MUHAMAD HAFIZ dibawa keluar dari Mahkamah Majistret Kota Bharu semalam. KOTA BHARU - Perbuatan biadab dan kurang ajar seorang penganggur yang tergamak menyepak, menumbuk kepala serta mengugut hendak menikam ibu kandungnya berbalas apabila dia dipenjara 24 bulan oleh Mahkamah Majistret di sini semalam. Majistret Muhamad Hafiz Mohd. Noor memerintahkan Mohd. Syaridan Awang Ahmad, 27, menjalani hukuman itu selepas menerima pengakuan bersalah tertuduh. Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh didakwa mengugut dengan menggunakan sebilah pisau dan gunting selepas ibunya, Che Saniyah Che Soh, 56, enggan memberinya wang. Dia didakwa mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau dengan denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan. Kesalahan itu dilakukan di rumah mereka di Kampung Kedai Buloh Badang di sini kira-kira pukul 12.30 tengah malam pada 13 Januari lalu.
|
hyldia posted on 21-2-2013 08:23 AM
hurmmmm...padan muka.sib baik kena hukum penjara 24 bln jekk. dh kuar jel nanti,elok kau p mintak am ...
wajaman posted on 21-2-2013 08:40 AM
kalao sempat mintak ampun la,buatnya ajal si ibu da smpi sblm dia keluar penjara....merana la idop ...
ADVERTISEMENT