Register Login
CariDotMy Return home

CikSiti07's space https://mforum.cari.com.my/?1704727 [Favorites] [Copy] [Share] [RSS]

Blogs

~ Suami Orang ~

Viewed 870 times6-3-2015 04:24 PM

Dear Diary..

Sekadar luahan perasaan terbuku...

Lately ni aku dikelilingi oleh suami orang…

Kalau setakat kawan aku ok lagi, tapi kalau dah sampai meluah perasaan..

Aku rasa tak sanggup lagi..

Aku cerita ni bukan aku nak kata aku ni bajet hot ke apa…

Tapi benda ni realiti dan buat aku stress…

Biasanya aku berkawan, tapi bila  diorang dah start lain macam aku terpaksa ignorekan diorang…

Sekarang ni ada 3 orang suami orang yang sedang ganggu aku:

 

a)      Supervisor dekat opis (Z)

Suami orang, anak nak masuk tiga..dekat opis dia selalu kacau aku..dia tak peduli apa opismate lain nak cakap...depan-depan diorang dia mengaku nak jadikan aku ni isteri kedua..

Kadang-kadang aku rimas, sampai tak nak datang kerja..bayangkan dia suka tangkap gambar aku curi-curi…

Kalau aku tak datang opis, habis semua satu opis dia selidik aku ke mana dengan sapa..rimas!!

Antara dia dengan isteri tak ada masalah aku rasa cuma dioarang PJJ..Jarang berjumpa.

b)      Junior aku masa dekat U (R)

 Junior aku ni memang kitorang pernah rapat sampai mak ayah dia tahu pasal kami..dia muda dua tahun dari aku..tapi aku jauh kan diri dari dia sebab dia suka bergantung plus mak dia suka control aku..mak dia suruh aku duduk and kerja dekat negeri mak dia..kisah ni pun tiga tahun lepas…tahun lepas dia kahwin…tapi baru-baru ni dia cari aku dekat FB guna fake akaun…                                                          

Dia ajak aku jadi isteri kedua dia yang kononnya untuk elak fitnah sebab dia masih sygkan aku dan tak boleh lupakan aku..

Isteri dia jauh lebih cantik dan muda dari aku tapi rasanya dorang taka da masalah apa-apa..

 

c)       Kenal dekat group hiking

       Aku kenal dia ni lepas aku putus cinta, ye la bila putus cinta asyik sedih je, jadi aku carilah aktiviti yang membuat aku lebih busy..jadi aku pun joinlah group hiking…

       Memula tu kawan macam biasa lah, berborak pun pasal hiking aje..

       Lately ni dia caring lain macam, lepastu tiba-tiba ajak aku kawin, aku tak layan sangat mengenangkan dia suami orang,..

       Sampailah dia luah perasaan ke aku yang dia tak bahagia dengan isteri dia..dia kata dia tak pernah cintakan isteri dia sebab perkahwinan diorang perancangan keluarga..

       Bila aku tanya dia gini:

     “ Kalau taka da perasaan, macam mana boleh ada dua anak?”

      “Biasalah lelaki dengan perempuan..saya memang boleh bersama dengan isteri saya tapi tak ada perasaan yang berdebar-debar macam bersama orang yang tersayang”

       Teruk kan..

       Sejak tu aku menjauhkan diri dari dia, walaupun dia tetiap hari mesej aku.

 

 Kesimpulan kepada cerita aku ni, adakah aku ni ditakdirkan untuk menjadi isteri kedua?

 Aku risau sangat sebab aku takut satu hari nanti aku tak mampu bertahan…

# T_T

Comments (0 Comment)

facelist

You have to be logged to leave a comment Login | Register


ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-5-2024 04:22 AM GMT+8 , Processed in 0.034436 second(s), 18 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top