Seorang wanita warga asing nyaris putus telinga kiri akibat dilibas menggunakan botol kaca minuman keras dalam kejadian di sebuah pusat hiburan di pekan Donggongon, di sini, kelmarin. Dalam kejadian kira-kira jam 11 malam itu, mangsa Josephine Lama Larua Levatora, 42, berasal dari Papua New Guinea terpaksa menerima 30 jahitan di belakang telinga kiri hingga ke leher. Lebih malang, anak perempuan mangsa berusia 22 tahun yang cuba meleraikan pergaduhan turut menerima tiga jahitan di dagu selepas ditikam menggunakan benda tajam dipercayai serpihan botol kaca oleh suspek. Menurut sumber, sebelum kejadian, mangsa bersama anaknya serta seorang rakan mengunjungi pusat hiburan berkenaan untuk minum sambil berkaraoke kira-kira jam 7.30 malam. “Lebih kurang jam 11 malam, mangsa menuju ke kaunter untuk memesan air suam, namun seorang pelanggan tidak dikenali terus menegur dan mengatakan mangsa seorang pondan. “Mangsa yang berang menegur tindakan suspek sebelum berlaku pertengkaran mulut antara mereka,” katanya di sini, kelmarin. Sumber itu berkata, anak mangsa yang menyedari kejadian itu cuba meleraikan pergaduhan dan membawa ibunya ke meja mereka. “Selepas itu, mangsa bersama anak serta rakannya menyambung semula aktiviti mereka, tetapi tidak lama kemudian suspek datang ke meja mangsa lalu terus memukul kepala wanita itu dengan botol kaca.
|
tongkatwaran75 posted on 2-2-2013 09:28 AM
noor nih...
suka dgr ckp yg salah dari yg benar...
tempat tu kat penampang, sabah...
Darien_Fawkes posted on 2-2-2013 02:03 PM
hahahaha... AN pacit tua nyanyok dan penyebar fitnah...
kat forum CI nie langsung xde siapa yang ...
Darien_Fawkes posted on 2-2-2013 02:48 PM
I PUN CETEK pasal bab geografi.. tapi, apa saja yang dikatakan oleh AN 100%I xkan caya gitu aje.. ...
ADVERTISEMENT