CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

82,582 Produk Turun Harga Selama 4 Bulan

26-3-2015 10:31 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 2840| Komen: 0

Description: Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ahmad Bashah Md. Hanipah Berkata, Produk-Produk Yang Tersenarai Dalam Kempen Selama Empat Bulan Bermula 1 Mac Lalu Itu ...
82,582 Produk Turun Harga Selama 4 Bulan


KUALA LUMPUR 25 Mac – Seba-nyak 82,582 produk daripada 16 buah syarikat yang mengambil bahagian dalam Kempen Penurunan Harga 2015 mengalami penurunan harga sehingga 70 peratus.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ahmad Bashah Md. Hanipah berkata, produk-produk yang tersenarai dalam kempen selama empat bulan bermula 1 Mac lalu itu boleh didapati di 1,036 cawangan pasar raya besar, pasar raya dan pasar mini di seluruh negara.

“Adalah menjadi harapan kerajaan kempen ini dapat meringankan beban rakyat terutama mereka yang berpendapatan sederhana dan rendah.

“Kementerian juga menyeru agar syarikat-syarikat lain termasuk restoran, peniaga dan pihak-pihak terlibat dapat menawarkan harga barangan secara berpatutan dan tidak mengambil kesempatan untuk mengaut keuntungan secara berlebihan dan tidak munasabah,” katanya dalam Sidang Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau menjawab soalan Datuk Zaim Abu Hasan (BN-Bukit Gantang) yang ingin tahu mekanisme digunakan kementerian untuk menurunkan harga barang selaras dengan penurunan harga minyak.

Selain kempen penurunan harga barang, Ahmad Bashah berkata, kerajaan telah menubuhkan Jawatankuasa Khas Menangani Kos Sara Hidup pada 2014 yang dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bagi menangani isu-isu kos sara hidup dan harga barang secara bersepadu dan berterusan.

Katanya, kementerian juga mengambil inisiatif mengadakan pertemuan dengan pengilang, pembekal, pemborong, peruncit dan persatuan pada 10 Februari lalu dan mereka bersetuju untuk menurunkan harga barangan berikutan penurunan harga minyak di pasaran.

24

Bagus
18

Marah
8

Terkejut
17

Sedih
12

Lawak
32

Bosan

Friends Rank (111 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-5-2024 05:55 PM GMT+8 , Processed in 0.106451 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top