CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Backup Arkib Portal Lihat artikel

Euro 2016 : Wales Rai Kemenangan, Mara Ke Separuh Akhir

2-7-2016 11:05 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 3738| Komen: 0

Description: WALES mencipta sejarah baru bola sepak negara itu apabila berjaya mara ke pusingan separuh

Oleh : Dean BZ


WALES mencipta sejarah baru bola sepak negara itu apabila berjaya mara ke pusingan separuh akhir Euro 2016 selepas menyingkirkan pasukan di kedudukan nombor dua dunia, Belgium. Wales bangkit daripada ketinggalan untuk mencatat kemenangan bergaya 3-1 ke atas Belgium pada pertembungan suku akhir Euro 2016 di Stade Pierre-Mauroy, sebentar tadi. 


Belgium bermula dengan baik apabila mendahului menerusi jaringan Radja Nainggolan pada minit ke-13. Menerusi gerakan kapten pasukan, Eden Hazard, Nainggolan melepaskan rembatan padu dari luar kotak penalti yang gagal dijangkau penjaga gol Wales, Wayne Hennessey.


Ketika perlawanan tampil rancak dengan kedua-dua pasukan saling berbalas serangan, Wales menyamakan kedudukan menerusi kapten pasukan, Ashley Williams pada minit ke-31. Berpunca daripada sepakan sudut, Williams yang tidak dikawal melonjak tinggi untuk menewaskan penjaga gol Belgium, Thibaut Courtois. Tamat separuh masa pertama, Belgium yang berpeluang menambah gol pada awal babak kedua kecewa dengan Wales meledak gol kedua pada minit ke-55 menerusi pemain Hal Robson-Kanu. Pemain tengah, Aaron Ramsey bijak melorongkan bola kepada Kanu yang cemerlang memperdaya pertahanan Belgium untuk melepaskan rembatan padu ke gawang lawan. Empat minit sebelum permainan tamat, pemain gantian Wales, Sam Vokes melenyapkan semangat Belgium apabila meledak gol ketiga juga menerusi tandukan. 


Kemenangan menyaksikan Wales bakal bertemu Portugal di peringkat separuh akhir, awal pagi 7 Julai ini. - CARI


Keputusan Terkini:

Wales  3  Belgium 1



Sumber - Bharian/AstroAwani
9

Bagus
8

Marah
5

Terkejut
10

Sedih
11

Lawak
6

Bosan

Friends Rank (49 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

| Komen di Forum

Komen Terbaru

Kategori Berkaitan


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-6-2024 07:49 PM GMT+8 , Processed in 0.045423 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top