CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Hot Topic Lihat artikel

Baling sabit elak kena rogol

5-12-2012 12:48 PM| Diterbitkan: admin6| Dilihat: 18727| Komen: 99



TELUK INTAN – Tindakan berani seorang gadis melawan seorang perompak dengan membaling sabit ke arah suspek bukan sahaja dapat menyelamatkan maruahnya daripada dinodai malah berjaya membuatkan lelaki itu bertempiaran lari.

Kejadian pukul 7.30 malam di di sini pada Sabtu lalu berlaku ketika gadis yang dikenali sebagai Nadia, 14, didatangi perompak bersenjatakan parang panjang ketika berada di dalam rumah bersama neneknya.
Mengimbau semula kejadian itu, Nadia memberitahu, sebelum kejadian, neneknya sedang membaca surah Yasin selepas mengerjakan solat Maghrib di ruang tamu manakala dia berada di dalam bilik.
Ahli keluarganya yang lain keluar ke bandar Teluk Intan untuk membeli barangan keperluan.
Siti Nadia bersekolah di Selangor dan datang ke sini kerana cuti sekolah.
“Tiba-tiba saya terdengar nenek menjerit meminta tolong. Sebaik keluar, saya ternampak seorang lelaki sedang mengacu parang ke arah nenek.

“Penjenayah kemudiannya meminta saya menanggalkan pakaian dan kata mahu rogol saya jika nenek enggan menyerahkan gelang dan cincin emas yang dipakai,” ceritanya ketika ditemui di sini semalam.
(versi KOSMO)



TELUK INTAN: Seorang gadis bagai dirasuk apabila naik angin dan bertindak nekad mengejar seorang lelaki yang menyamun neneknya sejauh 100 meter dengan sebilah parang dalam kejadian di sini, malam Sabtu lalu.
Dalam kejadian jam 8 malam di Kampung SC Belt, Labu Kubong, seorang wanita warga emas bersama cucu perempuannya panik apabila seorang lelaki bersenjatakan parang muncul di ruang tamu rumah ketika mereka berdua bersiap menunaikan solat Isyak.

Dalam keadaan kelam-kabut itu, penjenayah terbabit melibaskan parang menyebabkan wanita berkenaan, Che Pah Mat Isa, 74, menerima lapan jahitan di jari.

Bagaimanapun, cucu wanita itu, Nurul Shahira Mohd Nawai, 14, yang berang sebaik melihat neneknya tercedera melawan balik penyamun terbabit sebelum mengejar penjenayah itu.



Che Pah berkata, dia bernasib baik apabila diselamatkan cucu perempuannya itu dan bersyukur kerana terselamat selain terhutang budi dengan Nurul Shahira yang menggadai nyawa demi menyelamatkannya.
(versi H Metro)


kenapa yang versi kosmo dia blurkan gamba bdk pompuan tu ek?





Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote perang_saudara 5-12-2012 12:01 PM
motif mata kena censored sekejap ada sekejap tak ada
Quote iluma 5-12-2012 12:09 PM
dah polis g tangkap x penjenayah2
Quote sapp73 5-12-2012 12:13 PM
penjenayah tu dah di tangkap kah....janganlah dia balas dendam sudah..
Quote myakayina 5-12-2012 12:18 PM
berani adik ni.. harap2 penyamun tu cepat diberkas..
Quote geng_tx 5-12-2012 12:18 PM
ada soram mentri umno kata mesia ni selamat...

nasib baik minah tu ada sabit...

nampak gaya nya, mentri umno yg soram tu menipu rakyat...

terima kasih umno... hanya pandai bagi kenyataan sedangkan realitinya,  mesia ini bukanlah negara yg aman dan selamat

terima kasih umno yg suka menipu rakyat
Quote Queen_Of_Purple 5-12-2012 12:23 PM
berani gadis ni........syabas!!!!!.. kalau aku belum tentu gagah nak pegang sabit tu and pura2 mengamuk macam orang kena rasuk tu...
Quote cmf_rambutan 5-12-2012 12:26 PM
syabas ............
Quote topek 5-12-2012 12:27 PM
geng_tx posted on 5-12-2012 12:18 PM
ada soram mentri umno kata mesia ni selamat...

nasib baik minah tu ada sabit...

jgn riso bro nti bakal pengganti dia dr pr kompom xdak lg kes2 cm ni, mesi akn selamt sejahtera..
Quote Elle_mujigae 5-12-2012 12:29 PM
Alhamdulillah selamat budak ni...semoga penjenayah dpt ditangkap dgn segera..
Quote ruffleen 5-12-2012 12:30 PM
wow....hebat adik ni!!!! cayalah!!!!!!
Quote ruffleen 5-12-2012 12:31 PM
geng_tx posted on 5-12-2012 12:18 PM
ada soram mentri umno kata mesia ni selamat...

nasib baik minah tu ada sabit...

masalahnya adik Nurul ni bukannya tinggal kat pavilion
Quote SpiderWeb 5-12-2012 12:32 PM
Yang pasti menteri itu masih belum di kejar dengan sabit , so Malaysia ni masih lagi aman.
Quote meklin 5-12-2012 12:34 PM
Tahniah adik nadia..
saggup bersabit demi maruah ..  

Quote ren0_0 5-12-2012 12:38 PM
hmmm..cantik nadia nih. pada aku ler, bahaya gak tak blurr muka budak nadia ni. di buatnya ada geng saspek yang tak puas hati, terjumpa lak budak nadia kat tepi jalan..naya la
Quote iskans 5-12-2012 12:39 PM
perang_saudara posted on 5-12-2012 12:01 PM
motif mata kena censored sekejap ada sekejap tak ada

Censored paper Hairan Metro, tak Censored tu paper Kosmo!..... Aduila paper Metro ni, apa nak di'censored'...
Quote shayjr 5-12-2012 12:40 PM
hebat budak neh..wat malu sepol jah..
Quote cak! 5-12-2012 12:41 PM
pompuan ni blaja tekwando ke silat ada smngt berani gini..
Quote gaara_X 5-12-2012 12:46 PM
keberanian itu penting lam menangani situasi....dibantu ngan peralatan sekeliling yang boleh diaplikasikan olenh mangsa....janji ngan panik
Quote wajaman 5-12-2012 12:47 PM
iskans posted on 5-12-2012 12:39 PM
Censored paper Hairan Metro, tak Censored tu paper Kosmo!..... Aduila paper Metro ni, apa nak di'c ...

terbalik la....yg sensored versi kosmo,versi metro yg x sensored...aku ada tulis kt atas tu

so kalau perogol tu nk rogol blik bdk nie,kne bli metro la sbb kosmo xleh nk cam bdk ni sbb da disensoredkn

Lihat semua komen(99)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-12-2024 11:27 AM GMT+8 , Processed in 0.049197 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top