TAKZIAH MALAYSIA : MH370 DISAHKAN TERHEMPAS DI SELATAN LAUTAN HINDI MENGORBANKAN KESELURUHAN PENUMPANG DAN ANAK KAPAL - ALFATIHAH
Baru sahaja sebentar tadi sidang akhbar dari YAB Perdana Menteri akan pengesahan #MH370 yang berlepas dari KLIA ke Beijing telah menuju ke arah Lautan Hindi dan terhempas di Selatan Lautan Hindi. Dari maklumat awal dari media BBC, tiada mangsa yang terselamat. Dalam tempoh 1 bulan ini, kita didatangi pelbagai cubaan dan dugaan di dalam negara. Dalam tempoh ini juga, kebanyakan kita mula merasa Allah itu lebih besar dari yang biasanya kita rasa. Tempoh ini juga, sebahagian kita yang sering melupakan Allah mula kembali mengingatinya. Tatkala ramai manusia sudah tiada apa lagi untuk diharap, barulah wajah dihadap ke qiblat, tangan ditadah ke langit, air mata jatuh merayu rahmat Allah dan barulah ALLAH itu dirasakan sangat berkuasa dan kita kelihatan sangat kerdil.
Malaysia bersedih, Malaysia berkabung dengan suara doa-doa mula menjadi sirna, hanya mengharap keajaiban yang semakin malap, semalap pelita minyak di tengah hujan lebat. Malaysia Airlines says flight MH370 is assumed to have crashed with no survivors Gambar Ratapan Keluarga Mangsa. More Pic So far, ships in the international search effort have been unable to locate several 'suspicious' objects spotted by satellites in grainy images or by fast-flying aircraft over a vast search area in the remote southern Indian Ocean Orion aircraft yesterday, searching for missing Malaysian Airlines flight MH370 Pesawat hilang di Lautan Hindi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan, bukti-bukti sedia ada mencadangkan kedudukan terakhir MH370 di pertengahan Lautan Hindi, di sebelah Barat Perth, Australia. “Tempat ini lokasi terpencil, jauh daripada tapak pendaratan yang mungkin,” katanya dalam sidang media di Kuala Lumpur sebentar tadi. Maklumat lanjut akan diumumkan dalam sidang media esok. Katanya, Malaysia Airlines (MAS) sudah memberitahu perkara itu kepada anggota keluarga penumpang dan anak kapal pesawat yang hilang itu. “Beberapa minggu yang lepas sungguh meremukkan hati mereka. Saya tahu berita itu tentu sukar diterima. “Saya gesa media menghormati privasi mereka dan memberikan mereka ruang yang diperlukan pada masa sukar ini,” katanya lagi. Petang tadi, Najib berkata, dua objek berkaitan pencarian MH370 di Lautan Hindi akan diambil dalam tempoh beberapa jam lagi. Menulis di Twitter, beliau berkata Perdana Menteri Australia Tony Abbott memberitahunya perkara itu melalui panggilan telefon kepadanya sebentar tadi. Salah satu daripadanya dikatakan berwarna hijau atau kelabu dan berbentuk bulat manakala satu lagi jingga dan berbentuk segi empat tepat. |
Presiden_Lanun posted on 25-3-2014 09:26 AM
AKaK KeNa CaRAs.
NIXAR posted on 25-3-2014 09:27 AM
lebih banyak soalan dr jawapan. setiap jawapan masih ada persoalan yg timbul. panjang lg kisah ni.
ADVERTISEMENT