Bapa dipenjara, disebat rogol anak tiri 7 tahun WARTAWAN SINAR HARIAN 8 Februari 2013 Tertuduh dibawa keluar sebaik mahkamah menjatuhkan hukuman ke atasnya. SUNGAI PETANI – Seorang bapa berusia 44 tahun dijatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan 10 sebatan di Mahkamah Seksyen 3 Sungai Petani kerana mengaku bersalah merogol anak tirinya berusia tujuh tahun sembilan bulan dalam kejadian 21 Januari lalu.
Perbuatan dilakukan bapa kepada lima anak itu terjadi di dalam sebuah kedai bunga di Baling lebih kurang jam 6.30 petang hari kejadian. Dia didakwa di bawah Seksyen 376 (3) Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara tidak kurang dari lapan tahun dan tidak lebih dari 30 tahun dan sebatan tidak kurang dari 10 sebatan. Timbalan Pendakwa Raya, Sharifah Syazwani Syed Hussin memohon mahkamah memberikan hukuman setimpal kepada tertuduh memandangkan perbuatan tersebut salah di sisi undang-undang dan agama. Sharifah Syazwani dalam hujahnya berkata, perbuatan tertuduh tidak berperikemanusiaan, selain mahu memberi pengajaran kepada masyarakat. Tertuduh yang diwakili peguam, Siti Haslina Hasbullah memohon mahkamah memberikan hukuman minimum memandangkan pengakuan bersalah dibuat tertuduh menjimatkan masa mahkamah, selain percaya tertuduh sudah insaf atas perbuatannya. Hakim Mohamad Khalid Ab Karim menjatuhkan hukuman 12 tahun penjara dan 10 sebatan dari tarikh dia ditangkap. Sebaik sahaja mahkamah menjatuhkan hukuman, tertuduh dilihat menghampiri isterinya untuk bersalaman dan meminta maaf atas kesalahan terbabit.
|
ADVERTISEMENT
Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet
24-4-2024 12:08 PM GMT+8 , Processed in 0.082365 second(s), 46 queries .
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.