CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Misteri & Sejarah Lihat artikel

Misteri Kemunculan Hantu Kum Kum Di Malaysia

19-9-2013 03:13 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 25100| Komen: 30

Description: Hantu Kum-Kum Merupakan Cerita Hantu Moden Yang Mula Berkeliaran Sekitar 1970-An Ketika Kebangkitan Kesedaran Semula Islam Dikalangan Orang-Orang Melayu. Ketika Itu, Para Pemudi Mula Mengenakan Hijab ...
Seram! Misteri Kemunculan Hantu Kum Kum Di Malaysia

Seram! Misteri Kemunculan Hantu Kum Kum Di Malaysia | Jika anda perasan, Astro Ria pernah menayangkan drama Hantu Kum Kum suatu ketika dahulu. Walaubagaimanapun hantu Kum Kum tidaklah sepopular nama-nama hantu yang lain seperti pocong, langsuir dan sebagainya. Dalam drama Geng Surau turut ada menyebut tentang hantu Kum-Kum ini. Baiklah pada artikel kali ini, Kisahbest.my berkongsi tentang bagaimana kemunculan sebenar Hantu Kum-Kum di Malaysia ini.



Sekadar gambar hiasan
Sekitar 1983 hingga 1984, Malaysia pernah digemparkan dengan kemunculan Hantu Kum Kum. Hantu ini dikatakan jelmaan seorang wanita yang mengamalkan ilmu hitam untuk kekal cantik selama-lamanya. Konon ceritanya dia tidak berjaya menyempurnakan syarat ilmu hitam yang menghendaki dia membunuh 99 wanita cantik yang muda dalam masa 3 bulan. Kemunculan Hantu Kum Kum ini telah menjadi bualan segenap lapisan masyarakat, sehinggakan gambar lakarannya pernah disiarkan oleh sebuah akhbar utama.

Kononnya lagi oleh kerana hanya 10 orang sahaja baki mangsa diperlukan, dia diberi peluang untuk menyempurnakan syarat ajarannya tetapi dia hanya boleh muncul dalam sifat seorang perempuan bertelekung dan cuma nampak mata. Juga dia hanya boleh keluar di waktu siang.

Kononnya juga, kalau dia memberi salam, bunyinya ialah ” Asalamualaikum .. kum .. kum “. Jika sesiapa menjawab dan membuka pintu rumah maka dia akan melunaskan hajatnya.

Maka ramailah yang jadi takut nak menjawab salam apabila tetamu datang .. tetapi tak sedikit juga tetamu yang mengusik tuan rumah dengan memberi salam yang ‘meresahkan’ itu.

Tentang kemunculan Hantu Kum Kum itu, nampaknya ada beberapa perbezaan di kalangan para pengulas. Justeru itu saya telah cuba mencari maklumat tambahan dan saya kira telah menemui fakta yang lebih sahih. Sebagai rumusan ke atas teori tentang kemunculan Hantu Kum Kum itu, di sini saya paparkan info yang dipetik dari wikipedia :

Asal hantu kum-kum dikatakan bermula dengan seorang wanita yang mengamalkan ilmu mencantikkan muka. Tetapi salah satu pantangnya merupakan dia tidak boleh melihat cermin selama 10 hari / sesetengah cerita menyatakan sebulan.

Semenjak hari itu semua orang memuji-muji kejelitaan wanita itu dan menyebabkan dia tidak sabar dan melihat wajahnya di cermin pada hari terakhir. Akibatnya mukanya menjadi buruk, dan setelah dia menemui kembali gurunya, dia diberitahu bahawa mukanya hanya akan kembali cantik setelah dia menyapu mukanya dengan darah XX perawan.
Matlamat hantu kum-kum dikatakan memulihkan wajah penuntutnya yang terlanggar pantang.

Disebabkan itu wanita itu merayau-rayau mengetuk pintu rumah bagi mencari mangsa sambil menyatakan “Kum-Kum” sambil mengenakan jibab.

Hantu kum-kum merupakan cerita hantu moden yang mula berkeliaran sekitar 1970-an ketika kebangkitan kesedaran semula Islam dikalangan orang-orang Melayu. Ketika itu, para pemudi mula mengenakan hijab dan perkara ini tidak disenangi oleh kumpulan yang mengenakan skirt mini. Dengan itu hantu kum-kum dicipta sebagai sindiran kepada kumpulan yang memegang kepada ajaran Islam ketika itu.

Begitulah halnya dengan Hantu Kum Kum. Sangat berbeza intipati berbanding langsuir atau puntianak. Kemunculannya adalah dalam bentuk simbolik untuk menggambarkan pendirian sebahagian dari kelompok masyarakat. ‘Kehadiran’ Hantu Kum Kum pada zaman kecil saya dulu apa pun akan tetap menjadi nostalgia, apabila mengingati aksi-aksi sakat menyakat serta ketakutan yang tak pasal-pasal timbul di kalangan budak2,  dan kini ia jadi senyuman bila dikenang.

6

Bagus

Marah
14

Terkejut
2

Sedih
5

Lawak
9

Bosan

Friends Rank (36 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote epysha 8-2-2013 12:30 PM
crita dlm tv tu masha kopek muka gadis2..
Quote zafira 8-2-2013 12:32 PM
haku ingatlah pasal hantu kum-kum ni.... masa haku darjah 2 ke 3... kecoh betulllll....  tu belum masuk lagi citer hantu stokin...
Quote pankek 8-2-2013 01:30 PM
seram...  
sebenarnya aku terpernah dengar langsung hantu kum kum nih
first time dengar kat filem kot hehe..
ketinggalan zaman aku nih
Quote ahjit83 8-2-2013 02:48 PM
Dulu penah kecoh psl hantu nie..tp skrg kecoh dlm tv ja..
Quote cagOO 8-2-2013 03:07 PM
zafira posted on 8-2-2013 12:32 PM
haku ingatlah pasal hantu kum-kum ni.... masa haku darjah 2 ke 3... kecoh betulllll....  tu belum ma ...

hantu stokin? cer citerrr
Quote asher 8-2-2013 03:07 PM
tp citer kat astro ria yg marsha belakon tu bleh tahan gak seramnyer..
Quote zafira 8-2-2013 03:30 PM
cagOO posted on 8-2-2013 03:07 PM
hantu stokin? cer citerrr


aisayyy.... dah lupalah citer pasal hantu stokin ni.... tahun 78/79 dulu.....nanti kalo teringat haku citer....
Last edited by zafira on 8-2-2013 03:33 PM

Quote cagOO 8-2-2013 03:35 PM
zafira posted on 8-2-2013 03:30 PM
aisayyy.... dah lupalah citer pasal hantu stokin ni.... tahun 78/79 dulu.....nanti kalo teringat ...

owhh.. da lame sgtlah antu stokin ni.. mesti xseramkan sbb xglemer pon.. jgn lupa stori hokehh
Quote theflash 8-2-2013 04:54 PM
SIAP KELUAR MUKE DEPAN METRO.,

HUHUUH ANTU SUSUK
Quote RatuDunia94 9-2-2013 03:59 PM
Hantu Kum2 ni adik beradik ke dgn perempuan berjubah hitam naik kereta kancil warna merah yg sungguh popular di sekitar Johor suatu ketika dulu? aku tgok modus operandi dia mcm lbh kurang sama je!
Quote bangles 9-2-2013 04:14 PM
tak penah lak dengar pompuan jubah hitam naik kancil merah..dia berubah wajah kacau budak sekolah ker?
Quote zakutaki91 10-2-2013 06:58 AM
RatuDunia94 posted on 9-2-2013 03:59 PM
Hantu Kum2 ni adik beradik ke dgn perempuan berjubah hitam naik kereta kancil warna merah yg sungguh ...

Aku x igt aku ada terbaca kat mane. Maybe kat snie gak tp thread lme lah.

Ada org kata sme. Sbb da kantoi kat tmpt asl, dier lari g negeri2 len. Sabah sarawak pon dier pegi pulak(aku x sure). Tp mmg 1 malaysia lah. Ce try belek page blkg2.
Quote coT_Ton 11-2-2013 02:06 PM
Masa aku kecik mak aku bwk naik bas,tetiba lalu akak pakai tudung labuh terus mulut laserku berkata'mak,hantu kum kum'.ni mak aku story balik kt aku sbb masa ni umo baru 5 thn.mmg femes cite hantu kum kum ni
Quote gadis_tulip 11-2-2013 06:14 PM
Tue, hantu kum kum nie same ke dengan hantu purdah?? Agak sama jalan ceritanya. Kecoh sampai masuk metro tahun 90an dulu.
Quote epal21 13-2-2013 02:16 AM
oh my..bila baca thread nie baru ai terfikir..mungkinkah yang bagi salam masa ai kat rumah kampung tue hantu kum2..dua kali terjadi, satu waktu senja satu lagi waktu malam..terkejutla juga orang bagi salam malam2 buta..tapi tak buka pintu or jawab salam pun..cuma muka kitorang cuak ajer la..dan sebelum tue ai memang pernah nampak kelibat orang pakai telekung..seramnya bila ingatkan balik ..tapi ai memang tak jawab sebab baca dalam novel omputih vampire pun macam nie juga kan..vampire akan minta izin masuk rumah kita sebab dia tak boleh masuk selagi kita tak jemput dia masuk.. Last edited by epal21 on 13-2-2013 02:18 AM

Quote enciKacang 13-2-2013 08:19 AM
bangles posted on 9-2-2013 04:14 PM
tak penah lak dengar pompuan jubah hitam naik kancil merah..dia berubah wajah kacau budak sekolah ke ...

aku pun konfius..mule2 tgk cerite hantu kum kum ni memang ingat pasal hantu purdah tu.tapi jln cerite die mcm lain pulak.hantu purdah naik kancil merah tu mmg popular tahun 90 an dulu.mase tu aku sekolah rendah je lg..kononnye hantu ni nakkan darah anak dara sbb dah langgar pantang..mase tu mmg pantang kalau nampak kancil merah...serammmmmm....
Quote mute 13-2-2013 11:23 AM
enciKacang posted on 13-2-2013 08:19 AM
aku pun konfius..mule2 tgk cerite hantu kum kum ni memang ingat pasal hantu purdah tu.tapi jln cer ...

tu dulu....sekarang ni antu tu tangkap bebudak sekolah tau2 dah tak perawan da...keciwa antu tersebut..

Quote myakayina 13-2-2013 11:40 AM
cerita ni kira legend jgk la..cuma betul atau tak yg jadi misterinya.. ada ke anak dara yg mati dibunuh dek antu kum kum ni? ada kuar paper?
Quote jaa139 13-2-2013 12:47 PM
tahun 96 dulu pun femes citer hantu purdah naik kancil merah...dari terengganu sampai sabah citer nih...siap kuar paper metro...macam2 versi ade...apa2 pun thread pasal citer ni dah ade

Lihat semua komen(30)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-6-2024 03:21 AM GMT+8 , Processed in 0.051788 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top