CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Terkini Lihat artikel

Sanggup cederakan diri, hantar gambar bogel

24-9-2012 11:05 AM| Diterbitkan: admin6| Dilihat: 15456| Komen: 75


Sim cuba mendapatkan maklumat daripada Caroline tentang kejadian yang menimpa dirinya.

KUANTAN – Seorang gadis sanggup mencederakan diri serta menghantar gambar bogelnya melalui Perkhidmatan Pesanan Multimedia (MMS) kononnya untuk mengubati teman lelaki yang diserang penyakit jantung.
       
        Gadis yang hanya mahu dikenali sebagai Caroline, 16, berkata, dia mengenali lelaki itu sejak Februari tahun lalu selepas diperkenalkan oleh rakan sekolahnya.
       
        Namun, sepanjang tempoh perkenalan dengan lelaki itu, mereka tidak pernah berjumpa, sebaliknya hanya berhubung melalui telefon.
       
        “Lebih setahun saya berkenalan dengan lelaki itu tetapi belum pernah berjumpa. Saya hanya mengenalinya melalui gambar yang dihantarnya melalui MMS. Dalam tempoh perkenalan kami, dia memang seorang lelaki yang baik dan romantik,”
katanya ketika ditemui di Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Kuantan, semalam.
       
        Katanya, sebelum ini teman lelakinya pernah meminta dia menghantar gambar bogel dan akur terhadap permintaan itu kerana rasa sayang.

        “Tanpa berfikir panjang, saya memberi gambar yang diminta kerana percaya permintaan itu sekadar suka-suka, tiada niat lain,”
         katanya.
       
        Caroline berkata, peristiwa hitam hidupnya bermula apabila dia dimaklumkan oleh seorang lelaki yang mengaku sebagai bapa saudara teman lelakinya bahawa kekasihnya itu terpaksa dimasukkan ke hospital kerana sakit jantung.
       
        “Ketika itu, pakcik teman lelaki saya yang turut bergelar ‘Datuk’ meminta supaya saya MMS gambar bogel bagi mengubati teman lelaki saya.
       
        “Selain itu, dia turut memberikan syarat lain iaitu tidak boleh tidur selama enam hari kerana jika saya tidur, teman lelaki saya itu akan mati,” katanya.
       
        Lebih berani, bapa saudara teman lelakinya itu turut menyuruh Caroline mencederakan diri kerana boleh memberikan alasan didera oleh ibu bapa jika dia keluar dari rumah nanti.
       
        “Dia (pakcik) kata, ada makhluk halus yang memerhatikan saya setiap masa, jadi saya kena ikut segala kemahuannya jika mahu teman lelaki selamat. Dia juga ada menghantar MMS gambar lucah teman lelaki saya selepas saya menghantar gambar saya,”
katanya. Tingkah laku pelik Caroline bagaimanapun dapat dikesan oleh ibunnya yang menyedari dia tidak tidur pada waktu malam.
       
        Menurut ibunya yang dikenali sebagai  Mei Ling, 35, dia mendapati anaknya tidak tidur dan duduk di biliknya sambil menangis ketakutan. “Ketika ditanya, anak saya menunjukkan telefonnya dan menceritakan apa yang berlaku.
       
        “Bimbang dengan keselamatan anak, saya membuat dua laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan iaitu pada 18 September dan 20 September,” katanya.
       
        Sementara itu, Pegawai Khas Ahli Parlimen Kuantan, Sim Chong Siang berkata, mana-mana remaja yang mengalami masalah yang sama diminta tampil membuat laporan polis bagi mengelakkan perkara tidak diingini berlaku.




P/s : Malas nak komen.. cuma cuba uols tengok lambang dekat kerusi tu...


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Djin 24-9-2012 10:28 AM
Apa kena mengena kerusi dengan cerita ni wei?
Quote lasagnaklcc 24-9-2012 10:31 AM
Lurus sesangat amoi ni...
Quote jejai 24-9-2012 10:32 AM
Djin posted on 24-9-2012 10:28 AM
Apa kena mengena kerusi dengan cerita ni wei?


uols xtau ke.. kerusi kan tempat duduk
Quote yanaghazali 24-9-2012 10:34 AM
Nk bodoh cerdik, nk kata cerdik bodoh?!!! X faham aku wehhh!
Quote jejai 24-9-2012 10:34 AM
lasagnaklcc posted on 24-9-2012 10:31 AM
Lurus sesangat amoi ni...


rambut dia pun lurus khenn.. apa rahsia sheols ek? basuh rambut pakai santan kelapa?
Quote Changa 24-9-2012 10:36 AM
cina bukit bimbo.
dalam kepala otak dah  shrink ke apa?
Quote izumiza 24-9-2012 10:37 AM
tak faham aku dengan kes2 tak masuk akal camni
Quote ejai601 24-9-2012 10:43 AM
lurus bebenor gamak nya ni....
Quote amlisa 24-9-2012 10:46 AM
budak2 lagi akai xpenuh
Quote ~anya~ 24-9-2012 10:47 AM
KUANTAN – Seorang gadis sanggup mencederakan diri serta menghantar gambar bogelnya melalui Perkhidmatan Pesanan Multimedia (MMS) kononnya untuk mengubati teman lelaki yang diserang penyakit jantung.


ini macam bukan beri ubat sakit jantung.... lagi beri lelaki sakit jantung adalah....
        
Quote Djin 24-9-2012 10:48 AM
jejai posted on 24-9-2012 10:32 AM
uols xtau ke.. kerusi kan tempat duduk




Quote ~anya~ 24-9-2012 10:48 AM
kalau malay girls dah berbakul kena panggil bodo nih....sib bek amoi cina...
Quote solstice 24-9-2012 10:49 AM
Tiada lah yg menganiaya kaum wanita kecuali kebodohan wanita itu sundri
Pas tu meroyan kat paper
Quote shahx 24-9-2012 10:55 AM
biasa nye diorangreport kat mca, kali ni kat report kat pkr lak..
anyway, bodoh tul la awek tu...
Quote tupaiterbang 24-9-2012 10:56 AM

ada jugak pompuan bahlol macam ni kat dalam dunia....
Quote Eura 24-9-2012 10:56 AM
Sengal sungguh...
Quote devilito 24-9-2012 10:57 AM
lheiii...caroline!!!!!! iols tengah sakit ni, hantar juga la pic uols kat iols juga........ pompuan bodoh...... Last edited by devilito on 24-9-2012 10:58 AM

Quote gede-bab 24-9-2012 10:57 AM
nasib baik amoi ni cuma hantar gambar telanjang n tak tidur 6 hari 6 malam....kalu kena layan pak cik dan boyfriend dia 6 hari 6 malam kan ke nahas....
Quote gaara_X 24-9-2012 11:01 AM
olang kalau tak dork agama and muhasabah dili mmg gitu laa gamoknya....

Lihat semua komen(75)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-12-2024 04:18 PM GMT+8 , Processed in 0.064039 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top