CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Terkini Lihat artikel

Remaja Dihipnotis, Ditelanjang dan Dirogol Bapa Saudara Sendiri!

9-2-2013 10:00 AM| Diterbitkan: admin6| Dilihat: 12269| Komen: 52

Description: Kanak-kanak 12 tahun dirogol selama 2 bulan ROSDALILAH ZAHARI 8 Februari 2013 Asisten Komisioner Shaharon Anuar Abdul Latif BATU GAJAH - Selepas dua bulan menyimpan rahsia menjadi mangsa nafsu s ...
Kanak-kanak 12 tahun dirogol selama 2 bulan
ROSDALILAH ZAHARI
8 Februari 2013


Asisten Komisioner Shaharon Anuar Abdul Latif

BATU GAJAH - Selepas dua bulan menyimpan rahsia menjadi mangsa nafsu serakah kerakusan seks bapa saudara sendiri, akhirnya kanak- kanak perempuan berusia 12 tahun membuka rahsia kepada ibunya.

Ketua Polis Daerah Baru Gajah, Asisten Komisioner Shaharon Anuar Abdul Latif berkata, perbuatan keji suspek terbongkar apabila ibu mangsa yang kini dirawat di Hospital Batu Gajah (HBG) akibat barah usus menceritakan perkara tersebut kepada Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Katanya, selepas mendengar cerita tersebut, Pegawai JKM terbabit bertindak membuat laporan di Balai Polis Tronoh mengenai kejadian itu.

“Kanak-kanak malang itu tinggal bersama ibunya dan lima adik-beradik lain serta suspek di Rumah Murah, Tronoh, di sini.

“Suspek berusia 52 tahun itu tinggal di rumah tersebut sejak tiga tahun lalu dan bekerja sebagai pengait kelapa sawit bagi menampung kehidupan mereka.

Beliau berkata, kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam 10 pagi, Januari lalu ketika mangsa mengadu sakit perut dan suspek tidak membenarkannya ke sekolah.

Menurutnya, suspek kemudiannya membeli makanan untuk mangsa, namun mangsa tiba-tiba pening serta tidak sedarkan diri selepas menjamahnya.

“Apabila mangsa sedar, dia melihat suspek sedang memakai seluar dalam, manakala bajunya terangkat sehingga ke dada dan seluarnya pula diturunkan sehingga paras lutut.

“Mangsa berasa sakit pada bahagian alat sulitnya dan menceritakan insiden tersebut kepada ibunya. Ibu mangsa tidak mengesyaki apa-apa sehinggalah kakak sulung mangsa bertengkar dengan suspek berkaitan kejadian rogol itu semalam (kelmarin),” katanya, di sini, semalam.

Beliau berkata, mangsa turut mendakwa dirogol lebih kurang tiga kali sejak dua bulan lalu dan berikutan itu, percakapan saksi dirakam, manakala suspek ditahan pada jam 5 petang kelmarin di rumah sama.

“Suspek akan ditahan reman untuk siasatan lanjut. Kes ini disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan iaitu rogol dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara tidak kurang lima tahun dan tidak lebih daripada 20 tahun serta sebatan,” katanya.




Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote lasagnaklcc 8-2-2013 06:07 PM
Ni bapak sudara durjana

Selalunya dlm movie drama ke kalau kena pil pengsan je sedar2 perogol tgh pakai seluar...takde lagi tgh2 rogol terjaga.  
So skrg real life pon sama rupanya.


Quote worldonfire 8-2-2013 06:09 PM
lasagnaklcc posted on 8-2-2013 06:07 PM
Ni bapak sudara durjana

Selalunya dlm movie drama ke kalau kena pil pengsan je sedar2 per ...

biar akak pulak hipnotis jantan nie bagi pil tidur... pastu telanjangkan dia dan potong kemaluan dia....
Quote boyagombak 8-2-2013 06:14 PM
worldonfire posted on 8-2-2013 06:09 PM
biar akak pulak hipnotis jantan nie bagi pil tidur... pastu telanjangkan dia dan potong kemaluan d ...

ahkak world ada bajar ilmu hypnotis ke, mntkle tulon ajarin sket
Quote eragon 8-2-2013 06:36 PM
dah ACP dah shahroom anuar ni..
dulu ASP masa mula start gerak khas...
Quote sayang_gurlz 8-2-2013 06:48 PM
ni polis dlm gerak khas tu kan..(eh salah topik plak)..
Quote redz85 8-2-2013 07:28 PM
Ibu mangsa tidak mengesyaki apa-apa sehinggalah kakak sulung mangsa bertengkar dengan suspek berkaitan kejadian rogol itu semalam

rendah sangat ke IQ mak dia
Quote solstice 8-2-2013 07:31 PM
Mak kurang cerdik
Pak sedara trlebih cerdik
Quote MissNigga 8-2-2013 07:52 PM
mmg lelaki bangsat ....
berlambak pelacor ... ponen kat luar tu yang nak bagi service ... anak dara sunti gak yang jadi mangsa napsew serakah
Quote PitMie 8-2-2013 07:59 PM
MissNigga posted on 8-2-2013 07:52 PM
mmg lelaki bangsat ....
berlambak pelacor ... ponen kat luar tu yang nak bagi service ... anak dara ...

Itu yg haku heran tuh....pedofilia nih masalah hape ntah suke sgt nak main ngan bebudak kecik....sdgkan pelacur bohsia sluts kaki one night stand nih bercambah, tp tetap dok nmpk bebudak yg belum cukup sifat tuh....sungguh hamjadah mereka inih.

Permintaan kpd MissNigga yg tough, tolong sula jantan bangsat itew dgn penuh keayuan....
Quote MissNigga 8-2-2013 08:12 PM
PitMie posted on 8-2-2013 07:59 PM
Itu yg haku heran tuh....pedofilia nih masalah hape ntah suke sgt nak main ngan bebudak kecik....s ...

euw... cer tepek pic lelaki bangsat ni dulu.. kalo tastestissss... iols rela sajork...
kalo muka hazab... bio iols gelek ngan bulldozer
Quote PitMie 8-2-2013 08:28 PM
MissNigga posted on 8-2-2013 08:12 PM
euw... cer tepek pic lelaki bangsat ni dulu.. kalo tastestissss... iols rela sajork...
kalo muka ...

Cis...dabel stended sungguh ahkak MissNigga nih....tak layak jd majistret lgsg.. Kalau penjenayah hensem mesti lepas, yg muka pecah rumah kene sebat 100 kali...
Quote MissNigga 8-2-2013 08:33 PM
PitMie posted on 8-2-2013 08:28 PM
Cis...dabel stended sungguh ahkak MissNigga nih....tak layak jd majistret lgsg.. Kalau penjenayah  ...

bukan dabel stended ler abe pitt.. iols cuma tak mo membazir jer...
sayang... teramat sayang.... kalo barang cantik tak dipakai dulu... lepas pakai baru ler pikir nak buat apa yang patut...
kan gitu kekdahnya jaman sekarang abe pit
Quote Acong 8-2-2013 08:40 PM
aku kata bunuh saja si celaka itu.....!
Quote PitMie 9-2-2013 01:06 AM
MissNigga posted on 8-2-2013 08:33 PM
bukan dabel stended ler abe pitt.. iols cuma tak mo membazir jer...
sayang... teramat sayang....  ...

Ye tak ye juge...boleh aku apply dlm kehidupan seharian prinsip MissNigga tuh semoga aku diberi pedoman...
Quote xpdckelate 9-2-2013 01:17 AM
mintak dikasi je,cilikak tul
Quote Babai 9-2-2013 01:25 AM
worldonfire posted on 8-2-2013 06:09 PM
biar akak pulak hipnotis jantan nie bagi pil tidur... pastu telanjangkan dia dan potong kemaluan d ...

Kalo kita yang pompuan ni pun tak kenal mana satu vagina, mana satu ovari. Baik kita tutup mulut jela toksah nak gebang lelebih.
Quote Ezra_Dania 9-2-2013 01:31 AM
mohon dipotong anu nya ... kt M'sia org tak takut jd perogol,

kes2 mcm ni dh byk kali berlaku, nape still terjadi lg sampai skrg?
Quote Orange1 9-2-2013 01:51 AM
Tak maluuuu, takde tempat nak lepas nafsu pegi cari budak....low classs sungguhhh.
Quote cmf_blingblings 9-2-2013 02:22 AM
Sila amend akta ROGOL ke atas kanak-kanak
Kasi sula sampai mamfussss

Lihat semua komen(52)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 04:43 AM GMT+8 , Processed in 0.060359 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top