CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Elak Tidur Dalam Kereta, Terutama Wanita

14-9-2015 01:52 PM| Diterbitkan: CARI-IIN| Dilihat: 10647| Komen: 3

Description: Mati, terhidu gas beracun ketika sedang tidur di dalam kereta mereka ...
Oleh Izzah Abbasy

Biasa tengok kan, ramai yang menjadikan kereta sebagai rumah kedua. Jika di perhentian rehat mahupun tepi jalan, kereta akan dijadikan sebagai tempat untuk menghilangkan penat dan melelapkan mata. Mempunyai penyaman udara menjadikan ia sebagai tempat yang paling selesa.




Ada di antara kita yang memandang remeh perkara ini, namun hakikatnya tidur di dalam kereta yang tidak bergerak dengan penyaman udara yang terpasang boleh mengundang maut.

Keratan akhbar banyak memaparkan kisah kematian yang berlaku semasa tidur didalam kereta. Ngeri bukan? Ternyata, tidur dalam kereta dengan tingkap bertutup rapat dan kemudian memasang penyaman udara sekuat-kuatnya penyebab utama kematian.

Seperti kejadian di Johor baru-baru ini ia membuka mata orang ramai apabila lima sekeluarga ditemui mati akibat terhidu gas beracun ketika sedang tidur di dalam kereta mereka.

Bagaimana ia boleh menyebabkan kematian? Bila enjin dan kereta terbiar dalam jangka masa panjang, kebocoran gas karbon monoksida atau CO boleh berlaku daripada ekzos dan masuk ke kabin penumpang.



CO beracun kepada manusia kerana ia boleh menjejaskan hemoglobin, iaitu satu komponen penting sel darah merah. Dalam keadaan biasa, hemoglobin bertugas untuk mengangkut oksigen ke seluruh badan dan membebaskannya ke tisu badan. Apabila gas CO disedut, ia akan menggantikan tempat oksigen dan boleh membunuh dalam masa beberapa minit sahaja jika kepekatan gas ini tinggi dalam darah.


Jadi elakkan daripada tidur di dalam kereta dengan keadaan tingkap yang tertutup. Jika penat sangat, lelaplah sekejap tetapi turunkan sedikit tingkap agar udara luar dapat masuk ke dalam kereta jika anda mahu merehatkan diri. Janganlah kerana kelalaian sebegini sehingga ia boleh mengundang maut. Paling selamat, tidurlah seketika di surau atau masjid setelah menunaikan solat. Ia juga mengelakkan diri anda daripada diragut jika tidur dalam kereta. - CARI Infonet


Sumber info : rapi

15

Bagus
19

Marah
22

Terkejut
23

Sedih
21

Lawak
8

Bosan

Friends Rank (108 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote enKeladi 11-9-2015 11:52 AM
ngantukk sangat.......
Quote jumainMd 11-9-2015 12:03 PM
kena tido atas keta lak lepas ni
Quote tagas 12-9-2015 08:11 AM
Motip utk si cantik je ke

Yg pondan hodoh2 hazab camner

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-5-2024 02:11 PM GMT+8 , Processed in 0.071501 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top