CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Wanita & Lelaki (old) Lihat artikel

Bagaimana Wanita Yang Tidak Sempat Mendapatkan Jodohnya Di Dunia?

12-11-2013 05:53 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 9855| Komen: 23

Bagaimana wanita yang tidak sempat mendapatkan jodohnya di dunia?


Adakah Suami Isteri Akan Kekal Sebagai Suami Dan Isteri Di Akhirat Kelak?


1. Wanita yang meninggal dunia sebelum berkahwin.
Wanita yang meninggal dunia sebelum berkahwin akan dikahwinkan oleh Allah SWT di syurga kelak dengan seorang lelaki di kalangan ahli syurga. Rasullullah SAW bersabda ‘ Tiada si bujang di dalam syurga’ (Muslim). Ini kerana ada juga lelaki belum berkahwin yang meninggal dunia.


2. Wanita yang meninggal dunia setelah diceraikan dan tidak berkahwin sesudahnya.
Wanita ini juga akan dikahwinkan oleh Allah SWT dengan lelaki daripada ahli syurga.


3. Wanita yang meninggal dunia sedangkan suaminya tidak masuk syurga.
Begitu juga wanita yang meninggal dunia yang masuk syurga sedangkan suaminya tidak masuk syurga, akan di kahwinkan oleh Allah dengan serorang daripada lelaki yang masuk syurga.


4. Wanita yang meninggal dunia setelah berkahwin.
Wanita ini akan berada bersama suaminya di syurga kelak sekiranya suaminya masuk syurga.


5. Wanita yang kematian suami dan tidak berkahwin sesudahnya.
Wanita ini akan tetap bersama suaminya yang dikahwini di dunia sekiranya suaminya masuk syurga.


6. Wanita yang kematian suami dan berkahwin sesudahnya.
Wanita yang kematian suami dan berkahwin lain akan bersama lelaki yang terakhir dikahwininya di dunia tidak kira berapa kali dia berkahwin. Suami yang terakhir adalah suaminya di syurga sekiranya suami itu menjadi ahli syurga. Rasullullah SAW bersabda.. ‘wanita adalah kepunyaan suaminya yang terakhir.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote AdamBillionaire 11-11-2013 07:49 PM
alhamdulillah. ada jawapannya..

kiranye wanita milik suami terakhir.. ok..
Quote ifanonline 11-11-2013 07:51 PM
AdamBillionaire posted on 11-11-2013 07:49 PM
alhamdulillah. ada jawapannya..

kiranye wanita milik suami terakhir.. ok..

tiada bujang dlm surga...baik lelaki atau wanita...

Quote AbukRokok 11-11-2013 07:52 PM
lega hati para andatu dan antertu
Quote AdamBillionaire 11-11-2013 07:53 PM
ifanonline posted on 11-11-2013 07:51 PM
tiada bujang dlm surga...baik lelaki atau wanita...

kalau ada rezeki adam, adam nk bidadari

tp kan, bukan dlm syurga ada bidadari ke? ke adam salah hafal hadis? setahu adam dalam syurga ada susu daripada sungai, ada buah buahan.. wallahuallam..

dpt kawin pun dh seronok inikan dpt bidadari.. so mulai hari ni adam kena jadi baik kalau nk masuk syurga.. hurm... jom jd baik kawan2.
Quote AbukRokok 11-11-2013 07:55 PM
kalau si suami atau isteri masuk neraka dulu pastu dah abis hukuman masuk syurga plak dpt kawin balik ke dgn suami atau steri yg dah masuk syurga dulu?
Quote tipuware 12-11-2013 09:35 AM
no 5 tu, adakah sebab tu makcik aku sampai laa ni tak kawin2? pasal dia penah cakap kat aku, nak jumpa pak cik kamu ka syurga insyaallah..
Quote ifanonline 12-11-2013 09:40 AM
tipuware posted on 12-11-2013 09:35 AM
no 5 tu, adakah sebab tu makcik aku sampai laa ni tak kawin2? pasal dia penah cakap kat aku, nak jum ...

tengok para no.6

Quote chenta_dewi 12-11-2013 10:01 AM
fikir positif yg penting...misalnya saya fikir tuhan nak sy cari duit banyak...

Quote midori888 12-11-2013 10:06 AM
AbukRokok posted on 11-11-2013 07:55 PM
kalau si suami atau isteri masuk neraka dulu pastu dah abis hukuman masuk syurga plak dpt kawin bali ...


good question....lagi satu mcm mana yg wanita2 yg bermadu? adakah akan bermadu jugak kat sana?
Quote Innrukia 12-11-2013 10:08 AM
Alhamdullilah satu post yg sgt positif dr pencinta andartu..... Thanks dear:lol
Quote kapulet 12-11-2013 10:35 AM
pernah ditanya 1 soalan kpd seorg ustaz - "kalau para suami dpt kawen dgn ramai bidadari, para isteri dpt tak kawen dgn ramai bidadara..?"
ustaz tu ckp "syurga tu apa saja yg kamu nak SEMUA DAPAT, jgn risau kat syurga tu..
TAKDE gelisah,
TAKDE kekeliruan,
TAKDE persoalan2,
TAKDE masalah,
TAKDE cemburu,
TAKDE jeles,
TAKDE irihati,
TAKDE fikir2 boleh ke / ada ke,
TAKDE hal lahh.."

segala nye NIKMAT.. itulah misterinye Rahsia Syurga, unimaginable..

persoalan besarnye sekarang ni..
Adakah kita MAMPU MASUK SYURGA..!!???
Quote siputsedut 12-11-2013 02:28 PM
AdamBillionaire posted on 11-11-2013 07:53 PM
kalau ada rezeki adam, adam nk bidadari

tp kan, bukan dlm syurga ada bidadari ...

sungai daripada susu lah..bukan susu daripada sungai sapa nk minum ayaq sungaiii adam oi
Quote epalgebuu 12-11-2013 03:08 PM
tipuware posted on 12-11-2013 09:35 AM
no 5 tu, adakah sebab tu makcik aku sampai laa ni tak kawin2? pasal dia penah cakap kat aku, nak jum ...

sama macm mak aku.. xnk kawen lain pasal dia kata nnt nk bersama arwah bapak aku di sorgaa
Quote batu kikir 12-11-2013 09:54 PM
Perlu ada status suami dan isteri ke di syurga?
I thought ................ di syurga dah tak cam kat dunia. Lelaki leh ada 70 bidadari. And dah tak de perasaan nak cemburu. Yang pompuan cam tu gak . Syurga tak perlu undang2 cam kat dunia. Tak de halal, haram whatever. Wallahualam.
Quote shop_girl 13-11-2013 10:09 AM
Nak dpt semua tu kene la masuk syurga..huhu..

Ade ke kemungkinan jodoh org2 yg meninggal sblom kawen ni masih hidup di dunia?? maka, sampai kiamat pun diorg akan membujang coz jodoh diorg dah meninggal?? wallahualam..
Quote BellExOra 13-11-2013 11:37 AM
abah bell slalu tnye nt kt sne siape yg bsame ngan dye.. adakah mk akn bsame suami pertama. or adakah dye akn berseorangan. akhir nye kemushkilan abh terjawab
Quote miZtiQ 14-11-2013 09:02 PM
Sumber mana ni??
Quote syue86 22-11-2013 04:28 PM
sebak lak baca
Quote winsonyu 24-11-2013 07:47 AM
syue86 posted on 22-11-2013 04:28 PM
sebak lak baca

Jgn khuatir...u will soon find ur dream man

Lihat semua komen(23)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 10:15 AM GMT+8 , Processed in 0.280992 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top