Register Login
CariDotMy Return home

mhdsafwanindera's space https://mforum.cari.com.my/?1551641 [Favorites] [Copy] [Share] [RSS]

Blogs

Platycerium Grande

Viewed 801 times1-12-2009 03:33 AM |

Paku tanduk rusa Filipina Grande mempunyai kehidupan habitat semulajadi dan pembiakan di Pulau Mindanao, selantan Kepulauan Filipina, Spesis ini ditemui hanya di Pulau Mindanao. Pada Mulanya Paku tanduk rusa  Superbum dari Australia dan Spesis dari filipina(Grande) Dibawah nama yang sama iaitu Grande ,sehingga Para botani mengumumkan ada perbezaan ketara antara keduanya,mereka telah memberi nama Superbum kepada Spesis yand dijumpai  Hidup dan biak di Australia Dan Nama Grande kepada Spesis yang ditemui  di Filipina.Perbezaan yang antara Superbum Dan Grande ini dapat dilihat dari Spore patch(kantung spora),setiap Fertile Frond Grande mempunyai Dua Spore patch manakala Superbum hanya satu sahaja.Spesis ini Menghasilkan Satu Set Fertile Frond Per Tahun,Daun Perisai(Shield Fronds) tanduk rusa Grande sangat Nipis dan Lemah,sukar untuk Berdiri tegak Dan jatuh kebawah dengan Cukup mudah, Tapi Perubahan itu ketika Menjadi semakin matang , Paku tanduk rusa Grande adalah antara spesis Platycerium yang sangat lambat tumbesaranya,dan spesis ini mesti dibiarkan Kering dahulu sebelum penyiraman seterusnya untuk terus hidup dan melindungi akar daripada reput.Penjagaannya terbaik adalah tidak kurang dari 60% lindingan cahaya matahari,Dengan Suhu Dikekalkan Di Antara 65 Dan 75 F,spesis ini  sangat memerlukan kelembapan,kelembapan hendaklah kekal antara 60% ke 75% setiap tahun
Filipina Grande adalah spesis sebenar Grande dan jika diberi penjagaan yang baik dan rapi seperti membiarkan kering dahulu(bukan kering teruk/hard dry) sebelum penyiraman seterusnya,mengekalkan kelembapan dan melindungi/filter dari cahaya Matahari spesis akan membesar dengan subur jika Penjagaan mengikut keperluan dan kehendaknya.

Platycerium Grande

Comments (0 Comment)

facelist

You have to be logged to leave a comment Login | Register


ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-5-2024 05:04 PM GMT+8 , Processed in 0.092011 second(s), 18 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top