CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Hot Topic Lihat artikel

Cubaan pam bayi dlm mangkuk tandas gagal !

7-9-2012 11:11 AM| Diterbitkan: admin6| Dilihat: 11359| Komen: 220


BANGUNAN Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan yang menjadi tempat remaja membuang bayi yang baru dilahirkan di dalam tandas Wad Teratai 2C semalam.

KUANTAN –  Seorang remaja yang telah terlanjur bertindak  kejam apabila cuba mengepam mayat bayi yang baru dilahirkannya ke dalam mangkuk tandas di Wad Teratai 2C di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini semalam.

Namun, perbuatan jahat itu terbongkar akhirnya apabila mayat bayi berkenaan tersekat di dalam mangkuk tandas sebelum ia ditemui oleh seorang kakitangan hospital pada pukul 4.45 pagi.

Difahamkan, sebelum kejadian, remaja berusia 16 tahun tersebut pergi ke hospital berkenaan untuk menemui ibunya yang sedang dirawat. Dia kemudian telah pergi ke wad tersebut untuk melahirkan bayi di dalam tandas kerana kawasan tersebut dipenuhi dengan ibu bersalin dan tangisan bayi yang disangka dapat menutup kelakuan tidak berhati perutnya itu.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Mohd. Jasmani Yusoff berkata, kakitangan hospital berkenaan yang terkejut kemudian memaklumkan penemuan itu kepada ketuanya sebelum menghubungi polis.

“Siasatan mendapati kepala dan badan bayi malang itu tersumbat di dalam lubang mangkuk tandas sebelum kita mendapatkan bantuan bomba untuk mengeluarkan mangsa.

“Selepas menjalankan siasatan, kita kemudian dapat menahan remaja berkenaan di dalam kawasan hospital. Soal siasat kemudian mendapati remaja itu mengaku melakukan perbuatan terkutuk itu,” katanya ketika dihubungi semalam.

Tambahnya, pemeriksaan terhadap suspek menemui kesan yang dia baharu sahaja melahirkan anak. Suspek juga bertindak meninggalkan bayinya selepas mendapati ia tersumbat di dalam mangkuk tandas tersebut.

Suspek kini direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran.



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tongkatwaran75 7-9-2012 06:01 AM


Dibunuh sebaik dilahir

KUANTAN: “Hampir menitis air mata saya melihat mayat bayi tidak berdosa itu terperosok dalam lubang tandas, tapi demi tanggungjawab, saya dan tujuh rakan yang lain kuatkan juga semangat untuk menjalankan tugas.”


   Demikian, kata seorang daripada anggota bomba ditugaskan mengeluarkan mayat bayi baru lahir yang tersumbat dalam lubang tandas Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), di sini semalam.


   Dia yang hanya mahu dikenali sebagai Adli, 40-an, berkata, dia dan rakan-rakan dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuantan, mengambil masa lebih tiga jam untuk memecahkan tandas bagi mengeluarkan mayat bayi itu, bermula jam 8 pagi.

   “Sebaik saja melihat separuh kepala bayi itu terperosok dalam lubang tandas, kami sedar tiada cara lain untuk mengeluarkannya kecuali memecahkan mangkuk tandas itu dengan berhati-hati kerana bimbang ia mencacatkan tubuh bayi berkenaan.



    “Kami mengambil masa lebih tiga jam untuk memecahkan tandas itu perlahan-lahan. Kami bergilir-gilir melakukannya. Ketika itu juga hati saya bercampur baur antara sedih dan geram dengan manusia yang membuang bayi itu,” katanya.


p/s kejam...






Quote lwyl 7-9-2012 07:09 AM
Heartless

Quote bbalik 7-9-2012 07:37 AM
boh jer kanun 302... mmg niat membunuh pun...
eyhh tp juvana kan..
Quote MissNigga 7-9-2012 07:41 AM
So inhumane...

Masa buat, ingat seronok jer.... lepas berbenih, sanggup membunuh
Quote nalis 7-9-2012 07:46 AM
bodooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooohhh melantun lantun

kalau aku jumpa budak tu, aku sumbat kepala dia kat lubang jamban yg ada taikkk
Quote stars83 7-9-2012 07:57 AM
X tau nak kata apa dh! Hewan lg sygkan anaknya..apa nak jd bdk2 zaman skrg..
Quote yusryimran 7-9-2012 07:57 AM
tu le.. perangai mcm jadah dah buat kerja tu nak flush lak bdk yg x bersalah tu patutnya kau tu yg patut diflush dalam lubang jamban tu
Quote fatehana 7-9-2012 08:04 AM
manusia zaman sekrg makin pendek akal
dahlah buat dosa masa berzina ni tambah lak membunuh
Quote ren0_0 7-9-2012 08:05 AM
juvana lagi pun...dah kejam ya amat. harap pompuan ni kena gila meroyan.
Quote gaara_X 7-9-2012 08:08 AM
nie laa kalau nak lahirkan anak luar nikah....memacam benda sanggup nak wat.....tak ingat dosa ngan tuhan ke...dah laa dose projek...dosa membunuh plak...tak tahu laa aku manusia skang nie....
Quote 5229 7-9-2012 08:08 AM
ren0_0 posted on 7-9-2012 08:05 AM
juvana lagi pun...dah kejam ya amat. harap pompuan ni kena gila meroyan.

selamat pagi.!

a ah memang kejamm..
Quote ayudress 7-9-2012 08:16 AM
sedihnyer... la. sian baby tu
Quote Ramli.sirap. 7-9-2012 08:16 AM
Kesiannya baby tu...gila senang betina ni beranak ngalahkan kucing
Quote iniaroonz 7-9-2012 08:24 AM
adoyai..org lain beranak cam nak mampus..senang2 aje budak biol ni beranak lam tandas....bagi kat aku pun tak apa baby tu.....
Quote gujiwa 7-9-2012 08:25 AM
pelik aku dah ada kat hospital kot.. bukan kat mane2x.. haishh sedihnya...
Quote leylapple 7-9-2012 08:27 AM
betina celaka mcm nie lah pe'el nya....

rasanya patut ada akta kanak2 dan undang2 syariah yang lebih tegas utk mencegah perlakuan zina yang menyebabkan kematian bayi (pengguguran atau pembuangan bayi)

bila akal letak kat bawah gini lah jadinya..

spm pun tak lepas ada hati nak bg 'makan jantan'

aku harap budak nie akan jadi mandul seumur hidup...rasain loh!
Quote debab_78 7-9-2012 08:28 AM
senangnya dia bersalin..
mcm tu je?
Quote citulla3 7-9-2012 08:35 AM
dah x payah charge ikut juvana dah utk kes2 buang bayi ni...dah x praktikal...
Quote ren0_0 7-9-2012 08:37 AM
5229 posted on 7-9-2012 08:08 AM
selamat pagi.!

a ah memang kejamm..

pagi limo


harapnye limo pun jgn le flush baby dalam lubang jamban

Lihat semua komen(220)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-1-2025 05:16 AM GMT+8 , Processed in 0.042682 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top