lagi. Wasalam.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-5-2016 11:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah agak mesti tulis teaser je kan. Haa yela.. sambung nti ye
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2016 11:26 PM | Show all posts
cepat tt
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2016 11:30 PM From the mobile phone | Show all posts
I sabar tggu
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2016 11:33 PM | Show all posts
aduhai x suke nya bersmbung2...kenapa x karang je dahulu...xpe la teman tgu je la gak..sebab citer macam menarik...hehehehe.....sabar menanti citernya
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2016 11:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Org dok smgt baca TT. Sy menanti nih
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-5-2016 11:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Adoyai la. Kok dah gigih daftar nick baru semata2 nk citer, pekata lenkali gigihkan diri guna word document n guna fungsi "save" yg ada kalau x rasa nk habis citer sbb busy ke hapa
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2016 12:00 AM From the mobile phone | Show all posts
Adoyai sambung laa
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 16-5-2016 12:20 AM From the mobile phone | Show all posts
Sabar lah kwn2. Aku pn igt boleh karang terus. Tak sangka byk plak nk diurus lepas sampai umah ni. So aku park dulu. Aku plak on via mobile je bukan pakai pc. Sorry semua. Iye aku sambung terus nti. Lewat2 pun esok.
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2016 12:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Beria nye nak marah marah
Orang nak bukak cerita pon dah cukup bagus :zz
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2016 01:33 AM From the mobile phone | Show all posts
boleh tak aku nak speku prinzpark hotel..takpon area kuala ibai tu..trg tu kg ibu aku..btul tak tt..
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2016 02:28 AM From the mobile phone | Show all posts
jargon replied at 16-5-2016 01:33 AM
boleh tak aku nak speku prinzpark hotel..takpon area kuala ibai tu..trg tu kg ibu aku..btul tak tt.. ...

Kapla vutoh seram
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2016 08:39 AM | Show all posts
jargon replied at 16-5-2016 01:33 AM
boleh tak aku nak speku prinzpark hotel..takpon area kuala ibai tu..trg tu kg ibu aku..btul tak tt.. ...

xpernah sampai sana

betul ye ada tasek dan ada pantai?
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2016 09:50 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by jargon at 16-5-2016 09:51 AM
CiliPadiSedap replied at 16-5-2016 08:39 AM
xpernah sampai sana

betul ye ada tasek dan ada pantai?


klau lalu dr jalan pantai  prinzpark tu dpn ade tasik..blakang ade pantai..tasik mcm buatan..tp xtaula btul x tt mksudkn hotel tu...cuba uol gugel tgk...
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2016 10:26 AM | Show all posts
huhuu bila mo update
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-5-2016 10:35 AM From the mobile phone | Show all posts
jargon replied at 16-5-2016 01:33 AM
boleh tak aku nak speku prinzpark hotel..takpon area kuala ibai tu..trg tu kg ibu aku..btul tak tt.. ...

Huwaaaa ko pnye spekuan bikin aku meremang balik ok bye
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-5-2016 11:13 AM | Show all posts
ni bukan seram......ni penakut
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2016 11:16 AM | Show all posts
aku duk resort ni dari khamis smpai isnin sorang, aman damai je..
utk info, lampu2 di lobi akan dimalapkan selepas jam 11 mlm utk tujuan penjimatan...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-5-2016 11:33 AM From the mobile phone | Show all posts
zulka replied at 16-5-2016 11:13 AM
ni bukan seram......ni penakut

Awal2 lagi aku dah minta maaf klu korang rasa tak seram dgn cerita ni. Apape pun aku sekadar berkongsi pengalaman yg aku alami. Pertama kali aku lalui pengalaman mcm ni di hotel. Tak kisah la nk kata aku penakut pun.
Anyway thanks baca
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2016 11:38 AM | Show all posts
Nutrisoy replied at 16-5-2016 11:33 AM
Awal2 lagi aku dah minta maaf klu korang rasa tak seram dgn cerita ni. Apape pun aku sekadar berko ...


sory jgnla la terasa..
aku bukan tak percaya..
mungkin nasib ko tak baik coz dpt bilik berpenunggu..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

16-4-2024 12:31 PM GMT+8 , Processed in 0.106858 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list