CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Hari Kopi Sedunia: Buat Penggemar Kopi, Tolong Baca 10 Fakta Ini

7-10-2015 01:03 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 10576| Komen: 21

Description: Tahukah anda, 1 Oktober tahun 2015 telah dipilih sebagai Hari Kopi Sedunia oleh Pertubuhan Kopi Antarabangsa?..

Oleh : Dean BZ



Tahukah anda, 1 Oktober tahun 2015 telah dipilih sebagai Hari Kopi Sedunia oleh Pertubuhan Kopi Antarabangsa?

Pertubuhan Kopi Antarabangsa sepakat untuk memperingati hari kopi sedunia yang pertama pada tanggal 1 Oktober 2015 di Milan. Hari kopi Sedunia ini merupakan saat-saat yang dinantikan oleh penggemar kopi seluruh dunia kerana banyak kedai kopi menawarkan diskaun untuk pelbagai jenis kopi termasuk untuk kopi yang mencecah harga ratusan ringgit.



Mungkin ramai yang tidak tahu tentang beberapa fakta mengenai kopi, jom kita lihat 10 fakta menarik tentang kopi sempena hari kopi sedunia yang
dipetik dari astroawani :

Sumber foto : www.jumia.com.eg


1. Sekumpulan masyarakat etnik di Ethiopia dikatakan antara yang pertama mengesan khasiat kafein dalam kopi. Ia terjadi apabila kambing peliharaan mereka mula menunjukkan keaktifan luar biasa selepas diberi kopi.

2. Anda biasa minum kopi sebaik sahaja bangun tidur? Tak perlu! Ini kerana manusia menghasilkan sejenis hormon dipanggil cortisol apabila bangun daripada tidur. Hormon ini sudah lebih dari cukup untuk menyedarkan anda daripada rasa mengantuk. Sebaiknya, minum kopi selepas kira-kira sejam anda bangun.

3. Buah kopi dipanggil  coffee berries. Ia sejenis buah yang boleh dimakan dengan biji kopi di dalamnya. Ramai memanggilnya sebagai bean atau kacang kerana bentuk buah itu yang menyerupai kacang.

4. Turki, pada satu ketika dahulu, pernah melaksanakan undang-undang yang menyatakan seorang isteri boleh menuntut cerai jika suaminya tidak memberikannya bekalan kopi yang mencukupi!

5. Kopi berada di tempat kedua dalam senarai minuman paling popular di dunia, selepas air kosong (plain water).

6. Kesan kopi boleh dirasai selepas hanya kira-kira 10 minit selepas meminumnya.

7. Antara kebaikan kopi adalah mencegah penyakit Alzheimer, Demensia, Parkinson dan jantung. Ia juga membantu anda membakar lemak.

8. Kopi paling mahal di dunia adalah Black Ivory Coffee, dan ia diperbuat daripada najis gajah. Harga kopi ini secawan adalah kira-kira AS$50 (RM220).

9. Minum 100 cawan kopi sehari cukup untuk membunuh seorang manusia.

10. Kopi segera (instant coffee) dicipta oleh lelaki bernama George Washington pada tahun 1906. Ia bagaimanapun tidak mendapat sambutan kerana rasanya yang teruk.


Buah kopi


Kepada penggemar kopi, menghirup kopi sememangnya enak dan menyegarkan. Namun diharap tidaklah terlalu tegar meminum kopi kerana ia mengandungi kafien dan memberi kesan tidak baik pada kesihatan jika diambil berlebihan. - CARI Infonet

69

Bagus
18

Marah
31

Terkejut
26

Sedih
30

Lawak
15

Bosan

Friends Rank (189 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Artemesiaa 7-10-2015 01:52 PM
Teringat penyediaan air kopi menggunakan bara di Jogja
Quote uori 7-10-2015 03:28 PM
kopi tahi gajah?


Quote syue86 7-10-2015 05:11 PM
kopi2 mahal sume dari najis ke?
kopi black ivory
kopi luwak
Quote cm_asamkumbang 8-10-2015 02:41 PM
I luv coffe
Quote yusryimran 8-10-2015 04:30 PM
wpun  hakak mmg suka coffee.. layan sangat
Quote moocoww 8-10-2015 06:31 PM
black-ivory-coffee-a-coffee-brewed-from-beans-that-have-been-through-an-elephant.jpg

Kesian tukang asingkan kopi ni...
Quote bianglala 8-10-2015 06:39 PM
lepas baca artikel ni.. terus rasa nak minum kopi kampung yang pekat tapi cukup pahit manisnya..
Quote nora_balqis 9-10-2015 08:19 AM
Sya dari kecil dah set dalam minda, minum kopi hitam2 dan pekat nie, nanti habis hitam dalam perut. sampai skrg tak suka minum kopi...mindset masa kanak2 sampai skrg melekat
Quote ragarotan 9-10-2015 04:13 PM
sedapnya kopi.minum time hari hujan.mkn plak dgn biskut.hahaha
Quote ragarotan 9-10-2015 04:14 PM
nora_balqis replied at 9-10-2015 08:19 AM
Sya dari kecil dah set dalam minda, minum kopi hitam2 dan pekat nie, nanti habis hitam dalam perut.  ...

hahahah.first time dengo.tp ada eloknya xminum kopi
Quote sue_liah 10-10-2015 01:11 PM
kembang tekak kopi najis gajah
mahal pun x tingin nak rasa
Quote Mokcun 10-10-2015 08:37 PM
kopi najis gajah???

kopi najis luwak ada jugak..
eii..geli tekak
Quote amirezu 11-10-2015 03:04 AM
Baru lepas minum kopi.

Black Ivory Coffee dgn kopi luwak mana lagi mahal?
Quote highcastle 11-10-2015 03:37 AM
Tambah satu:

Zaman skg kopi digunakan utk "kopi & paste"................
Quote chinta89 11-10-2015 04:10 PM

pernah baca.. kopi tahi gajah lagi mahal darikopi tahimusang.

masa tu kopi tahu musang paling mahal iols baca dlm suratkhabar (sori lupa akhbar apa ) then kua plk kopi tahi gajah lagiiii mahal...


lps ni kopi najis manusia gamaknya boley celen kopi tahi gajah ...
Quote naina 11-10-2015 09:03 PM
Iols suka sangat bau kopi ngn nescaffe
Tapi xleh amal selalu minum
Sbb iols dimomokkn dgn kaffein ia yg merencatkan penyerapan zat
So rugila APA yg I mkn..esp supplement
Klu nk minum mesti takut2 pastu minum air msk byk2
Quote nora_balqis 12-10-2015 08:29 AM
ragarotan replied at 9-10-2015 04:14 PM
hahahah.first time dengo.tp ada eloknya xminum kopi

kan..hehe...sampai skrg sya suke minum susu ngn jus buah-buahan jer
Quote hyunniesSS501 12-10-2015 02:12 PM
coffee is the best!!!
lom tahap ketagih lg tapi kalo tak dpt minum sehari, hidup dirasakan hambar.. hahah
Quote bravo87 2-11-2015 10:17 AM
aroma...kopi...membangkit semangt

Lihat semua komen(21)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-5-2024 09:59 AM GMT+8 , Processed in 0.254890 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top