Sistem Frog VLE 1BestariNet Bertaraf Dunia. Apa itu
Frog VLE dan
Sistem Persekitaran Pembelajaran Maya. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mencapai kejayaan cemerlang dalam perlaksanaan Puluhan Sistem E dalam
Pengurusan Pendidikan di Malaysia harus diberi pujian. Peruntukan Pendidikan yang dilabur demi mencontohi dan menerapkan modul dan
Sistem Pendidikan Bertaraf Dunia
terbukti tidak sia-sia. Pengurusan yang telus, Perancangan yang teliti
dan Penggunaan sistem yang terkini. Hari ini, Penggunaan kemudahan
internet dan teknologi terkini dalam pendidikan melonjakkan
Sistem Pendidikan Malaysia hingga menjadi diantara yang terbaik di dunia. Rujuk
Keputusan Program Penarafan Mutu Pendidikan Malaysia.
Persekitaran Pembelajaran Maya VLE Frog KPM
Sehubungan kejayaan demi kejayaan seperti Perlaksanaan Sistem Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (SPPBS). KPM telah memulakan Sistem Persekitaran Pembelajaran Maya (VLE) Frog di sekolah-sekolah di Malaysia dan kini dalam Siri Pemantauan Frog VLE
ke setiap sekolah. Semua sekolah bakal dilengkapi akses internet
berkelajuan tinggi 4G, platform pembelajaran bertaraf dunia dan akses
kepada sumber dan teknologi sejajar dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 hingga 2025. Frog VLE menjadikan proses pengajaran, pembelajaran, pengurusan dan pentadbiran di sekolah menjadi mudah serta lancar.
VLE Frog 1BestariNet
Sistem Persekitaran Pembelajaran Maya
Frog VLE Malaysia Bertaraf Dunia diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dengan kerjasama
YTL Communications menerusi
Projek 1BestariNet
sejak awal tahun 2013, sistem yang dibangunkan di United Kindom itu
membolehkan proses pengajaran, pembelajaran, pengurusan dan pentadbiran
di sekolah menjadi mudah dan lancar. Dapatkan panduan Log Masuk Account 1Bestarinet di
Cara Log in VLE Frog menggunakan Yes Id. Semoga bermanfaat.
Oleh: Hootoh Tudia