Register Login
CARI Infonet Return home

honeynuyun's Space https://mforum.cari.com.my/?1086468 [Favorites] [Copy] [Share] [RSS] pemborong,pengedar,peruncit barangan kesihatan dan kecantikan-Master Coordinator Shaklee

Blogs

Lagi produk pelangsingan dicemari bahan racun..FiGURE UP

Hot 4Viewed 6336 times12-6-2013 01:49 PM |Personal category:figure up


BANDAR SERI BEGAWAN, 30 Mei - Kementerian Kesihatan memaklumkan bahawa produk melangsingkan badan Figure-Up keluaran Biospecialty Food Trading, Selangor, Malaysia telah didapati dicemari dengan bahan racun berjadual dan ubat barat yang tidak diisytiharkan.

Bahan pencemar Sibutramine dalam produk berkenaan boleh mengakibatkan kesan-kesan mudarat yang membahayakan kesihatan. Sibutramine adalah agen pelangsing yang tidak lagi disarankan penggunaannya dalam rawatan obesiti kerana ianya boleh menyebabkan risiko yang serius kepada jantung dan hati dan juga tekanan darah tinggi, degupan jantung yang tidak menentu dan sukar untuk tidur.

Dalam kes-kes yang serius boleh menyebabkan kerosakan hati dan buah pinggang, kata Kementerian Kesihatan dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, Kementerian Kesihatan tidak pernah mengeluarkan kebenaran ke atas pengimportan dan penjualan produk tersebut. Berikutan dapatan ini, produk berkenaan adalah dilarang untuk diimport dan dijual di Negara Brunei Darussalam.

Orang ramai yang menjual produk tersebut (termasuk secara online seperti melalui facebook) adalah diingatkan bahawa ianya adalah satu kesalahan di bawah Akta Racun 1956 yang mana menjual produk-produk yang mengandungi bahan yang dikawal di bawah Akta berkenaan akan dikenakan denda sebanyak $8,000.00 atau penjara selama enam (6) bulan, jika didapati bersalah.

Tambahan pula, jika seseorang melakukan sesuatu diatas kecuaiannya sendiri yang membahayakan atau boleh membahayakan kehidupan manusia, jika didapati bersalah akan didenda sebanyak $16,000 dan dua belas (12) bulan penjara.

Para pengguna yang menggunakan produk tersebut adalah dinasihatkan untuk berhenti menggunakannya dengan serta merta. Kementerian Kesihatan juga ingin memohon kerjasama dari orang ramai untuk melaporkan kepada Bahagian Penguatkuasaan Farmasi jika mendapati produk yang disebutkan di atas masih dipasarkan di Negara Brunei Darussalam.

Untuk maklumat dan perhubungan lanjut, orang ramai boleh lah menghubungi Bahagian Penguatkuasaan Farmasi di talian 2230036, e-mail pharmacy.enforcement@moh.gov.bn atau di unit 2G8:04, tingkat 8, Kodominium Ong Sum Ping.

Leave a comment Comments (7 Comment)

Reply girly.. 14-6-2013 09:24 AM
aduai.. mcm2 kan... patutlah semakin murah figure up skrg nih... dah tuh mcm mn dia bole dpt KKM pny cert??? pelik btl ler
Reply honeynuyun 14-6-2013 11:52 AM
       ..adalah tu caranya...
Reply chinta89 16-6-2013 04:56 PM
nak kurus cepat haaaa ape lagi makan la mende2 macam ni. diet sihat tak mo, jogging n bsenam takmo..

Mati awal mao agaknya?
Reply honeynuyun 16-6-2013 07:47 PM
hehehehe...mcm2lah sekarang..yg penting cpt kurusnya
Reply mizmini 17-6-2013 04:45 PM
yang tiruan kot..
Reply honeynuyun 17-6-2013 04:58 PM
yg betul...memang ok je..takde masalah
Reply darkrosed 27-6-2013 01:13 PM
ala..aku da trun banyak kot makan figure up nih..nak kurus sket sebelom kawin nih..x mgkin la benti..tgok la..t da kurus sampai target baru nak benti..hehe

facelist

You have to be logged to leave a comment Login | Register


ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 10:56 PM GMT+8 , Processed in 0.190186 second(s), 20 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top