Register Login
CariDotMy Return home

Hootoh Tudia https://mforum.cari.com.my/?1897692 [Favorites] [Copy] [Share] [RSS] Freedom is the reason behind everything and freedom is what drives everybody to Hootoh Tudia

Blogs

Kisah Mimpi Raja Nebuchadnezzar dan Nabi Daniel

Hot 3Viewed 1837 times5-2-2013 11:25 PM |Personal category:Kisah-kisah| Nabi Daniel, Raja Nebuchadnezzar

Kisah Mimpi Raja Nebuchadnezzar dan Nabi Daniel. Dalam satu riwayat mengatakan bahawa pada satu ketika raja Nebuchadnezzar telah bermimpi sesuatu yang menakutkan sehingga dia telah meminta para ahli nujum untuk menafsirkan mimpinya namun dia sendiri tidak tahu apa yang dimimpikan olehnya. Raja Nebuchadnezzar mengancam untuk menjatuhkan hukuman bunuh kepada para ahli nujum sekiranya mereka tidak dapat menafsirkan mimpinya sehinggalah salah seorang daripada tawanan penjara memberitahu raja bahawa Nabi Daniel boleh menafsirkan mimpi raja itu.





Pada ketika itu Nabi Daniel dalam tahanan penjara, Nabi Daniel bersama-sama rakannya tidak menjamah sedikit pun makanan yang diberikan oleh tentera Babylon sebaliknya hanya makan sayur dan minum air sahaja. Nabi Daniel telah menafsirkan mimpi raja itu mengenai sebuah patung besar yang mana setiap bentuk pada tubuh patung itu adalah daripada pelbagai logam iaitu kepalanya dari emas tua, dada dan lengannya dari perak, perut dan pinggangnya dari tembaga sedang pehanya dari besi dengan kakinya sebahagian daripada besi dan sebahagian lagi dari tanah liat.

Demi menghargai bantuan Nabi Daniel, Maka selepas itu, Nabi Daniel telah dilantik oleh Raja Nebuchadnezzar itu untuk menjadi orang kanannya kerana raja itu kagum dengan kehebatan Nabi Daniel, namun para menteri yang lain berasa cemburu lalu mereka telah mengadakan pelbagai cara untuk membunuh Nabi Daniel. Digalilah sebuah lubang besar, kemudian Nabi Daniel dimasukkan ke dalamnya bersama-sama dengan binatang-binatang buas dan berbisa. Namun, setelah beberapa hari lamanya Nabi Daniel berada di lubang tersebut, Nebuchadnezzar mendapatkan Nabi Daniel dalam keadaan sihat serta tidak luka sedikitpun.

Para menteri itu terus membuat perancangan untuk membunuh Nabi Daniel sehinggakan mereka telah menghasut raja Nebuchadnezzar bahawa Nabi Daniel telah "buang air" terhadap raja itu ketika sedang tidur. Raja yang mendengar hasutan itu berasa geram lalu Nabi Daniel telah dipanggil oleh raja terbabit untuk tidur dibiliknya. Nebuchadnezzar telah memberitahu pengawalnya sekiranya terdapat orang yang ingin masuk ke biliknya walaupun dia mengaku sebagai raja, pengawal itu perlu membunuh orang itu. Nabi Daniel tidak keluar daripada bilik itu sebaliknya raja itu yang keluar kerana hendak membuang air sehinggakan pengawal yang berkawal itu tidak percaya sedikitpun kepada Nebuchadnezzar walaupun dia memberitahu dia adalah raja. Akhirnya dia telah dibunuh oleh pengawalnya sendiri. Begitulah Allah S.W.T. hendak menyelamatkan nabi-Nya daripada kezaliman Nebuchadnezzar.

Kisah Mimpi Raja Nebuchadnezzar dan Nabi Daniel ini diambil dari pelbagai sumber di internet dan tidak pasti mengenai kesahihan kisah ini. Namun saya agak kurang jelas pada hasutan menteri "mereka telah menghasut raja Nebuchadnezzar bahawa Nabi Daniel telah "buang air" terhadap raja itu ketika sedang tidur." Jika sesiapa ada penerangan lanjut, harap dapat dikongsi bersama di Kisah Mimpi Raja Nebuchadnezzar dan Nabi Daniel.

Sumber: Kisah Mimpi Raja Nebuchadnezzar dan Nabi Daniel

Leave a comment Comments (4 Comment)

Reply QziraH 5-2-2013 11:32 PM
waaaa....best ceta dia... ..tp maap sy pun kurang pasti cerita ni..hihihi
Reply hootohtudia 14-2-2013 01:54 AM
Saya pun kurang jelas di "mereka telah menghasut raja Nebuchadnezzar bahawa Nabi Daniel telah "buang air" terhadap raja itu ketika sedang tidur."
Reply ankie147 18-5-2018 07:35 PM
There are lots of factor which make it complete. Many time user search how can get the more points in the free online http://theyahtzee.com. And if you obtain passion like this in your gamer then you can solve all mysterious questions which associated the yahtzee.
Reply telape 24-6-2018 05:36 AM
They will review your used product and they will provide a reasonable value to you provide. You can get the value for your used product either by cash or trade credit.  https://tellgamestopcom.xyz/

facelist

You have to be logged to leave a comment Login | Register


ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-5-2024 04:56 AM GMT+8 , Processed in 0.179286 second(s), 20 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top