CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ibu Merajuk Lari Dari Rumah Anak

8-1-2014 03:45 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 5756| Komen: 27

Description: Rembau – “Buat Masa Ini Biarlah Saya Tinggal Dan Menumpang Kasih Di Rumah Rakan Daripada Sengsara Tinggal Di Rumah Anak Sendiri,” Luah Seorang Warga Emas Yang Hanya Ingin Dikenali Sebagai Ida, 60-A ...



Ida melihat gambar kenangan keluarganya yang sempat dibawa bersama.


REMBAU – “Buat masa ini biarlah saya tinggal dan menumpang kasih di rumah rakan daripada sengsara tinggal di rumah anak sendiri,” luah seorang warga emas yang hanya ingin dikenali sebagai Ida, 60-an, ketika ditemui di rumah kenalannya di Kampung Rendah, dekat sini, semalam.

Ida berkata, dia nekad keluar dari rumah anaknya Isnin lalu  kerana tidak mahu  'makan hati' dengan sikap dan tingkah laku biadap anaknya yang kadang kala melukakan hati.

Menurutnya, dia menetap dengan anak perempuan sulungnya itu sejak sembilan bulan lalu selepas kematian anak lelaki bongsu yang terbabit dalam kemalangan Lebuhraya Utara-Selatan pada Mac tahun lalu.

“Suami saya juga sudah meninggal kira-kira lapan tahun lalu kerana penyakit asma. Saya hanya ada sepasang anak, jadi bila anak bongsu saya meninggal dunia, saya memang mengharap agar anak sulung akan membantu saya.

“Bagaimanapun, sejak dari dahulu lagi, anak sulung saya sering meluahkan rasa tidak puas hati kerana beranggapan  saya lebih menyayangi adiknya sahaja," katanya.

Tambah Ida, anak sulungnya membawa dia tinggal bersama dan dia diminta menjaga cucu yang masih kecil.

Malah, sepanjang tempoh sembilan bulan tinggal bersama, Ida sering disindir.

"Dia tidak pernah menghalau saya secara terang-terangan, namun kerap menyindir tidak kira waktu baik ketika saya menyediakan makanan mahupun bergurau dengan cucu.

“Anak saya tidak pernah mengajak saya keluar makan sedangkan dia bersama   anaknya sering makan di luar," katanya.

Tambahnya, Ida juga turut dimarahi kerana anaknya tidak menyukai cara Ida lalu dia  menghalaunya keluar rumah.

“Daripada terus rasa terluka, saya segera menghubungi teksi untuk pergi dari situ. Saya keluar sehelai sepinggang dan hanya membawa dokumen penting serta gambar kenangan kami sekeluarga," katanya.

Ida yang juga penerima bantuan bulanan orang tua dari Jabatan Kebajikan Masyarakat  (JKM) menetap di rumah rakannya buat sementara  dan akan mencari tempat tinggal lain.


14

Bagus
14

Marah
10

Terkejut
4

Sedih
3

Lawak
9

Bosan

Friends Rank (54 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote haryatie 8-1-2014 09:22 AM
aduhai..mcam2 la..
mmg ada jugak jenis ibu yg suka membezakan ank2..
kdg2 mreka x perasan sikap mreka yg pilih kasih, ank2 pun makan hati atau jd pendendam..
tp ibu tetap ibu..kena juga dihormati
smoga ank nya mendpt hidayah..
Quote nurul_akmar 8-1-2014 09:30 AM
laaa.. mak dia sihat kot. at least boleh uruskan diri sendiri. so ape yg susah sgt nak jaga??
Quote twins 8-1-2014 09:31 AM
aduhai... kenapa la mcm tu... sayang2 la ibu tu selagi masih ada hayatnya... nanti bila dah tak ada..menangis air mata darah sekali pun dah tak ada gunanya....
Quote BumpIQ 8-1-2014 09:32 AM
baik lari je dri rumah anak mcmtu makcik... sumpah je anak mcmtu terus...
Quote BlueHand 8-1-2014 09:34 AM
Sayangilah ibu selagi ada. Kalau dah xde menyesal pun xde guna.
Quote blackred99 8-1-2014 09:34 AM
kira balas dendam dgn mak la ni..

dia tetap mak yg lahirkan dia, tak patut langsung..
Quote Makcu 8-1-2014 09:37 AM
Kes camni selalu jadi kalau ibubapa suka pilih kasih
Quote dino 8-1-2014 09:39 AM
nurul_akmar posted on 8-1-2014 09:30 AM
laaa.. mak dia sihat kot. at least boleh uruskan diri sendiri. so ape yg susah sgt nak jaga??

ini kes anak yg tak rasa kasih syg mak... smcm si ibu ni lebih2kan anak lelaki yg meninggal tuh...
sbb tu si anak dok perli bagai.... kes si ibu pilih kasih la..... kdg2 si ibu ni tak sedar die lebih2kan anak bongsu die tu....
ape2 yg anak ttp kena patuh ngan ibu....

Quote dino 8-1-2014 09:41 AM
blackred99 posted on 8-1-2014 09:34 AM
kira balas dendam dgn mak la ni..

dia tetap mak yg lahirkan dia, tak patut langsung..

yela kes balas dendam.... mak die maybe time anak tu beranak tak ambik pusing pun..... time skrg ni die plak kena jaga mak...
harus la perli tak hbis2
Quote carly_lah 8-1-2014 09:47 AM
tabahlah makcik.... semoga makcik mendapat ketenangan dgn duduk kt tmpt lain....
Quote Sagoo 8-1-2014 09:58 AM
makcik dok je la kt rumah org tua2 tu lg senang...xyah nyusahkan anak yg durhaka tuuuu...
Quote blackred99 8-1-2014 10:00 AM
dino posted on 8-1-2014 09:41 AM
yela kes balas dendam.... mak die maybe time anak tu beranak tak ambik pusing pun..... time skrg n ...

sket2 dah la, jgn sampai ibu tu kecik hati.. sejahat mane pun kita, ibu tetap leh terima kita, takkan kita sebagai anak takleh layan ibu walaupun ibu tu bukanlah sempurna, tapi kan tanggungjawab anak2, utk kes ni, dia je anak yg tinggal, tu pun berkira..

taun lepas ada sedara aku sakit teruk, anak2 dia yg ramai2 tu semua berebut2 nak jaga dia, tapi tak sempat nak bawak balik, dah ajal di hospital.. innalillahiwainailaihirajiun.
Quote edoraixora 8-1-2014 10:08 AM
nasib si ibu...kalo gini, baiklah dok kt umah org tua jer makcik
kekadang mak2 ni x perasan pun yg die telah melebih2 kan anak tertentu
tapi utk si anak jadik pendendam smpai macam ni, memang tak patut sangat lah

neway, knape citer2 ni smpai masuk sokkabar?
citer pemili simpan utk pemili je lah
lagik berdendam lah anak mokcik tuh
Quote yenil95 8-1-2014 10:12 AM
macam mana teruk pun ibu kita, kita kena hormat, sayang dan jaga dia...suruh ibu jaga anak?..
Quote lizaliza 8-1-2014 10:13 AM
entah la...
kadang kadang tak marah dikatanyer marah
tak sindir gi cerita kat orang kena sindir
yang kurang disayangi ni, tolong macamana pun tetap akan dikomen dan disalah tafsirkan
nak pulak ada anak anak lain yang jadi hantu mencucuh
nak pikul tanggungjawab memasing tak nak
emmm...entah la donia donia
ada apa dengan donia
Quote honda_jazz 8-1-2014 10:13 AM
org tua ni kdng2 cepat sentap!
biasa usia mcmni diorg nak perhatian anak2..
klu anak bersuara sikit mula anggap anak mrh n anggap diorg beban..
yg si anak pun jgn lah ambik kesempatan srh mak jaga anak..
bnyak lah bersabar,sementara hayat mak tu masih ada elok2 jaga hati mak..
Quote ell768 8-1-2014 10:33 AM
adeh...sabo jer laa makcik..tp mmg biasanya org tua2 mcm tu laa..sensitip..anak pun 1 hal jgk..
Quote Missanctum 8-1-2014 10:56 AM
xtahu nk salahkan sape, tp kadang2 orng tua ni suka terasa, mulut jahat pun ade sebenarnya, tp nasib baiklah anak die xhalau ibunya sendiri, kalau halau mmg i lahar anaknya lah dulu
Quote vv2005 8-1-2014 11:07 AM
mak sorang pun x reti nak jaga..alahai anak zaman sekarang

Lihat semua komen(27)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-6-2024 09:34 PM GMT+8 , Processed in 0.112633 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top