Oleh Adib Za
'Peperangan' antara pemandu teksi dan GrabCar nampaknya semakin menjadi-jadi. Perasaan tak puas hati pemandu teksi bila pelanggan mereka seolah-olah 'dicuri' oleh para pemandu GrabCar yang dikatakan tiada permit, insurans dan sebagainya. Dalam pada itu, di laman sosial satu 'screenchot' status yang dimuatnaik oleh seorang pemandu teksi telah menerima kritikan para netizen. Masakan tidak, mereka ini dilihat secara terang-terangan mengajak orang ramai untuk menganiaya atau menutup periuk nasi para pemandu GrabCar. “Takde duit nak naik teksi? Jangan risau. Download dan buka application GrabCar, book 1 GrabCar. GrabCar sampai, terus je naik. Sampai destinasi, jangan bayar.
“Kalau drebar GrabCar itu bising, suruh dia pergi buat repot polis. Tobat lahom dia tak repot. Permit teksi tarak, PSV tarak, insurans tarak. Try ler,” tulis lelaki itu. Cadangan yang diberikan itu jelas menunjukkan perasaan tidak puas hati di samping mahu menjatuhkan pihak lain dengan cara yang tidak wajar. Malah, ia telah disambut dengan sokongan dan juga diberikan cadangan-cadangan lain untuk memboikot pemandu GrabCar tersebut. Sehinggakan mahu menggunakan cara yang keras iaitu menoreh tempat duduk belakang GrabCar. Bayangkan dengan sikap sebegini, adakah orang ramai akan lebih menyokong pemandu teksi di Malaysia? Malah, para pemandu teksi lain juga turut menerima akibat daripada sebilangan mereka ini. Ingat, apa yang kita lakukan, ia akan mencerminkan diri kita dan berbalik semula kepada diri kita. Seharusnya mereka ini cuba memperbaiki khidmat dengan lebih baik dan juga jangan sesekali lupa rezeki itu datangnya dari tuhan bukannya disebabkan GrabCar maka rezeki mereka menjunam. - CARI Infonet |
16
Bagus |
14
Marah |
20
Terkejut |
15
Sedih |
10
Lawak |
9
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
missDollie replied at 15-4-2016 12:15 PM
Bukan kena bayar online dulu ke baru grabcar datang pick up?
missDollie replied at 15-4-2016 12:15 PM
Bukan kena bayar online dulu ke baru grabcar datang pick up?
dewi replied at 15-4-2016 05:00 AM
uber bayar online
grab car leh pilih nak teksi ke nak car , teksi1m, teksi premier ( and payment ...
cemp replied at 15-4-2016 02:58 PM
laki aku merengek rengek nak wat part time grab car ni aku wat dek je..macam2 alasan aku bagi..sape ...
ADVERTISEMENT