CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Misteri & Sejarah Lihat artikel

Ada apa dengan area lima puluh 1 ni

19-6-2013 12:15 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 5582| Komen: 14

Melalui perisian GoogleEarth™, Pengkalan Tentera Udara Amerika Syarikat di lokasi yang dikenaliArea 51 telah berjaya dirakamkan. Namun, apa yang mengejutkan adalah pengkalan tersebut langsung tidak menunjukkan sebuah pengkalan tentera udara Amerika Syarikat. Tiada langsung kelibat kapal terbang, jet pejuang mahupun helikopter. Cuma yang dapat dilihat adalah tiga buah binaan yang mempunyai binaan yang pelik; sebuah piramid dan dua buah bangunan yang janggal.!

Area 51 sememangnya bereputasi sebagai sebuah tempat yang misteri. Orang perseorangan yang tiada pas tentera tidak dibenarkan masuk. Ia adalah lokasi yang cukup rahsia. Ramai mempercayai kerajaan Amerika Syarikat membina pelbagai alatan ketenteraan canggih terutama membabitkan tentera udara di Area 51.


Ini dapat dibuktikan apabila ramai saksi kerapkali melihat jet pejuang Stealth Bomber lama sebelum Stealth Bomber diperkenalkan secara rasmi semasa Perang di Afghanistan. Itu belum lagi cerita-cerita mengenai kemunculan piring terbang (UFO) yang terlampau kerap di Area 51. Ini menguatkan teori bahawa Area 51 sememangnya lokasi bagi pembuatan alatan canggih ketenteraan Amerika Syarikat.



Lokasi bawah tanah Desas-desus menyatakan kerajaan Amerika Syarikat telah membina tapak pembinaan di bawah tanah yang cukup canggih dan berteknologi tinggi. Ia diperkuatkan dengan lokasi Area 51 dilihat daripada udara langsung tidak menunjukkan sebuah pengkalan tentera udara Amerika Syarikat. Dengan kata lain, ia langsung tidak menunjukkan sebuah pengkalan yang sering diwar-warkan sebagai antara sebuah pengkalan tentera udara yang canggih. Sekarang, pembaca boleh lihat sendiri gambar yang dirakam menggunakan GoogleEarth™ di Area 51. Apakah benar mereka membina rangkaian pangkalan bawah tanah yang serba canggih dan moden?




Sebuah bangunan berbentuk piramid.


Salah sebuah daripada dua bangunan yang mempunyai bentuk yang agak janggal


Adakah bangunan ini pintu masuk ke binaan bawah tanah yang jauh lebih besar?





Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dragger 19-6-2013 12:24 PM
aku nampak je pestol ni terus teringatkan ketiak beliau..

haru sungguh
Quote pestol 19-6-2013 12:37 PM
dragger posted on 19-6-2013 12:24 PM
aku nampak je pestol ni terus teringatkan ketiak beliau..

haru sungguh

ketiak labah2 nak x? rentak terkini..
Quote dragger 19-6-2013 12:42 PM
pestol posted on 19-6-2013 12:37 PM
ketiak labah2 nak x? rentak terkini..

aduuuhhhhh'

balaaaa
Quote mamaezah 19-6-2013 01:00 PM
ADOIIII....bubuh la avatar yg molek skett...
Quote mizkajura 19-6-2013 02:43 PM
avatar mmg hampeh.. buleh lulus pulak tuh
Quote pestol 19-6-2013 03:31 PM
mizkajura posted on 19-6-2013 02:43 PM
avatar mmg hampeh.. buleh lulus pulak tuh

avatar ketiak x pnah x lulus... walupun masuk airport..
Quote mizkajura 19-6-2013 03:35 PM
pestol posted on 19-6-2013 03:31 PM
avatar ketiak x pnah x lulus... walupun masuk airport..

deng....ngeri wei
sib baik tak ngigau
Quote edoraixora 19-6-2013 03:39 PM
pestol posted on 19-6-2013 03:31 PM
avatar ketiak x pnah x lulus... walupun masuk airport..

geli la tgok avvy ko tu
gambo sendiri ker

Quote pestol 19-6-2013 03:45 PM
edoraixora posted on 19-6-2013 03:39 PM
geli la tgok avvy ko tu
gambo sendiri ker

ini satu penghinaan ni terhadap kelab2 ketiak ni..
Quote edoraixora 19-6-2013 03:51 PM
pestol posted on 19-6-2013 03:45 PM
ini satu penghinaan ni terhadap kelab2 ketiak ni..

kelab ketiak pulak dah....dah baper org ahli???


Quote pestol 19-6-2013 03:59 PM
edoraixora posted on 19-6-2013 03:51 PM
kelab ketiak pulak dah....dah baper org ahli???

nak tahu sila ke board lawak.. abg la legendary ketiak menitis air mata di tepi sungai bersama bunga melur yang di hiasi senaman pagi


Quote edoraixora 19-6-2013 04:09 PM
adoii laaa....punye la byk tred abg lokman kt bod lawak tu
tgok la kalo rajin nk membeklog nnti
Quote MissLibra 19-6-2013 08:40 PM
adehh korang ni off topic langsung dah citer pasal ketiak pulakk
Quote honeynuyun 20-6-2013 04:48 PM
apa bendalah pulak...gambar pun tak phm ni...topik lain...bincang lain....aduyai..

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-12-2024 05:24 PM GMT+8 , Processed in 0.085678 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top