Vokalis kumpulan Wings, Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman mengumumkan akan bernikah dengan tunangnya dalam masa terdekat. Namun beliau terpaksa merahsiakan lokasi perkahwinannya itu kerana kebelakangan ini beliau sering terkena gangguan penyakit misteri. "Saya akan berkahwin dalam masa terdekat ini bersama tunang saya di satu lokasi yang tidak boleh diwar-warkan kepada umum. "Bukan saya mahu merahsiakan lokasi tersebut namun biarlah majlis tersebut dapat berjalan dengan lancar kerana bila mengadakan konsert ataupun sesuatu majlis saya acapkali akan diganggu oleh gangguan misteri" katanya kepada Astro Gempak. Tambah Awie, pertunangannya dahulu turut dirahsiakan dan tunangnya yang hanya didedahkan sebagai Sharifah turut mendapat tempias sama, selain dua lagi anaknya.
"Dia (tunang) kena juga, kakinya lebam-lebam dan berjalan berdengkot seperti saya. Dia juga mengalami trauma. "Dua anak saya, iaitu Merah dan Puteri pula muntah-muntah. Itulah yang menjadi penyebab saya merahsiakan hal perkahwinan ini. Saya hanya boleh beritahu akan berkahwin pada bulan ini," katanya. Memetik Malaysiakini pula, sebelum ini media melaporkan Awie mengalami sakit kaki misteri semasa sedang giat berlakon dan mempromosikan teater Tun Mamat dan Puteri Gunung Ledang di Melaka baru-baru ini. Awie pernah merujuk penyakit itu kepada pakar dan doktor pada awalnya mengesyaki ia berpunca daripada penyakit gout. Bagaimanapun, dia mencurigai pendapat tersebut kerana sakit itu berlaku sekali sekala dan hanya pada waktu tertentu. Katanya, selepas menjalani ujian darah, doktor mengesahkan ia bukan penyakit gout seperti disangka. Lantaran itu dia kini meminta bantuan daripada dua ustaz dari Indonesia untuk mengubati penyakit tersebut. "Kelmarin seorang daripada ustaz itu begitu pelik kerana tidak menyangka saya masih dapat bertahan dengan sakit misteri dialami," "Saya buang air besar sangat banyak dan sudah tidak larat kerana ia terlalu teruk dan kaki hanya sakit bila dipijak apabila tiba hari membuat persembahan," katanya. Awie pernah mendirikan rumah tangga bersama penyanyi serta pelakon popular Arni Nazira sebelum bercerai pada Oktober 2006. Hasil perkahwinan mereka dikurniakan dua orang anak perempuan iaitu Putri Aleeya Antasha dan Puteri Aleefa Antasha. Kemudian beliau berkahwin pula dengan Rozana Misbun dan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Putra Ahmad Merrah, Putra Ahmad Rezzki dan Putri Qasseh Antasha. Perkahwinan keduanya juga tidak kekal lama hingga berlakunya penceraian pada tahun lalu. - CARI |
31
Bagus |
29
Marah |
19
Terkejut |
25
Sedih |
15
Lawak |
18
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
damian_lee replied at 5-10-2016 10:32 AM
untunglah awie .. laku ...... bertunang dengan orang lain .. kahwin dengan orang lain .... cerai .. ...
hanydean replied at 5-10-2016 10:30 AM
kawen je la xde sape kesah pun
ADVERTISEMENT