Helah Bela Diri -
Seni Mempertahankan Harga Diri. Audit Negara 2012
Senjata Api Polis dilaporkan Hilang.
Teknik yang kerap digunakan untuk mempertahankan harga diri seseorang
yang mampu mempertahankan segala desakkan dan kutukan yang Angkuh dan
Ego. Variasi yang pelbagai menjadikan Helah Bela Diri umpama Seni
Mempertahankan Harga Diri yang bersifat sementara dan pengecut. Sekadar
menangguh sesuatu desakkan pada helah dan alasan yang lucu dan bodoh.
Seni Mempertahankan Harga Diri - Helah Bela Diri mempunyai dua Teknik sahaja, iaitu memutar belitkan kenyataan atau menyangkal tampa menggunakan akal.
Helah
bela diri merujuk kepada proses psikologi yang bertujuan mengawal
ketidakupayaan dan penderitaan Ego yang mampu mempengaruhi dan mengawal
Id dengan sempurna
— Schultz (1993)
Audit Negara 2012 Senjata Api Polis dilaporkan Hilang
Laporan Ketua Audit Negara 2012
Senjata Api Polis yang dilaporkan hilang. Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar yakin tidak membahayakan negara dan tidak perlu dikhuatiri rakyat Malaysia.
|
Spongebob kini memiliki Rifle |
Kehilangan
ini tak semestinya jatuh kepada penjenayah, boleh jadi jatuh waktu atas
bot dalam laut, boleh jadi jatuh dalam air dan tak ada orang yang dapat
memilikinya
— Tan Sri Khalid Abu Bakar - Ketua Polis Negara
Jumlah Sebenar Senjata Api yang Hilang
Sejumlah 37 Senjata api yang hilang seperti nyatakan oleh Tan Sri Khalid
Abu Bakar didapati berbeza dengan angka yang digariskan dalam laporan
Audit. Laporan Audit Negara 2012 menyebut bahawa polis kehilangan 44
Senjata api, 156 gari dan 29 kenderaan. Berapakah jumlah Sebenar Senjata
Api yang hilang atau terjatuh dalam air laut yang sebetulnya.
Berlakunya perbezaan bilangan, menjadikan drama semakin menarik
Umpama Hilangkan Buku di Perpustakaan
Rupa-rupanya perbezaan bilangan senjata api yang hilang itu adalah kerana tujuh pucuk daripada yang dinyatakan dalam
Laporan Audit Negara 2012
telah berjaya ditemui semula. Polis yang bersalah menghilangkan senjata
api tersebut bukan setakat kena marah aje, malah diminta membayar kos
senjata yang dihilangkan. Ia seperti Murid sekolah yang menghilangkan
buku yang dipinjam di perpustakaan, perlu membayar harga buku yang
dihilangkan,
Umpama Hilangkan Buku di Perpustakaan Sekolah.
Menurut Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar nilai terkumpul
dari pembayaran senjata yang dihilangkan setakat ini adalah sebanyak
RM197,984.
Bercukurlah Malaysia masih Aman. Begitu kisahnya, buat kita cemas aje. Lain kali bagi la laporan awal pada Ketua Audit Negara.
|
Denda Hilangkan Buku di Perpustakaan |
Bercukurlah Malaysia masih Aman
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dalam
sidang media sama berkata pihak kementerian sudah memberikan penjelasan
kepada Jabatan Audit Negara berhubung kehilangan barangan tersebut.
Namun jelasnya, ia tidak sempat dimasukkan ke dalam laporan itu sewaktu
ia dicetak. Oh, rupa-rupanya tidak sempat dimasukkan ke dalam laporan..
patutlah.
Lagipun, Hal Senjata Api aje yang hilang pun.. remeh aje. Lihatlah bertapa pentingnya
Seni Mempertahankan Harga Diri - Bercukurlah Malaysia masih Aman.
Senjata Api Polis dilaporkan Hilang Merujuk
Yahoo News.
Sumber:
Seni Mempertahankan Harga DiriHootoh Blog By Hootoh Tudia