CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Gosip Lihat artikel

Serina Tak Ambil Pusing Kritikan

10-2-2014 11:06 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 28516| Komen: 191


Kuala Lumpur: “Benda ini bukan isu besar pun. Setakat seorang dua ‘complaint’ (merungut), tak jadi kudis pun sebab (pelanggan) yang lain ok saja,” tegas pelakon dan usahawan, Serina Datuk Redzuawan menjawab dakwaan beberapa pembaca Harian Metro yang kecewa dengan kualiti operasi perniagaan restorannya, Char Koay Teow Simply Delicious Penang Mai di Kota Damansara dekat sini.


Beberapa pembaca yang berkunjung ke restoran itu baru-baru ini mendakwa terpedaya dan terkilan dengan kualiti makanan, servis dan reka hiasnya yang disifatkan indah khabar daripada rupa.

Serina, 31, yang dihubungi semalam berkata, dakwaan yang ditimbulkan sebahagian kecil pelanggan mengenai operasi restoran terbabit bukan perkara besar yang perlu dijadikan isu.

“Itu pandangan masing-masing. Secara peribadi, saya tak kisah pun. Orang boleh reka dan cerita macam-macam.

“Cuma saya tak mahu sebab benda remeh-temeh begini ditekankan, papa (Che Wan) akan marah pula nanti sebab ia mengganggu reputasi saya dan bisnes.

“Biasalah dalam berniaga, ada saja orang nak jatuhkan kita, jadi biar Tuhan saja balas,” katanya.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote shogun77 8-2-2014 11:25 AM
haha..klu burger mcd x mcm dlm gmbar cmna plak?
Quote berasmerah 8-2-2014 11:32 AM
lorr, tu kedai dia ker...pernah lah makan kat sini...tp sendu je pengunjungnyer......
koay teow dia boleh lah.....
Quote Suchi 8-2-2014 11:35 AM
huhu dia lagi risaukan papa dia membebel daripada apa komen dr pelanggan yg pi makan ekekeke
Quote tariktali 8-2-2014 11:37 AM
pena g mkn kt restoran die ni..g sbb mmg minat sgt char kuew tiaw..mmndgkn die ni ank chef wan, i letak expectation yg agk tggi..tp mengecewakan xde la xsedap lgsg, cuma byk aspect blh dibaiki lg..pena mkn yg kt puchong, jauh lg sedap
Quote onnabila 8-2-2014 11:39 AM
berasmerah posted on 8-2-2014 11:32 AM
lorr, tu kedai dia ker...pernah lah makan kat sini...tp sendu je pengunjungnyer......
koay teow dia ...

harga makanan kat sana mahal tak?
Quote maxim 8-2-2014 11:40 AM
sengal pnye serina

ko kene blajar apa itu "word of mouth"..dari sorg dua bleh merebak ke beribu2 org

apatah lg dalam dunia social media skang ni..sorg komplen kt fesbuk beribu2 org leh baca n akan effek kt bisnes ko. jgn dok angkuh sgt kalau nak bertahan lama
Quote maxim 8-2-2014 11:42 AM
patutnya cakap la "terima kasih" kat sorg dua tu sbb komplen, dan "saya akan improve servis saya di masa akan dtg"

baru la org len baca sejuk hati n still teringin nak pi kat kedai ko. tu pn nak kene ajar. haih
Quote berasmerah 8-2-2014 11:44 AM
rega dlm rm10 dan ke atas...sbb ada special udang lah, special telur mata lah......
nasi goreng 2 jenis je....kedai dia x pelbagai sgt..
kedai kerusi lawa lah...lain dari kedai biasa punya kerusi hehehehehehe.......
Quote hanggukhangguk 8-2-2014 11:50 AM
Mali's corner pya char kuey teow lagi sedap n lagi murah. Pekerja dia rmai org myanmar rsnya....mknn setakat boleh la tp xdelah smpi nak pergi berulang kali....sekali cukup. Iols xdelah nak ltk high expectation ke apa sbb dah blh agak hehehe....
Quote shysari 8-2-2014 12:03 PM
Normally if artists buka kedai makan mestilah high expectations lebih2 lg dia anak cep wan yg byk mengkomplent pasal  makanan org lain
Quote idiaz 8-2-2014 12:15 PM
cuba la amek complaint tu on the positive side serina weyhhh...kena ingat tu, komplen sekecil2 komplen pun kena amek kire...ko jangan buat onar, bapak ko baru pas gegar MAS dah ni ko plak tak jaga servis n kualiti makanan serba serbi...kang ada yg snap gambo kueteow ko tweet tag cepuwan nanteyhh.
Quote mrsbob 8-2-2014 12:20 PM
Entah2 chef wan xsempatnak mkn lg kot kat kedai anak dia ni.... Rasa kalo dia rasa xsedap sure diah dah sound
Quote cmf_jeangrey 8-2-2014 12:46 PM
ingatkn bila kawin mat saleh makin open minded...
ni masih lekat mentaliti melayu lama lg....
bila pelanggan komplen tak jadik kudis la, org dengki la
patut komplen dijadikan panduan tuk improve makanan & servis
ni jwpn bukan main sombong lagi....haih
sbb tu aku skeptikal dgn 'melayu tolong melayu' ni
yg aku tau kualiti mesti berbaloi dgn duit yg aku keluarkn
so no tolong2 kalau owner takmo tolong perniagaan sendiri....
Quote cmf_jeangrey 8-2-2014 12:48 PM
maxim posted on 8-2-2014 11:42 AM
patutnya cakap la "terima kasih" kat sorg dua tu sbb komplen, dan "saya akan improve servis saya di  ...

tk sempat pegi kursus PR kekdahnya
Quote nuryakmal 8-2-2014 12:53 PM
Yang negative satu dua tu la yang kena amik tau. Papa ko boleh kritik mas, takkan ko tak boleh kena kritik. Be humble
Quote clarizsa 8-2-2014 12:55 PM
hehehe... x sokong dia... tp hakikatnya cmtu la kt mana2 pun... gambar iklan gah je... padahal..... haha
Quote HannahMontana 8-2-2014 01:03 PM
Xkisahlah janji suami aku putih dan hensem ,ko ada



Quote Grengo 8-2-2014 01:03 PM
aku pulak jenis pelanggan yg dtg makan.. kalau tak sedap... tak jejak lagi lah  resto tu.
aku tak akan komplen.
so serina paham2 je lah.. kenape pelanggan cuma dtg sekali saja.
Quote leenaz 8-2-2014 01:09 PM
tariktali posted on 8-2-2014 11:37 AM
pena g mkn kt restoran die ni..g sbb mmg minat sgt char kuew tiaw..mmndgkn die ni ank chef wan, i le ...

aku pun pernah makan
x sedap sama la...expectation tinggi sebab bapak dgn abang dia chef

sedap lagi yg CKT ketam puncak alam



Lihat semua komen(191)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-12-2024 10:20 AM GMT+8 , Processed in 0.255125 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top