CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Terkini Lihat artikel

Wang kertas baru RM10 dh ada yg palsu

23-11-2012 03:10 PM| Diterbitkan: admin| Dilihat: 6095| Komen: 30

BUKIT JALIL – Seorang peniaga warung terkejut menerima tiga keping wang kertas baru RM10 palsu dan mendakwa hanya menyedarinya apabila wang itu gagal didepositkan ke dalam sebuah mesin deposit bank, di sini, kelmarin.

Dia hairan bagaimana wang baru berkenaan boleh dipalsukan sehingga nampak seakan-akan wang tulen dikeluarkan Bank Negara.

Zuriah Yaacob, 43, berkata, tanpa menyedari bakal berdepan kerugian dia membawa wang hasil jualan perniagaan makanannya itu ke sebuah bank untuk dimasukkan ke dalam akaun, petang kelmarin.

Katanya, wang itu kemudian dimasukkan ke dalam mesin deposit namun dia pelik apabila tiga keping not RM10 dimasukkan bersama beberapa keping  wang kertas lain tidak diterima.

Zuriah berkata, musykil dengan perkara itu, dia kemudian menunjukkan wang kertas berkenaan kepada seorang pengawal keselamatan yang bertugas di dalam bank.

Katanya, dia terkejut apabila diberitahu tiga keping wang itu palsu dan apabila diamati, dia menyedari bahawa wang kertas baru itu sebenarnya menggunakan cetakan biasa.

“Memang saya tidak menyedari wang itu palsu kerana ketika anak menerimanya daripada pelanggan ia nampak seperti wang biasa.

"Dengan keadaan yang kelam kabut warung penuh dengan pelanggan, memang tidak sedar wang itu bukan tulen.

“Rasa hairan sangat bagaimana wang baru boleh dicetak palsu. Selepas mengamati wang itu barulah saya perasan dakwatnya cair apabila terkena air malah benang keselamatan putus-putus itu juga sudah tertanggal,” katanya.

Dakwa Zuriah, kerajaan harus memantau perkara itu kerana ia boleh menjejaskan pendapatan peniaga kecil sepertinya apabila menerima wang yang tidak boleh digunakan
kembali.

Katanya, peniaga kecil-kecilan sepertinya juga tidak mempunyai mesin pengimbas wang kertas untuk pastikan wang diterima adalah tulen.

“Saya minta peniaga lain berhati-hati apabila menerima wang daripada pelanggan supaya tidak tertipu dan mengalami kerugian.

"Wang palsu diterima ini akan dijadikan kenangan dan pengajaran supaya sentiasa memeriksa duit daripada pelanggan,” katanya.

1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tahanlasak 22-11-2012 05:57 PM
peh wei....wang 10 pun dh ada yg palsu...cepat betul pembuat wang palsu bertindak so berhati2 anda semua tak kan nk beli mesin pengimbas wang kertas kot......jgn2 wang kertas 5 pun ada dh melampau la nie.....BAHAYA2........
Quote izumiza 22-11-2012 06:32 PM
cepat sungguh di copy paste!!!
Quote KAULAT 22-11-2012 06:42 PM
senang kot nak copy...
Quote awiezull 22-11-2012 06:46 PM
makin pandai lak orang2 skg ne..cpt betuii copy paste duit baru ne...
Quote batmana 22-11-2012 09:54 PM
paparan je sama, kertas masih lain..
Quote Dzulqarnain 22-11-2012 09:58 PM
Mana ada lg wang kertas
Bkn ke dh dissintetik a.k.a. plastik?
Quote mikasa 22-11-2012 10:02 PM
target mesti kat pasar yang ramai org tengah sibuk..kalu kat shoping kompleks..baik guna cashless je
Quote Pikir 22-11-2012 10:04 PM
target utk penipu ni peniaga2 kecil, keadaan sibuk, samar cthnya spt di pasar mlm...kalo isi minyak mlm2 guna cash, berhati2 dgn duit baki yg diterima, mungkin terselit duit palsu
Quote put3reen 22-11-2012 10:35 PM
nak cerita pengalaman bos saya... masa duk jalan2..dia ternampak satu note 10 yg bru ni kat jalan raya..so dia pun kutip lah..dengan harapan nk masukkan ke tabung masjid..bila dia pegang je..n tgk sebelah lagi kosong...just blank.. tapi printed sebelah tu mmg sebijik ok dengan duit ori... walhal print pakai computer je...kalau tgk dari dakwat tu la..
Quote Esperanza 22-11-2012 10:50 PM
Bank negara, abe2 polis please do something!!
Quote Pikir 22-11-2012 11:01 PM
modal scanner, printer color, not 10, 50, 100....sape berani bleh buat...pandai2 le camne nk lupuskn kt ore yg tk alert
Quote eyansss 23-11-2012 12:07 AM
Dzulqarnain posted on 22-11-2012 09:58 PM
Mana ada lg wang kertas
Bkn ke dh dissintetik a.k.a. plastik?

plastik tu duit RM1 n RM5 je...  yang lain2 masih lagi kertas...
Quote Dzulqarnain 23-11-2012 03:47 AM
eyansss posted on 23-11-2012 12:07 AM
plastik tu duit RM1 n RM5 je...  yang lain2 masih lagi kertas...

Ye le...noted n tq.
Quote cik.ijaw 23-11-2012 05:05 PM
penah kena gak awal bulan tempoh hari..time tu xde duit kecik nk g cash deposit..try lah beli roti kat 1 kedai ni.motip utama nk tukar duit semata...balance yg cashier tu pulang pegi lah msuk dlm mesin..sekali..dua kali tiga kali..kena tendang..pastu tgk bebetol duit tu ada line putih kat tepi. xtaulah samada duit palsu atau salah print. tp xkan lah salah print kot..wallahualam.
Last skali g balik kedai roti tukar duit lain. nasib baik dia bg..kot x mau buat report
Quote idadzira 23-11-2012 05:08 PM
duit baru mcm duit "neraka" tu pasal ler senang copy paste
Quote JeffreeLeong 23-11-2012 05:08 PM
Zuriah sendiri supplier duit palsu kot??
buat2 bodoh masuk machine, tak boleh buat muka innocent
Quote lizaliza 23-11-2012 05:16 PM
ala duit pelesu nie berlambak di pasaran, bank sendiri pun gagal nak kesan terutama bila duit tu datang sekelipuk cam 500K. Nak kena settled cepat, orang keja bank pun nak balik...so duit pelesu pun boleh lepas. Aku dah pernah dapat 10 heggit pelesu, tak yah guna imbasan, kat tulisan pun dah tak tulis RM 10, hantar kat bank lepas je pun. Duit RM 50 yang sebelum terkini, lagi banyak palsu, kalau korang perati betul-betul.... setting tulisan RINGGIT MALAYSIA tu macam-macam kedudukannya.ada ketepi, ada ketengah. Kalau ikut bank negara punya circular duit , perkataan tersebut, huruf I akan berada diatas garisan keselamatan, tapi baru-baru nie aku jumpa sekumpulan duit yang setting dia semua out. Ada juga saiz duit terkecik sikit dari yang ori.
Quote mallcop 23-11-2012 05:16 PM
Apa susah nanti Bank Negara kuar duit kertas paten baru!
Quote solstice 23-11-2012 05:23 PM
aihh..
kata canggih sangat
Ni sekejap je dah kena copy
Aku pon perasan note 10 ni
Benang keselamatan yg berkilat kat tengah tu nampak lain macam
Macam pelesu

Lihat semua komen(30)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 12:58 PM GMT+8 , Processed in 0.115779 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top