CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Kenderaan Lihat artikel

Pandu Uji Toyota Altis 1.8e Seronok Dipacu

9-4-2014 03:46 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 14609| Komen: 9

Description: Justeru, Infokereta Turut Tidak Ketinggalan Menguji Sejauh Mana Kehebatan Jentera 1.8 Liter Ini. Walau Pun Ternyata Ia Tidak Mampu Menandingi Kehebatan Kuasa Yang Dimuntahkan Oleh Enjin 2.0, Namun Alt ...


Sebelum ini InfoKereta pernah memandu uji Toyota Altis 2.0 iaitu seminggu sebelum tarikh pelancarannya pada 20 Januari lalu. Rasanya tidak lengkap jika model Altis 1.8E tidak dipandu uji.

Justeru, InfoKereta turut tidak ketinggalan menguji sejauh mana kehebatan jentera 1.8 liter ini. Walau pun ternyata ia tidak mampu menandingi kehebatan kuasa yang dimuntahkan oleh enjin 2.0, namun Altis 1.8E tetap tidak menghampakan.

Dengan enjin 1.8 liter empat silinder sebaris, 16 injap, DOHC dengan Dual VVT-i, Altis 1.8E ini mampu menghamburkan kuasa maksimum sehingga 139 PS (2.0L = 145 PS) pada 6,400 rpm dan tork puncak 173 Nm (2.0L =187 Nm) pada 4,000 rpm. Tidak dinafikan kuasa prestasi yang dihasilkan oleh enjin 1.8 liter berada pada tahap memuaskan.




Seperti model 2.0 liter, pedal pendikit Altis 1.8E ini juga tidak perlu ditekan sedaya mungkin jika ingin mendapatkan kelajuan yang tinggi. Ia pantas memberikan kuasa kelajuan yang diingini tanpa melibatkan kerahan enjin. Pujian wajar diberikan pada enjin ini kerana ia tidak menimbulkan bunyi yang bising sehingga menyerapi ruangan kabin. Ternyata enjin yang dipadankan pada Altis kali ini cukup terbaik.

Bukan itu sahaja, padanan transmisi CVT dengan tujuh kelajuan yang turut dibantu oleh Sports Sequential Shift membantu menyalurkan prestasi yang menguja. Setiap kali berlaku pertukaran gear, seakan tidak dirasai kerana ia begitu lancar tanpa sebarang kesan sentakan. Malah gear juga cukup memberikan respons mengikut kelajuan yang dipacu.




Penulis cukup seronok memandu di kawasan berselekoh kerana ketika inilah dapat menguji kemantapan sistem brek, pedal pendikit, stereng dan suspensi Altis. Ternyata ia seumpama hadir dengan kesempurnaan kerana ketika melenjan jentera di selekoh, tidak terasa membuai sebaliknya ia kekal mantap. Malah sistem brek, pedal pendikit dan stereng berkuasa elektrik cukup responsif.

Begitu juga dengan padanan sistem suspensi MacPherson Strut dan Torsion Beam yang kedua-duanya disokong oleh bar penstabil membantu memberikan kemantapan pada jentera ini. Sekali gus mengundang kepuasan di dalam pengendalian Altis 1.8E.

Kita bercerita pula bab rekaan luaran dan dalaman Altis 1.8E ini.

Bagi rekaan luaran, ia tidak banyak berbeza dengan model 2.0V atau 2.0G. Untuk 1.8E ini, ia dipadankan dengan lampu utama halogen dan jeriji radiator kekemasan krom. Dan unit pandu uji ini juga dilengkapi dengan padanan aerokit yang membantu menyerlahkan lagi imejnya danlampu belakang LED.




Manakala pada bahagian kabin pula, ternyata Toyota amat mementingkan keselesaan, maka model Altis ini juga diproduksi untuk salah satu tujuan sebegitu. Tempat duduk standard dengan material fabrik menjadi pilihan Altis 1.8E juga masih selesa diduduki. Ruang kaki dan ruang kepala pada bahagian tempat duduk belakang juga sangat memuaskan.



Rekaan pada papan pemuka sederhana dan tidak sarat. Terdapat meter dengan paparan pelbagai informasi (MID) standard. Ia turut dilengkapi dengan skrin paparan sesentuh bersaiz tujuh inci yang turut berfungsi sebagai paparan sistem navigasi, kamera undur (sebagai salah satu opsyen untuk pembeli) serta 2-DIN pemain DVD.

Tidak seperti model 2.0 yang dilengkapi dengan sistem kunci pintar dan butang penghidup enjin, untuk Altis 1.8E ini ia menggunakan cara konvensional iaitu kunci biasa.




Bagi aspek keselamatan, Altis 1.8E ini turut dilengkapi dengan ABS, EBD, dua beg udara, dan ISOFIX.

Dengan harga atas jalan yang ditawarkan iaitu RM114,000 (Semenanjung), RM115,663.60 (Sabah), RM115,713.60 (Sarawak), RM72,029.70 (Langkawi) dan RM72,960.60 (Labuan), pemilikan Toyota Altis 1.8E ini juga dilihat sebagai pembelian yang berbaloi. Malah ia juga sesuai dengan eksekutif muda kerana tampil dengan imej yang ranggi serta sedikit sporty.

Spesifikasi :

  • 
Enjin : 21.8 liter empat silinder sebaris DOHC 16-injap Dual VVT-i

  • Transmisi : Transmisi boleh laras berterusan (CVT) 7-kelajuan dengan Sports Sequential Shift

  • Kuasa maksimum : 139 PS @ 6,400rpm
  • 
Tork maksimum : 173 Nm @ 4,000 rpm

  • Sistem suspensi : MacPherson Strut dengan bar penstabil (hadapan) & Torsion Beam (belakang)
  • 
Sistem brek : Ventilated Discs (hadapan) & Solid Discs (belakang)
  • 
Kapasiti tangki bahan api : 55 liter


1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (6 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mofisa 3-4-2014 09:55 AM
setakat nama toyota je la...mahal nak mampus. 2 airbag je? VSC pon takde?
absorber pon torsion beam..hmmmm..
kaya UMW..kaya.
Quote ejai601 3-4-2014 12:36 PM
mahal woooo
Quote zulka 3-4-2014 02:17 PM
spotrim dia sbiji mcm inspira.....
sape tiru sape
Quote berun 3-4-2014 04:45 PM
zulka posted on 3-4-2014 02:17 PM
spotrim dia sbiji mcm inspira.....
sape tiru sape

bukan tiru siapa. bnda da siap kt kilang tgal letak cop je.
Quote dpsa 14-4-2014 11:52 AM
mampu tengok gambo jelah..
Quote lkick2113 14-4-2014 01:19 PM
kereta jepon ni overrated la...
Quote lkick2113 14-4-2014 01:22 PM
masalahnya yg sole distributor ni yg buat taik kat kereta dan harganya contoh UMW dan KAH motor, cer bayangkan rega patut lg murah dengan spek yg ditawarkan dan dah la tu assemble kat sini tapi camna bleh mahal dari kereta conti (relative) ???? ada sape dapat jawab???
Quote waksir 14-4-2014 01:30 PM
brand T mmg laris kt sini. Jadi mereka tau yg org sini pentingkan brand vs features.
jual mahal pun tetap terlajak laris gak ..
Quote mattzzx 14-4-2014 09:14 PM
Harganya yang sikit terlebih mahal.......

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 04:08 AM GMT+8 , Processed in 0.058632 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top