CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Geng Curi Kereta Di Cheras Tumpas

2-7-2014 10:02 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 6488| Komen: 20

Description: Dalam Operasi Empat Hari Mulai 23 Jun, Polis Menahan Seorang Mekanik Di Sebuah Bengkel Di Shah Alam Dan Tiga Lagi Ditahan Di Beberapa Kediaman Di Sekitar Cheras, Katanya Kepada Pemberita Di Sini Hari ...

Gambar hiasan


KUALA LUMPUR 1 Julai - Polis menumpaskan kumpulan pencuri kereta yang dikenali sebagai “Geng Koloi" apabila empat anggotanya ditahan dalam satu operasi khas minggu lepas.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Mohan Singh Tara Singh berkata, polis turut merampas enam buah kereta lama yang dipercayai kereta curi bernilai RM80,000.

Dalam operasi empat hari mulai 23 Jun, polis menahan seorang mekanik di sebuah bengkel di Shah Alam dan tiga lagi ditahan di beberapa kediaman di sekitar Cheras, katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata, kumpulan itu aktif mencuri kenderaan lama dan ia melibatkan 29 kes sejak tahun lalu yang dilaporkan di kawasan Cheras.

Polis turut menemui enam kereta curi, iaitu tiga buah kereta Proton Satria, sebuah Proton Putra, sebuah Proton Waja dan sebuah Honda Civic.

"Modus operandi kumpulan ini ialah, seorang daripada empat lelaki itu akan pergi di suatu kawasan di Cheras bagi mencuri kereta manakala tiga lagi bertindak sebagai ejen untuk menjual kereta berkenaan dengan harga RM3,000 hingga RM4,000 sebuah," katanya.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/ ... umpas#ixzz36CeAbSYt
© Utusan Melayu (M) Bhd


Bagus
4

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (4 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote GhostWalking 1-7-2014 04:22 PM
Nama geng tak Glam sungguh
Quote Anden 1-7-2014 04:23 PM
Senang ingat hidup curi hak org lain...
Quote edee_91 1-7-2014 04:25 PM
Tak jantan la bagi nama glam. :lol
Quote tumpanglalu74 1-7-2014 04:29 PM
Bila curi kete, yang menanggung rugi kompeni insuran.  Kita pon sume bayar insuran kete tiap2 tahun.  Tau la kita macamana kayanye kompeni2 tu..
Quote iman_aly 1-7-2014 04:46 PM
geng koloi..
Quote Loxlaxman 1-7-2014 04:53 PM
Geng Koloi abis timbul pulak Geng Kababoom ...
Quote batmana 1-7-2014 05:03 PM
setiap geng ni sudah mcm daftar SSM pulak konsepnye..
Quote khaira01 1-7-2014 05:42 PM
apakah..geng koloi.
why not geng koboi?
ok, why bother.
Quote lizaliza 1-7-2014 05:55 PM
baik letak geng pirana..
kaloi tu ikan yang baek..
tak pun letak je geng ikan temekung
Quote dragger 1-7-2014 10:43 PM
geng "kolom"


Quote senahsanasini 1-7-2014 11:29 PM
Ape ke nama geng deme ni..
X komersial langsung..

Quote kakikuDibibirmu 2-7-2014 01:21 AM
♫...geng koloi mak iloi iloi
geng gelama mak ilai ilai...♫
Quote jack_ainsley 2-7-2014 03:35 PM
Koloi tu ape plakkk
Quote Cik_Andak 2-7-2014 04:00 PM
Koloi...xbest langsung...tapi elok lah di tangkap...
Quote azrain98 2-7-2014 04:02 PM
geng bodoh
Quote Changa 2-7-2014 04:07 PM
gambar bangsat3 pengganas sunni ini

Quote Eljie 3-7-2014 08:33 AM
daripada jadi geng koloi..lebih baik korang disumpah jadi ikan kaloi
Quote arthos7 3-7-2014 12:54 PM
Eljie posted on 3-7-2014 08:33 AM
daripada jadi geng koloi..lebih baik korang disumpah jadi ikan kaloi

semlm dlm pukul 6 petang di kawasan open parking sebelah maybank permaisuri pun ade satu honda civic hilang... dgr2 lori towing tarik senyap2..x tau la citer sebenarnya.. Skrg ni open parking pun tak selamat dah.
Quote afie_m 3-7-2014 02:39 PM
penyenayah skrg mana tahu takut..kita ja yg takut dia org..huhuhuh

Lihat semua komen(20)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-5-2024 12:43 AM GMT+8 , Processed in 0.063000 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top