Sejarah Lagu Ulek Mayang Assalamualaikum dan Salam sejahtera. Saya selalu membaca cerita – cerita di forum tentang lagu Ulek Mayang yang berasal dari Terengganu. Menurut cerita, selalunya orang yang mempersembahkan tarian Ulek Mayang di majlis selalu akan mengalami histeria atau diggangu syaitan laknatullah. Saya akui apabila saya mendengar lagu dan rentaknya, automatik saya akan terbuai masuk ke dalam lagu tersebut.
Di televisyen, banyak cerita hantu akan memutarkan lagu Ulek Mayang ni sebagai simbolik. Jika ada cerita yang memutarkan lagu ini, saya akan mengubah channel atau muted kerana tidak mahu ada peristiwa yang tidak diingini berlaku. Contohnya filem Mael Lambong terdapat scene di mana awek kepada Zizan merupakan penari ulek mayang ini di tepi pantai sambil disaksikan beratus-ratus penduduk kampung.
Sekarang Ulek Mayang hanya dikaitkan sebagai persembahan kesenian tradisional yang masih aktif berkembang beberapa lokasi di Terengganu seperti Kampung Pasir Panjang, Kuala Terengganu. Persembahan Ulek Mayang ini dimainkan dengan menggunakan Mayang Pinang. Dipercayai Mayang Pinang membangkitkan semangat. Ketika persembahan ini berlangsung pemain diiringi dengan seloka dan pantun oleh rakan yang lain. Persembahan ini dimainkan secara beramai-ramai dengan membuat bulatan dan pemegang duduk di tengah-tengah. Tidak ada muzik yang mengiringi persembahan ini. Kini, Ulek Mayang hanya dipersembahkan sebagai hiburan semata-mata tanpa mencampur adukkan unsur khurafat dalam bacaan mantera. Malah, persembahan hanya berlangsung 10 minit berbanding antara 20 hingga 30 minit. Ulek Mayang yang menampilkan persembahan tujuh puteri yang mengubati seorang lelaki yang terkena sampuk. Ada dua versi iaitu versi sekumpulan lelaki bermain sepak raga dan versi sekumpulan nelayan sebelum seorang daripada mereka terkena sampuk. Lagenda menyatakan pada zaman dahulu sekumpulan nelayan telah berperahu ke laut untuk menangkap ikan. Sedang mereka di tengah laut tiba-tiba ribut menghambat dari segenap arah membawa ombak yang memukul jong yang dinaiki. Kesemua nelayan terhumban ke laut yang bergelora dan mereka terkapai-kapai menyelamatkan diri. Keletihan semakin mencengkam dan akhirnya mereka beralah dengan kekuasaan ombak yang melambung. Landaan ribut menjadi reda dan tubuh para nelayan itu dihanyutkan ke pantai. Ajaibnya seorang demi seorang terjaga dan berasa beruntung kerana terselamat. Hanya seorang sahaja yang tidak terjaga dan pada mulanya disangka mati. Apabila diperiksa nyata dia masih bernyawa namun tidak sedarkan diri. Rakan-rakannya berasa sedih dan mengesyaki bahawa sedang jasadnya di sini, jiwanya masih berada di alam lain. Mereka memanggil bomoh untuk menyedarkan kembali rakannya. Bomoh tersebut membaca mantera dan apabila diseru dia mendapati nelayan itu dipukau oleh Semangat Laut. Rupa-rupanya seorang Puteri Bunian cuba menduga kesemua nelayan tapi hanya seorang yang tertawan. Nelayan itu terperangkap dan merayau-rayau di alam bunian. Bomoh tersebut cuba membawa semangat nelayan kembali ke dunia namun Puteri itu memanggil bantuan seorang kakaknya. Di tengah-tengah pertarungan itu, dua lagi kakaknya muncul untuk menjampi. Kemudian muncul lagi dua orang, menjadi enam kesemuanya. Pertarungan semakin sengit hingga menggegarkan bumi dan menggolakkan laut. Tatkala medan semakin memuncak itu muncullah Puteri ke-7, yang sulung, yang jauh lebih rupawan, kuat dan bijaksana. Bomoh itu mengambil kesempatan dengan merayu kepada Puteri ke-7 agar dipulangkan semangat nelayan itu. Menyedari kenakalan adik-beradiknya, Puteri sulung memerintahkan pertarungan itu dihentikan. “Aku tahu asal-usulmu”, kata Puteri ke-7. “Biarkan yang laut pulang ke laut, dan yang darat pulang ke darat.” Bomoh itu mempersembahkan nasi kuning kepada ketujuh-tujuh Semangat Puteri sebagai tanda terima kasih. Nelayan itu dibebaskan semangatnya dan kembali sedar. Umbut mayang di umbut Umbut dengan jala-jemala Ulit mayang diulit Ulit dengan puterinya satu Puteri satu berbaju serong Puteri satu bersanggul sendeng Puteri satu bersubang gading Puteri satu berselendang kuning Ulit mayang di umbut Ulit dengan jala-jemala Jika sambut mayang disambut Sambut dengan puterinya dua Puteri dua berbaju serong Puteri dua bersanggul sendeng Puteri dua bersubang gading Puteri dua berselendang kuning Ulit mayang di umbut Ulit dengan jala-jemala Jika sambut mayang disambut Sambut dengan puterinya tiga Ku tahu asal usul mu Yang darat balik ke darat Yang laut balik ke laut Nasi kuning hamba sembahkan Pulih mayang ku pulih Pulih balik sedia kala |
613
Bagus |
61
Marah |
507
Terkejut |
44
Sedih |
55
Lawak |
209
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
anniez08 posted on 4-8-2013 03:13 PM
tgk lirik dia pun da mcm mentera ..
seram gak bila dgr sensorg lagu ni..
penah dgr kata lagu ni xb ...
leenaz posted on 4-8-2013 11:46 PM
Pernah dgr da pernah buat praktikal
masa camping pengakap kat bagan lalang
malam camp fire kami ...
anniez08: mungkin kebetulan.. tp ramai yg penah cite benda tu terjadi kat dorg..penah cikgu kitorg cite dulu, dia wat camping tengah2 malamdorg nyanyi lagu tu,  ...
lompatikam posted on 5-8-2013 12:31 PM
dulu kat terengganu, ada org panggil pesta laut/pantai. zaman 60an-80an masih ada. kemudian diharamk ...
berrygurl posted on 6-8-2013 11:59 AM
Dulu masa sekolah, cikgu Berry ada citer..dia n kekawan buat persembahan ni kat tepi pantai..meman ...
lompatikam posted on 6-8-2013 02:47 PM
mentera nih utk panggil jin laut/ hantu air mai makan, berhibur dan bercanda... kire bayar rasuah ...
lompatikam posted on 5-8-2013 12:31 PM
dulu kat terengganu, ada org panggil pesta laut/pantai. zaman 60an-80an masih ada. kemudian diharamk ...
ADVERTISEMENT