CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kota Bharu Catat Kes Penyakit Kencing Tikus Tertinggi

18-10-2013 05:42 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 18664| Komen: 244

Description: Kota Bharu: Daerah Ini Mencatat Bilangan Kes Leptospirosis Atau Penyakit Kencing Tikus Tertinggi Dengan 35 Kes Berbanding Daerah Lain Dalam Tempoh Sejak Januari Hingga September Lalu. Pengarah Kesihat ...


KOTA BHARU: Daerah ini mencatat bilangan kes leptospirosis atau penyakit kencing tikus tertinggi dengan 35 kes berbanding daerah lain dalam tempoh sejak Januari hingga September lalu.

Pengarah Kesihatan Negeri Kelantan, Datuk Dr Ahmad Razin Ahmad Mahir berkata ia diikuti Kuala Krai membabitkan 32 kes dan Gua Musang yang merekodkan 30 kes. 

Katanya, hampir 50 peratus mangsa adalah mereka berusia antara 20 hingga 55 tahun dan 28 peratus berumur antara 13 hingga 19 tahun. 

"Berdasarkan siasatan kebanyakan kes jangkitan penyakit kencing tikus berlaku dari kawasan persekitaran rumah atau tempat kerja yang berisiko berlakunya jangkitan itu," katanya.

Menurutnya, secara keseluruhan juga, kes kematian akibat jangkitan kencing tikus di negeri ini juga meningkat tahun ini, iaitu sembilan kes.

“Sehingga ini, jangkitan penyakit itu yang membawa kematian ialah sembilan kes direkodkan berbanding empat kematian dalam tempoh sama tahun lalu. 

“Kes kematian tertinggi akibat penyakit leptospirosis berlaku di daerah Kota Bharu iaitu empat kes, diikuti masing-masing dua kes di Kuala Krai dan Gua Musang serta satu kes di Tanah Merah. 

"Mangsa yang meninggal dunia berusia antara 12 hingga 54 tahun dan tujuh adalah lelaki," katanya. 

Sementara itu, Ahmad Razin menjelaskan orang ramai yang mengikuti aktiviti mengembara di kawasan hutan serta pengunjung di taman rekreasi dilhat sebagai antara yang berisiko untuk mendapat jangkitan daripada persekitaran mereka. 

"Pengembara yang meredah hutan, pengunjung taman rekreasi seperti air terjun, pesawah, pekebun, penoreh getah dan mereka yang tinggal di persekitaran kotor adalah berisiko tinggi untuk mendapat jangkitan. 

“Jangkitan kuman ini juga boleh belaku menerusi luka atau terminum air sungai yang dicemari dan tidak dimasak. 

"Kami berharap semua pihak dapat memastikan tempat rekreasi dalam keadaan bersih dan bebas dari populasi haiwan perumah seperti tikus iaitu dengan membuang sampah secara betul dan tidak meninggalkan sisa makanan di kawasan rekreasi,” katanya.


4

Bagus
13

Marah
5

Terkejut
2

Sedih
3

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (30 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cmf_WonBin 17-10-2013 12:40 AM
Masalah utama Kelantan ialah SANGAT KOTOR walaupun kuat agama. Tikus amat banyak sebab bandar raya Islam amat kotor. Mungkin nak tunggu dapat duit royalti baru nak kutip sampah.

- sampah sarap bertimbun.

- Kawasan pasar malam Parit Dalam yang sangat kotor: gerai makan tepi tong sampah, tiada tempat cuci tangan/cuci pinggan mangkuk, lopak air, lubang dan pasir di tempat jual makanan.

- Air sungai Kelantan kuning pekat.
Quote myoujin 17-10-2013 12:47 AM
so negeri lain pulak berapa banyak?

kota baru tertinggi banding daerah lain di Kelantan.

Quote syasyafina 20-10-2013 03:17 PM
bile ak balik kelantan je, mil ak dok cite anak orang ni kene kencing tikus la.. setiap kali balik, setiap tu anak org lain2 yg kene.. rate ak blk sebulan sekali..
Quote jonlabu 20-10-2013 03:22 PM
tak pelik pun. pengotor yg hamat.
Quote Knowlee 20-10-2013 05:30 PM
bergotong royonglah bersihkan kawasan persekitaran kediaman kita, walau di mana kita berada. bukankah kebersihan itu adalah perkara yang disukai Allah? kerjasama tu bagus, boleh mengeratkan silaturrahim.

tapi malangnya sikap kebanyakan rakyat Malaysia yang taknak ikut peraturan, pentingkan diri sendiri, yang menyebabkan semua ni terjadi. don't blame the PBT. sampah-sampah tu asalknya daripada siapa? bukan kita jugak yg buang ke? ceh! prevention is better than cure. macam mana nak prevent kalau masing-masing taknak jaga kebersihan.
Quote TuntungReturn 20-10-2013 05:54 PM
http://www.bharian.com.my/articl ... anpengotor/Article/

nik aziz pun kata orang kelantan pengotor
Quote cmf_blingblings 20-10-2013 06:14 PM
hari ni ada dokumentari kat TV pasal kencing tikus, sebabnya adalah kekotoran yg datangnya dari manusia sendiri. Adakah Kelantan terlalu kotor?
Quote cmf_blingblings 20-10-2013 06:15 PM
kalau dulu penyakit taun yg paling banyak kes kat Kelantan sbb pencemaran sungai
Quote famri7 20-10-2013 06:19 PM
Smua sebab miskin.priority kebersihan terpaksa letak tepi...so tikus pon berzina membiak anak luarnikah dengan cepat...

Tapi relevenla sebab kelantan asalnya negeri pertanian.income pon x bnyk.so kotorpon boleh tahan.

Pencegahan zina di kalangan tikus kelate perlu ditingkatkan.
Quote Muntz 20-10-2013 06:45 PM
Ini cuma Islam pada nama saja, tapi tak mengamalkannya.
Quote arianakhalid 20-10-2013 06:52 PM
Ye betul... Mintak maaf org klantan... Dalam banyak2 tmpat kt malaysia ni, kelantan mmg kotor...

Sbb tu aku meluat betul bila jumpa org kelantan yg berbangga dgn negeri dia. Entah apa yg nak dibanggakan pun tak tahu la
Quote razhar 21-10-2013 02:11 AM
arianakhalid posted on 20-10-2013 06:52 PM
Ye betul... Mintak maaf org klantan... Dalam banyak2 tmpat kt malaysia ni, kelantan mmg kotor...

...

so apa isu nya? adakah anda pun mcm sekor tu yang tgh sawan budu nya ke hulu ke hilir yang chenta direjek juga?

as usual..another issue to bash kelantanese...next...
Quote atj1 21-10-2013 02:45 AM
famri7 posted on 20-10-2013 06:19 PM
Smua sebab miskin.priority kebersihan terpaksa letak tepi...so tikus pon berzina membiak anak luarni ...

Kenapa kotor selalu dikaitkan dgn miskin?  Aku jarang jumpa org kaya yg pengotor tapi orng miskin selalu tak kisah pasal kebersihan.  Klu anak2 yg meniarap atas lantai kat shopping mall tu kita blh tau parent mesti tinggal kat flat pprt.
Quote ringcat 21-10-2013 07:01 AM
kota bharu kotor. Period.
Quote BurningTimes 21-10-2013 07:04 AM
Mana tak kena Lectospirosis ummah ahli sorga serambi mekah ini, hari itu saya melawat pasar siti khadijah, Memang ewww sangat time malam dekat pukul 12, tikus besar gedabak mengalahkan kucing, terfikir saya pasti barangan disitu mesti sangat kotor tak cuci, takdenya ummah nak basuh tempat letak makanan tu (meja simen yang selalu ada kat pasar), saya memang speku deorang letak terus daging lembu segala kambing dekat meja yang tak basuh, dengan tikus lalunya, rasanya baik jual babi terus. Saya nak ke restoran kelantan pun lebih rela pergi ke restoran yahud kefir lehnatullah, atas pengalaman ternampak tikus berderek besar gedabak kat sebuah gerai. Kalau kat restoran yahudi tu pun ada tikus berderek jugak atleast ada aircond bagi saya.
Quote BurningTimes 21-10-2013 07:05 AM
Takpelah ummah kelantan sekalian alam, mampos dek Lectospirosis pun ujung2 ahli sorga jugak mati syahid.
Quote pelukis.plan 21-10-2013 07:54 AM
arianakhalid posted on 20-10-2013 06:52 PM
Ye betul... Mintak maaf org klantan... Dalam banyak2 tmpat kt malaysia ni, kelantan mmg kotor...

...

kenapa pemikiran aku sama dengan kau ni?
ke kau ni aku punya double account kat cari?
Quote Anakdesa 21-10-2013 07:59 AM
Orang Kelantan sila ambil tindakan.....

Errr... Ini semua salah UMNO...
Quote Leonarzi 21-10-2013 08:08 AM
Orang kelantan ni mmg pengotor.... KB tu kat mana je yg tak kotor....semua kotor...

Lihat semua komen(244)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-6-2024 11:29 AM GMT+8 , Processed in 0.341093 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top