CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Hot Topic Lihat artikel

3 Jam Sebelum Beranak Baru Nak Repot Diperkosa!

7-4-2014 10:39 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 18336| Komen: 111

Description: “Mangsa Kemudiannya Ditinggalkan Di Kawasan Semak Itu Tanpa Belas Kasihan Dan Pulang Ke Rumahnya Secara Sendirian Dua Jam Kemudian Tanpa Memberitahu Sesiapapun Termasuk Ibu Bapanya,” Katanya Ketika ...

Gambar hiasan



Jeli: Seorang remaja berusia 15 tahun yang cuba merahsiakan dirinya diperkosa teman lelaki daripada pengetahuan keluarga akhirnya terpaksa mengakui perkara itu apabila dia selamat melahirkan seorang bayi perempuan di rumah keluarganya di Kampung Nibong, Tanah Merah, dekat sini, Selasa lalu.

Remaja itu yang tidak bersekolah dan bekerja sebagai pelayan sebuah kedai makan di Bukit Bunga, dekat sini, mendakwa diperkosa teman lelaki yang masih menuntut di sebuah sekolah menengah kebangsaan berdekatan Tanah Merah sekitar September, tahun lalu.

Dalam kejadian jam 5.30 pagi, remaja berkenaan mengadu sakit perut mahu bersalin dan dibawa ke klinik kesihatan berdekatan untuk melahirkan bayinya sebelum dirujuk ke Hospital Tanah Merah (HTM), dekat sini, untuk rawatan susulan.

Ketua Polis Daerah Jeli Deputi Superintendan Sheik Azhar Sheik Omar berkata, tiga jam sebelum melahirkan bayinya, remaja terbabit sempat membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jeli berhubung insiden dia diperkosa.

Beliau berkata, mangsa dipercayai berjaya mengaburi mata keluarganya berikutan memiliki tubuh badan yang kecil dan tidak mengalami sebarang alahan meskipun menyedari dirinya hamil ketika kandungannya berusia enam bulan.

“Mangsa juga mendakwa pada hari kejadian dia dirogol, dia terlebih dulu diambil suspek untuk ke tempat kerja di Bukit Bunga sebelum suspek yang membawa motosikal Honda EX5 melencong ke kawasan semak di Kampung Ayer Lanas, dekat sini, dan merogolnya kira-kira jam 8.30 malam.

“Mangsa kemudiannya ditinggalkan di kawasan semak itu tanpa belas kasihan dan pulang ke rumahnya secara sendirian dua jam kemudian tanpa memberitahu sesiapapun termasuk ibu bapanya,” katanya ketika ditemui di pejabatnya, di sini, semalam.

Sheik Azhar berkata, ketika ini mangsa masih dirawat di HTM untuk rawatan lanjut termasuk diberi kaunseling bagi menghilangkan trauma.

Katanya, polis sudah menahan suspek di rumahnya di Kampung Ayer Chanal, Tanah Merah, dekat sini, dan dia kini direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan (KK) yang jika sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga 20 tahun dan dikenakan sebatan.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote noor2 5-4-2014 10:13 AM
ni mesti keluarga yang suruh buat laporan....

Quote Suchi 5-4-2014 10:15 AM
rogol, peknen, beranak

hari2
berita pasal rogol n peknen

lg satu sumbang mahram..
pening haku bertuhankan sex belaka

betul gak kata indian yg gaduh2 ngn org kt fb psl kes hina ank ketua cabin crew tu.

solat 5 waktu tp jahat juga
adik badik sendiri pun di rogol

bila difikirkan kes rogol dan sumbang mahram sememangnya selalu  melibatkan ummah melayu islam

skrg adik badik n sedara mara sendiri pun takleh caya dah

sedeh
Quote berancuk 5-4-2014 10:16 AM
kelantan darul sempat buat laporan
Quote sayangkid 5-4-2014 10:16 AM
alahai...mude nye
Quote purpledesire 5-4-2014 10:20 AM
bagus..akhirnya dpt gak tangkap si perogol tu..ko jgn ingat lps ko dah buntingkan anak dara org pastu ko boleh lps bebas erk..
Quote addamnor 5-4-2014 10:33 AM
selayaknya lah dengan bohsia bersenggama dengan jantan tak semenggah..
Quote kambeng_masam 5-4-2014 10:38 AM
tak kira lah apa sekalipun budak ni menggatal ke..betul2 kene rogol ke....JANTAN KEPARAT tu harus diheret! Berani buat beranilah tanggung! pengecut.
Quote solstice 5-4-2014 10:46 AM
Katanya sering berhubung ngan jantan tu melalui tepon sblm ni
Alahai dik... jaga lah batas pergaulan jantan betina
Bukan main berani naik motor ngan jantan... umo baru 14... 15
Kalau jaman aku kecik dulu maunya mampus kena belasah ngan mak pak kalau berani naik motor ngan jantan
Never ever

Bila dah kena rogol... dah terberanak... nk meroyan pon x guna
Tp ye lah
Jaman skarang masy pon dah x heran bnda2 cenggini

Well... setau aku... jeli ni walao kawasan ulu
Tp bohsia bohjan berlambak2 jugak
Kem askar pon byk
Quote burque 5-4-2014 10:46 AM
kambeng_masam posted on 5-4-2014 10:38 AM
tak kira lah apa sekalipun budak ni menggatal ke..betul2 kene rogol ke....JANTAN KEPARAT tu harus di ...

Touch and go kot konsepnya
Quote burque 5-4-2014 10:48 AM
solstice posted on 5-4-2014 10:46 AM
Katanya sering berhubung ngan jantan tu melalui tepon sblm ni
Alahai dik... jaga lah batas pergaula ...

Fikiran masih naif kot

Mungkin masih ingat dlm dunia ni yakde org jahat
Quote solstice 5-4-2014 10:49 AM
Ni kawasan jajahan takluk mak hayam cikgu sherita ni
Opssss
Quote _ejat_ 5-4-2014 10:52 AM
always . tengok nama negeri sudah . bosan . balik balik rogol . buat report polis .
Quote clarizsa 5-4-2014 10:56 AM
family yg pksa suh report la tu... bagus family dia.. lpas beranak, jg bb elok2, ada msa p amik lesen moto... xyah dah nk tumpang org.. bahaya..
Quote SiMontel 5-4-2014 10:58 AM
solstice posted on 5-4-2014 10:49 AM
Ni kawasan jajahan takluk mak hayam cikgu sherita ni
Opssss

weh cikgu sherrita tu wujud ke ?dulu penah baca blog dia pastu tak baca dah hihihi
Quote AbukRokok 5-4-2014 11:02 AM
budak kelantan what to expect
Quote AbukRokok 5-4-2014 11:03 AM
solstice posted on 5-4-2014 10:46 AM
Katanya sering berhubung ngan jantan tu melalui tepon sblm ni
Alahai dik... jaga lah batas pergaula ...

mgkin dia belajar bawak motor..bf duk belakang...dan sbg support he stick it in from beee hind
Quote batmana 5-4-2014 11:05 AM
mak pak pn sama ..
umo 15 thn, pi bagi henset,
pstu tk kwl.kdg2 galakkn anak tuk bf ngn gf.

Quote ice_sky92 5-4-2014 11:06 AM
Kenapa tongkatwaran ni ada waktu pagi je ek?
Quote alieyrina 5-4-2014 11:06 AM
Bagi kawen jah terus..pandai buat pandaila tanggung ..

Lihat semua komen(111)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 05:12 AM GMT+8 , Processed in 0.059967 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top