CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Larangan Kenderaan Berat Guna Lebuh Raya Semasa Cuti Umum

9-10-2014 11:53 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 7509| Komen: 23

Description: Llm Mengulas Mengenai Kemalangan Di Km256.1 (Arah Utara) Lebuhraya Plus Iaitu 4.7 Kilometer Selepas Terowong Menora Pada 4 Oktober Lepas Yang Telah Mengorbankan Seorang Ibu Dan Anaknya Selain Menceder ...

Larangan Kenderaan Berat Guna Lebuh Raya Semasa Cuti Umum



Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) bercadang menguatkuasakan perintah larangan kepada kenderaan berat semasa cuti-cuti umum tertentu dalam usaha mencegah kemalangan di lebuh raya.
   
Ketua Pengarah LLM Datuk Ir Ismail Md Salleh berkata pihaknya percaya, kerjasama dengan Jabatan Pengangkutan Jalan dapat menguatkuasakan larangan itu melalui Seksyen 70 Akta Pengangkutan Jalan 1987.
   
"Larangan (boleh) dikuatkuasakan melalui perintah yang disiarkan dalam Warta melarang atau menyekat daripada memandu atau menggunakan kenderaan-kenderaan atau apa-apa kelas atau perihalan tertentu kenderaan-kenderaan di mana-mana jalan atau mana-mana bahagian jalan yang dinyatakan dalam perintah itu," katanya dalam satu kenyataan semalam.

LLM mengulas mengenai kemalangan di KM256.1 (Arah Utara) Lebuhraya PLUS iaitu 4.7 kilometer selepas Terowong Menora pada 4 Oktober lepas yang telah mengorbankan seorang ibu dan anaknya selain mencederakan tiga yang lain.
   
Ismail berkata pihaknya menerusi syarikat konsesi PLUS Berhad juga sentiasa melaksanakan intervensi yang bersesuaian dari semasa ke semasa bagi meningkatkan tahap keselamatan dan keselesaan pengguna lebuh raya.
   
Selain itu, beliau berkata pihaknya juga sedang mengkaji kemungkinan penyediaan jajaran baru bagi seksyen Ipoh ke Kuala Kangsar yang akan menjadi laluan alternatif sedia ada.
   
Mengenai cadangan Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir untuk menyediakan laluan khas kenderaan berat, Ismail berkata kajian secara menyeluruh perlu dilaksanakan terlebih dahulu memandangkan lokasi cadangan pelebaran lorong di kawasan berbukit melibatkan kos yang tinggi.  
   
Dalam pada itu, LLM berharap Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Darat (SPAD) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan memantau dengan lebih ketat ke atas pengusaha perkhidmatan logistik ini dari segi aspek keselamatan keadaan kenderaan berat tersebut.

1

Bagus

Marah
1

Terkejut
5

Sedih
2

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (12 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tekoyong 8-10-2014 11:29 PM
setuju sesangat
Quote TuntungReturn 8-10-2014 11:52 PM
tp klo area kuala kngsar ke ipoh nk buat 1 lorong kt area terowong menora smpai tol jelapang payah tu.kiri kanan gaung.sme jugak dri terowong ke kuala knsar
Quote freebird 8-10-2014 11:57 PM
Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) bercadang menguatkuasakan perintah larangan kepada kenderaan berat semasa cuti-cuti umum tertentu dalam usaha mencegah kemalangan di lebuh raya.


hehehe ...sebelum ni, perintah larangan tu tak di kuatkuasakan....
hidop melayu!! hidop ameno!!
   
Quote zvicmorrow 9-10-2014 12:05 AM
habis kalau kenderaan berat dilarang ~ macamana nak angkat gas masak....sayur-sayur dan ikan yg hendak dihantar dipasar-pasar....mcm mana dgn bekalan minyak petrol...............nak kena angkut pakai kereta ke?.......hanya utk balik kg beraya walau raya tu hanya sehari sahaja....ada yg fikiran singkat.........................ada yg naik cuti...gas habis.....minyak petrol habis.....kat pasar2 bekalan ikan dan sayuran tak de...!
Quote penyo 9-10-2014 12:23 AM
setahu aku memang setiap kali dua perayaan besar (AidilFitri dan Tahun Baru Cina) akan diwartakan (setiap tahun) kenderaan berat tidak dibenarkan menggunakan lebuh raya kecuali lori minyak, lori makanan atau ubatan.

Tetapi tiada larangan diwartakan utk cuti2 umum yg lain seperti Hari Raya Haji ka, deepavali kaa.... Mungkin itu yg dimaksudkan utk menguat kuasakan larangan utk cuti umum yg lain selain dua perayaan besar tu.
Quote huJanBaTu 9-10-2014 12:24 AM
zvicmorrow posted on 9-10-2014 12:05 AM
habis kalau kenderaan berat dilarang ~ macamana nak angkat gas masak....sayur-sayur dan ikan yg hend ...

jangan bimbo sgt sis

maksud larangan utk waktu2 kemuncak la sis
Quote ice_sky92 9-10-2014 12:35 AM
zvicmorrow posted on 8-10-2014 04:05 PM
habis kalau kenderaan berat dilarang ~ macamana nak angkat gas masak....sayur-sayur dan ikan yg hend ...

Agaknya kena ada salah sorang ahli keluarga kau yg mati dulu kot baru kau sedar betapa bangsatnya pemandu lori ni bawak atas jalan raya weh. Cuti umum memang sepatutnya lori xde sbb jalan memang dah sesak.
Quote zvicmorrow 9-10-2014 12:40 AM
ice_sky92 posted on 9-10-2014 12:35 AM
Agaknya kena ada salah sorang ahli keluarga kau yg mati dulu kot baru kau sedar betapa bangsatnya  ...

habis kau ingat kereta dan motor tak boleh langgar salah seorang keluarga kau sampai mati???.........

Quote zvicmorrow 9-10-2014 12:45 AM
huJanBaTu posted on 9-10-2014 12:24 AM
jangan bimbo sgt sis

maksud larangan utk waktu2 kemuncak la sis

tak de lah derr....bnyk halangan yg ada...kalau utk raya aidil fitri dan raya cina..kira ok lerr.....sebab cuti panjang dan ramai balik kampung................tapi kalau nak buat jugak....definisi kenderaan berat tu kena kaji...................kerana seingat saya bas ekspress pun kenderaan berat..kahn........................jadik macamana nak balik kampung bagi saya yg tak de kenderaan ni....klau kenderaan berat bas pun dihalang menggunakan jalanraya...mmph...mmph...;)

Quote tupaiterbang 9-10-2014 12:48 AM
ice_sky92 posted on 9-10-2014 12:35 AM
Agaknya kena ada salah sorang ahli keluarga kau yg mati dulu kot baru kau sedar betapa bangsatnya  ...

memang bangsat mostly drebar lori ni..
bukan nk hina mereka nih tapi mmg celaka sekor2 ni
Quote tungkai 9-10-2014 12:51 AM
Tak payah dok sibuk2 buat larangan time musim perayaan. Jalan2 federal, hiway ni pun bersepah kenderaan berat dok menyemak time waktu puncak hari2 biasa. Mentang2 besar gedabak, selamba kodok aje mencilok sana sini. Pastu rosak tengah jalan sampai jem semua...
Quote SUHA 9-10-2014 12:53 AM
Idea yg sangat bagusss...
Hrp cepat2 implement sblm musim raya tahun dpn
Quote crankshaft 9-10-2014 01:53 AM
No heavy vehicles even on Sunday on freeways except for those with special permits in most European countries........been for ages........

Why took malaysia so long to implement?

Quote Malikmalika 9-10-2014 01:58 AM
zvicmorrow posted on 9-10-2014 12:40 AM
habis kau ingat kereta dan motor tak boleh langgar salah seorang keluarga kau sampai mati???...... ...

ajal kat mana2 la bro . tapi salah satu alternatif nak elak jangan benarkan la . bukan setiap hari . hari tertentu je . asal marah sangat . memandu kederaan berat kah ?
Quote 5229 9-10-2014 02:04 AM
preventive maintanance lori..yg kena patut ngn kompeni2 sekali...
Quote syue86 10-10-2014 10:21 AM
sekarang ni kalau hari jumaat
penuh lori2 n jentera berat nk ke LDP
apehal?
time org nk pergi kerja kot
Quote jofizo 10-10-2014 10:25 AM
haramkan lori menggunakan hiway antara jelapang-k.kangsar...... memanjang jem kat situ, kalau x eksiden, lori rosak......
Quote budakmanentah 10-10-2014 10:27 AM
kalau xsalah aku lori minyak dgn lori bwk bekalan makanan je yg dibenarkan masuk highway time cuti raya. bas ekspress pon blh lalu sama. mungkin yg dorg maksudkan ialah treller2 panjang yg bwk konkrit, yg bwk kayu balak atau brg2 yg selain dr bekalan minyak dgn mknan. tp mmg bagus klau kenderaan berat ni dilarang masuk highway time cuti umum...sbb org byk nak balik kmpung...drebar lori pon kalut nak bwk laju2 sbb kejar trip or nak balik awal. Last edited by budakmanentah on 10-10-2014 10:28 AM

Quote pumpkingirl 10-10-2014 10:40 AM
zvicmorrow posted on 9-10-2014 12:45 AM
tak de lah derr....bnyk halangan yg ada...kalau utk raya aidil fitri dan raya cina..kira ok lerr.. ...

Bukan dihalang menggunakan jalanraya bro, tp dihalang menggunakan lebuhraya.

Lihat semua komen(23)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-6-2024 04:37 AM GMT+8 , Processed in 0.057080 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top