CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Cegah Jenayah Rogol, Model Wanita Ini Sanggup "Belanja" Badannya Untuk Dijamah

5-7-2017 01:25 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 12615| Komen: 50|Original author: Oleh : Hafiz BZ

Description: Gangguan seksual dan pemerkosaan adalah jenayah yang paling kerap berlaku di seluruh dunia...

Gangguan seksual dan pemerkosaan adalah jenayah yang paling kerap berlaku di seluruh dunia. Lazimnya, wanita dan kanak-kanak perempuan sering dilaporkan menjadi mangsa lelaki gila seks. 


Mengikut statistik kira-kira 36% wanita di dunia menjadi mangsa masalah keganasan seksual selain kes rogol, ia termasuklah pencabulan kehormatan dan gangguan seksual.

Walau bagaimanapun, gangguan seksual bukan sahaja boleh terjadi dengan berlainan jantina malahan ia juga boleh terjadi sesama jantina iaitu lelaki terhadap lelaki dan perempuan terhadap perempuan.

Pelbagai usaha pencegahan dan kempen anti rogol telah banyak kali dijalankan di seluruh dunia namun usaha tersebut bagaikan tidak memberi kesan yang efektif terhadap penurunan kadar jenayah rogol.


Menyedari usaha berterusan perlu dilakukan, seorang model bernama Milo Moire dari Switzerland menjadi perbualan hangat di media sosial kerana dia telah melakukan sesuatu yang agak berlainan dalam usahanya untuk mencegah kes rogol.

Milo akan berjalan di khalayak ramai dan ditemani oleh jurugambar, dan ketika itulah Milo mengumumkan kepada orang ramai yang lalu lalang untuk memegang buah dadanya atau alat kelaminnya.


Bergantung kepada apa yang akan dihidangkannya kepada orang ramai, sekiranya dia meminta untuk kemaluannya disentuh maka Milo akan mengenakan skirt berbentuk kotak dan di dalamnya mengandungi kamera manakala bahagian luar mempunyai lubang untuk orang awam menghulurkan “hidangan” dari Milo

Sekiranya tawaran untuk buah dada pula, Milo akan mengenakan pakaian seperti kotak pula. Manakala kemudahannya tetap sama iaitu memiliki lubang untuk huluran tangan, serta di dalamnya mempunyai kamera.


Kedua bahagian yang ditawarkan oleh Milo tidak ditutupi oleh sehelai benang pun yang bermaksud tidak ada celana dalam, ataupun coli.


Tawaran tidak melebih 30 saat untuk setiap sentuhan kerana itulah sebenarnya tujuan utama dari Milo iaitu harus menghormati apa yang wanita mahu iaitu penghormatan untuk tidak disentuh oleh lelaki. Jangan lakukan itu, bermaksud Jangan!



Penulis rasa niat dia dah bagus cuma caranya yang mengarut dan langsung tak masuk akal. Tak tahulah nak cakap sama ada usaha wanita ini akan berkesan atau "lebih mengundang", anda rasa? - CARI


18

Bagus
31

Marah
27

Terkejut
11

Sedih
36

Lawak
25

Bosan

Friends Rank (148 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Mopiko 5-7-2017 01:29 PM

bongoknya.

mesti beratur panjang kan

Quote wnwa05 5-7-2017 01:45 PM

bila nak tour kat asia pulak. mesti jantan keparat yang cabul poster akak shell akan berada dibarisan hadapan



Quote Mary_jane 5-7-2017 01:48 PM
Buat macam ni lagik lah ramai orang nak meraba.
Quote kautaumana 5-7-2017 01:48 PM
kalau kat malaysia manak kompem dah join beratur ni

Quote matchstick 5-7-2017 01:54 PM
30 saat menggagau kot lubang tu x smpt smpi pun tmpt yg dituju
Quote CiliPadiSedap 5-7-2017 01:54 PM
kt malaysia ada sejat. sekali masuk kotak ada telur
Quote matchstick 5-7-2017 01:56 PM
Gigih pulak dia kejap salin tanggal baju, kejap tanggal skirt
Quote Prickford 5-7-2017 02:02 PM
Lu orang google je name awek ni. Boleh tengok betapa terdesak nye dia nak famous. Tengok muka pon, macam pompuan gatal miang, Buat malu kaum je.
Quote CrowneGlory 5-7-2017 02:05 PM
Dah pegang tersangap situ ttp kena cari lubang nk lpskan kan...hujung2 ttp ada yg kena rogol...bodohnya attention whore
Quote estrelle 5-7-2017 02:06 PM
30 saat je ke.kejap sangat tu
Quote pukulrata 5-7-2017 02:17 PM
percuma ? benda free mmg org M'sia suka .
Quote WajibulGhunah 5-7-2017 02:44 PM
Sepatutnya dia dgn betina2 lain buat kempen bg percuma sapa yg sangap sngt tu

Jantan2 yg sangap jgn crik perempuan yg x rela tp crik la perempuan yg rela dirogol

Bru slamat
Quote -electrifying- 5-7-2017 02:45 PM
mohon buat tour kt kl, gua datang
Quote Artemesiaa 5-7-2017 02:54 PM
Mental ting tong je suka buat benda cam tu
Quote pistolairAbah 5-7-2017 02:54 PM

dengan pantas aku terus pak cik gugel. terjumpa ni  
https://www.youtube.com/watch?v=TEjYUaKiY9c





Quote Super-M 5-7-2017 02:57 PM
dia ni salah.. patutnya dlm lubang tu letak jerat.. duri ke.. ular ke.. bila org masukkan tangan,maka di patuk..sebagai pengajaran yg ko ko gatal sgt kenapa.. sure mcmni jd pengajaran.
Quote chinta89 5-7-2017 03:24 PM
idea gila!
Quote jejai 5-7-2017 03:27 PM
pistolairAbah replied at 5-7-2017 02:54 PM
dengan pantas aku terus pak cik gugel. terjumpa ni   
https://www.youtube.com/watch?v=TEjYU ...



korek2 ciom.. nenek tu pun gigih jugak nak pegang. mesti lesbo legend




Quote gadisfebruary 5-7-2017 06:00 PM
CiliPadiSedap replied at 5-7-2017 01:54 PM
kt malaysia ada sejat. sekali masuk kotak ada telur

Hahahahahah gelak bsr aku

Lihat semua komen(50)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-5-2024 04:06 PM GMT+8 , Processed in 0.052598 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top