Oleh Izzah Abbasy
Perkhidmatan penerbangan AirAsia Indonesia dari Bali ke Kota Kinabalu tiga kali seminggu akan ditamatkan akan menamatkan berkuat kuasa 23 Jun, 2016. Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Bhd, Aireen Omar berkata, ia disebabkan pertumbuhan pasaran yang tidak berkembang dan ketidakcekapan perolehan bagi mengimbangi kos. "Kos operasi juga meningkat dengan agak ketara bagi operasi AirAsia di Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu," katanya dalam satu kenyataan petang semalam. Susulan penamatan perkhidmatan berkenaan, syarikat penerbangan tambang rendah itu akan menawarkan tiga pilihan kepada pelanggan yang terjejas, menurut AirAsia. Pertama, pelanggan boleh menjadualkan semula perjalanan mereka dengan penerbangan sebelum atau pada 21 Jun, 2016, bergantung kepada ketersediaan tempat duduk, menurutnya. "Mereka juga boleh memilih untuk 'creditshell' yang boleh digunakan sebagai pembayaran bagi pembelian mana-mana tiket AirAsia atau barangan, yang sah selama enam bulan atau 180 hari dari tarikh terbitan," menurut syarikat itu. Selain itu, AirAsia turut menawarkan pengembalian wang sepenuhnya daripada jumlah yang sama dengan tempahan pelanggan. - CARI Infonet Kredit : Bernama
|
20
Bagus |
11
Marah |
10
Terkejut |
15
Sedih |
11
Lawak |
15
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
chinta89 replied at 5-5-2016 11:45 AM
tlg edit coding tu tt pening nk baca
webxcrawler replied at 5-5-2016 11:50 AM
editor cari buat keje tepek cedok stories siap sekali dgn code camnie?dah post tak dable check hausk ...
CARI-IIN replied at 5-5-2016 11:59 AM
Dah edit.. maaf ye, sebab di portal CARI tiada masalah.
Klik http://mforum.cari.com.my/portal. ...
kentel replied at 5-5-2016 11:12 AM
AA indonesia tu memanjang ade masalah operasi...tak cekap betul pengurusan dia...
kentel replied at 5-5-2016 11:12 AM
AA indonesia tu memanjang ade masalah operasi...tak cekap betul pengurusan dia...
ffawwaz replied at 6-5-2016 10:38 AM
aah..indonesia air asia, dengan Indonesia AirAsia Extra memang bermasalah..
making lossess je sla ...
CARI-IIN replied at 5-5-2016 12:00 PM
Forum sahaja jadi macam ini. Iin dah edit sebab di portal CARI tiada masalah. Terima kasih.
webxcrawler replied at 6-5-2016 11:54 AM
dalam dunia digital..kena pikir & lihat seceruk mana end user view yg ada.. so kira salah pc windo ...
ADVERTISEMENT