CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Terkini Lihat artikel

Giliran artis Julie Woon disamun !

10-9-2012 04:23 PM| Diterbitkan: admin6| Dilihat: 13553| Komen: 72



3 September 2012

Kuala Lumpur - Beberapa hari lepas (27 Ogos), pengacara dan juga personaliti TV, Julie Woon telah dirompak ketika sedang berhenti di lampu isyarat selepas keluar dari pusat membeli-belah, One Utama. Kejadian yang berlaku dalam sekelip mata itu telah menyebabkan Julie Woon panik dan tidak sempat berbuat apa-apa tindakan.

Dalam kejadian itu, seorang penunggang motorsikal dan pembonceng telah memecahkan cermin tingkap sebelah penumpang hadapan Julie Woon dan mengambil beg tangan yang mengandungi sebuah Ipad didalamnya. Mujur bagi Julie, telefon bimbit dan dompetnya tidak diletakkan didalam beg tangannya ketika itu.

Menurut Julie Woon lagi, pada mulanya dia dapat melihat sebuah motorsikal melalui dan melihat kedalam keretanya. Namun, tidak sampai beberapa saat kemudian, datang lagi sebuah motorsikal dan memecahkan tingkapnya.







Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote MissNigga 9-9-2012 07:46 AM
Perampok.. penyamun ni tak mengenal mangsa...

Kalo dapat mangsa yang kaya riban... ala ala mendapat jack pot ler...
Kalo dapat mangsa yang cuma ada suit sket jer... alamat erpaksa mencari mangsa lain ler pulak lepas tue ...
Quote nabila11 9-9-2012 08:28 AM
Malaysia negara selamat????
Quote FaithNoMore 9-9-2012 09:48 AM
Kalau hudud kelate dijalankan tentu Julie Woon tak kena rampok....
Quote auntieagony 9-9-2012 10:02 AM
Salam.

Eeee... seriaunya auntie... Kalau mcm ni, susahlah kaum wanita nak memandu sengsorang diri... Sejak dua menjak ni, ramai yg pesan kat auntie supaya berhati2 ketika memandu... En suamiku, lately ni, ada pesan jgn letak handbag kat tempat penumpang sebelah kiri...

Handbag pulak kalau letak di bhgian pemandu, agak leceh gak sbb akan menyempitkan ruang utk pemandu... Kalau letak di bhgian kaki pemandu, agak merbahaya gak sbb kaki nak tekan minyak dan brake... Letak kat tempat penumpang belah kiri, lagilah tak digalakkan... Letak kat tempat duduk penumpang di belakang pun bahaya gak.... Adoi....mmg menyusahkan betullah perompak2 di jlnraya ni....
Quote chit_ana 9-9-2012 10:04 AM
malaysia dah tak selamat
Quote salwani911 9-9-2012 10:11 AM
kat mana tempat yg sesuai nak letak handbag yg agak besarya.. kalu bwh kaki driver mcm takut tersangkut lak. kalu bwh seat ruang luas leh gak sumbat. nak letak dlm bonet belakang pun nyusahkan gak. bwk handbag kecik je la kot pasni, sumbat dlm dashboard.
Quote UnaHusna 9-9-2012 10:14 AM
kat area OU lagi..ari tu kat parking OU..seram aku
Quote jfq 9-9-2012 10:23 AM
arggh
first thing tnampak ketiak yg ada stubble
Quote comotboroi 9-9-2012 10:27 AM

Lain kali jgn gi 1Utama...gi Pavillion jer

Sana selamat.......
Quote alahai 9-9-2012 10:31 AM
kalau camni... semua kereta kena buat cermin yg tak pecah bila kena ketuk , cuma retak je....
Quote alesandra 9-9-2012 10:36 AM
salwani911 posted on 9-9-2012 10:11 AM
kat mana tempat yg sesuai nak letak handbag yg agak besarya.. kalu bwh kaki driver mcm takut tersang ...

itulah sebaiknya kot.kalo nak bawak handbag agak besar mcm nak beli brg2 letak kat bonet.cuma keluarkan wallet je ...just in case...sbb ade lesen semua tu kan.tapi wallet  aku tak letak kat mane2 aku.. letak kat seat aku duduk kat atas tu.boleh gitu??
Quote arrowtotheknee 9-9-2012 10:42 AM
Itu hari Hishamuddin sahkan negara Malaysia selamat. Korang jgn putar alam nafikan statement dia. Okie dokie?
Quote Lulz 9-9-2012 10:42 AM
kes terpencil..malaysia masih lagi selamat
Quote leylapple 9-9-2012 10:43 AM
So nk buat mcm mana sbb malaysia dbh x selamat pun.pemimpin sibuk dgn hal sendri,polis plak sibuk nk cr kes bdoh2 mcm sape pijak picha dia,tayang montot,escort menteri yg x bkenaan.

Lgpun malaysia skrg adalah home for criminal PATI.camne diorg leh lps masuk ke malaysia pun aku x tau.semisteri kehilangan data altantuya dan daniel nazarbayez
Quote AHMADVW 9-9-2012 10:46 AM
xpa kat abe keris isemudin- negaro selamat
Quote shernazz 9-9-2012 10:47 AM
ai kekadang letak dalam laci bawak seat aje...senang
tp bile nak kuar, agak sukar nak kuarkan pula
tp x pe, janji selamat...
skang ni pakai selekeh ke, smart ke, tetap kene rompak....


ai ade dengor, budak2 skola pon nak dirompak..dpt duet RM5 yang mak bagi soh makan kat skola aje...bengong!!!!
Quote chervil 9-9-2012 10:49 AM
byk sgat kes mcm ni......rasa dah x selamat dan mereka semakin berani melakukan jenayah.
Quote tobby 9-9-2012 12:16 PM
leylapple posted on 9-9-2012 10:43 AM
So nk buat mcm mana sbb malaysia dbh x selamat pun.pemimpin sibuk dgn hal sendri,polis plak sibuk nk ...

anggota polis cukup sebenarnya. tapi habis dikerahkan utk buat kerja2 politik, dan keja2 yg tak kena mengena dgn membanteras jenayah.  klu buat keja2 politik spt tangkapan student yg berdemo, habis separuh jabatan dikerah, satu balai kena turun. dan result nak cepat, klu lambat kena transfer 24 jam.  membanteras jenayah jadi 2nd priority.
Quote tobby 9-9-2012 12:17 PM
shernazz posted on 9-9-2012 10:47 AM
ai kekadang letak dalam laci bawak seat aje...senang
tp bile nak kuar, agak sukar nak kuarkan pula
...

yg hang pi bagitau buat apa. lepas ni derang pecah keta & selak laci bawah seat pulak.

Lihat semua komen(72)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-1-2025 12:11 AM GMT+8 , Processed in 0.047417 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top