Oleh : Dean BZ Tak ada angin tak ada ribut, tiba-tiba dikhabarkan penyanyi dan penyampai radio, Adibah Noor, 46, mengesahkan telah meletakkan jawatan sebagai deejay radio Suria FM bermula 31 Mei ini.
Adibah atau nama sebenarnya, Adibah Noor Mohd Omar berkata, keputusan itu dibuat selepas tidak lagi mampu membahagikan masa antara tugas di konti dan komitmen lain. "Bayangkan, pagi-pagi lagi saya perlu berada di konti. Selepas itu, ada masanya, saya perlu menghadiri majlis tertentu. Kadang-kala rasa seperti tidak cukup rehat. Saya bimbang ia boleh mengganggu kualiti kerja. " Cukuplah tiga tahun saya berkhidmat dan memberi apa yang difikirkan terbaik buat Suria FM. Apa lagi saya tidak mempunyai pendidikan formal dalam bidang penyiaran, jadi mungkin saya sudah ketandusan idea dan kreativiti untuk membawa Suria FM ke peringkat lebih tinggi.
"Sehubungan itu, saya undur diri bagi memberi laluan kepada bakat yang lebih baik dan kreatif," katanya kepada BH Online. Selepas pengunduran Nabil dan Kenchana Devi pada tahun 2013, Adibah dan Halim Othman telah menggantikan mereka untuk slot Ceria Pagi Suria FM. Slot Ceria Pagi @ Suria adalah pada setiap hari Isnin sehingga Jumaat dari pukul 5 pagi hingga 10 pagi. Ditanya pula mengenai karier seni, Adibah memberitahu, dia akan melancarkan album baharu menjelang September depan. - CARI Infonet. Sumber - bharian |
17
Bagus |
15
Marah |
24
Terkejut |
25
Sedih |
15
Lawak |
23
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
maxim replied at 23-5-2016 10:50 AM
SURIA FM La
CARI-HBZ replied at 23-5-2016 10:48 AM
Oleh : Dean BZ
ADVERTISEMENT