CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Terkini Lihat artikel

{2} Penjenayah ala rapper dirakam di CCTV: Mahathir Mohamad terkejut!

26-9-2012 10:47 AM| Diterbitkan: admin6| Dilihat: 11073| Komen: 63


SALAH seorang suspek bersenjatakan parang mendekati kaunter bayaran untuk meminta wang daripada pekerja
premis.


KUALA LUMPUR – Dua penjenayah ganas pasti tidak senang duduk apabila aksi mereka menyamun kedai serbaneka 99 Speedmart dan menetak tangan kiri seorang pengawal keselamatan warga Nepal berjaya dirakam kamera litar tertutup (CCTV) premis berkenaan.


Kejadian pukul 9 malam kelmarin di Zest Point, Jalan Bukit Jalil di sini itu berlaku apabila suspek yang memakai topi mendekati premis sebelum salah seorang daripada mereka masuk untuk mencari pengawal tersebut manakala rakannya berdiri di luar.


Suspek yang masuk ke dalam premis itu kemudian mengacukan parang ke arah pengawal keselamatan terbabit yang  berusia lingkungan 30-an sebelum menetak tangan kiri mangsa.


Pengawal itu kemudian cuba melawan dengan  memukul suspek dengan cota sebelum berlaku pergelutan antara mereka.
Bagaimanapun, pengawal itu terpaksa ‘menyerah’  akibat kesakitan ekoran tetakan di tangannya tersebut.


Rakan suspek kemudian masuk dan pergi ke kaunter bayaran sebelum melarikan wang lebih RM1,000, beberapa barangan jualan dan telefon bimbit pekerja.


Pengurus premis, Azifa Noranim Kamsari, 25, berkata, ketika kejadian, dia bersama seorang rakan sekerja, pengawal keselamatan dan lima pelanggan berada di dalam premis itu


SUSPEK yang memakai topi memegang sesuatu yang
dipercayai bekas berisi wang.


“Kesemua pelanggan menyembunyikan diri dalam stor ketika kejadian manakala saya berada di kaunter bayaran dan seorang rakan sekerja sedang mengira stok.


“Saya perasan dua lelaki itu ketika mendekati premis dalam keadaan mencurigakan tetapi tidak menyangka mereka akan menyamun dalam kejadian yang  berlaku begitu pantas,” ceritanya.


Sementara itu, seorang pekerja, Mahathir Mohamed Ibrahim, 21, berkata, dia hanya menyedari kejadian samun itu sebaik terdengar bunyi bising  sebelum bergegas mencari Azifa dan pengawal keselamatan terbabit.


“Saya terkejut apabila melihat pengawal keselamatan itu sedang ditetak dan dipukul penjenayah tidak dikenali dan saya terus keluar lalu menghubungi polis untuk bantuan. Penjenayah itu bagaimanapun sempat lari sebelum polis dan ambulans tiba,” katanya yang memberitahu pengawal keselamatan itu kemudian dibawa ke Hospital Serdang dan dirawat sebagai pesakit luar.


Difahamkan, premis itu telah lima kali disamun sejak beroperasi hampir setahun lalu.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Mohan Singh Tara Singh berkata, polis telah mengenal pasti dua suspek berkenaan dan kini  giat memburu mereka.

p/s aku pun terkejut ga kenapa Mahathir Mohamad terkejut...


Statistik kategori thread dibuka oleh TW75 pada 26 Sept 2012 :

1. Ehwal kemasyarakatan -1 thread

2. Pendidikan - 0 thread
3. Seks - 0 thread
4. Jenayah - 1 thread
5. Dunia - 0 thread

6. Sukan - 0 thread

jumlah thread -2

1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Orange1 26-9-2012 04:33 AM
Ganasszz2 penjenayah sekarang main tetak2 terussss.
Quote Ppaw 26-9-2012 04:53 AM
pendatang ni...
Quote Al-Patih 26-9-2012 06:06 AM
tak pasal2 orag tua tu punya nama diwiridkan...
Quote tongkatwaran75 26-9-2012 06:56 AM
Al-Patih posted on 26-9-2012 06:06 AM
tak pasal2 orag tua tu punya nama diwiridkan...

tu la dinamakan nama org tak yg faborit...kan dah kena wirid...
cer taruk nama patih...taknak org wirid der...

Quote Al-Patih 26-9-2012 06:58 AM
tongkatwaran75 posted on 26-9-2012 06:56 AM
tu la dinamakan nama org tak yg faborit...kan dah kena wirid...
cer taruk nama patih...taknak org ...


Quote kakiputaralam 26-9-2012 07:03 AM
Alahai..untuk 1k pun beria2 sampai tetak menetak
Quote MissNigga 26-9-2012 07:04 AM
perghhh..... giler arrr.... selumber derk jer tetak orang dan rompak supermarket....
penjenayah kat Malaysia sekarang ni makin desperado arghhhhh..... dah tak takut nak menyamun kat public
Quote yusryimran 26-9-2012 07:31 AM
tengok dari gambar mcm mamat neger... kurang ajor betul lah dia orang ni
Quote highcastle 26-9-2012 07:32 AM
Terus terang aku kata... jenayah Malaysia skg memang amat membimbangkan... Aku nak keluar duit kat ATM pun skg tengok sekeliling ada org ke tak...
Quote taji2906 26-9-2012 07:40 AM
makin teruk jenayah di mesia... apa puncanya?
Quote noor2 26-9-2012 07:42 AM
negro ke india ni?
Quote AHMADVW 26-9-2012 07:43 AM
masih aman dan selamat kalau nak dibandingkan dgn negaro lain- nilah statement menteri malaysia
Quote AirBus 26-9-2012 07:56 AM
neger basket....
Quote geng_tx 26-9-2012 07:58 AM
geng tiga line? pukeyda?
Quote shahx 26-9-2012 08:02 AM
tajuk missleading.. bukan mahathir mohamad, tapi mahathir mohamed...
Quote devilito 26-9-2012 08:18 AM
klu dah nama penjenayah, lantak la nak rakam2 muka segala katanya.......
Quote katokcun 26-9-2012 08:22 AM
he..he....hanye krn tajuk aku membacenye....hampeh tul....sabo jer...
Quote batmana 26-9-2012 08:24 AM
bdn dorg pendek..
mat india kot..
Quote noor2 26-9-2012 08:24 AM
tajuk begitu mengujakan...

Lihat semua komen(63)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-11-2024 11:13 AM GMT+8 , Processed in 0.059516 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top