CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Hot Topic Lihat artikel

Tagih Air Mayat Sebagai Ubat

10-4-2014 10:12 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 9122| Komen: 59

Description: Air Mayat Yang Kotor Dan Berkuman Itu Digunakan Semula Sebagai Air Mandi Kononnya Untuk Menghilangkan Rindu Kepada Si Mati, Merawat Kanak-Kanak Yang Terkena Badi Mayat, Sebagai Air Penerang Hati Dan M ...
Kuala Terengganu: Air mandi mayat dijadikan ubat. Itu fahaman khurafat segelintir umat Islam di negeri ini yang masih menular dan sukar dibendung sejak puluhan tahun lalu.

Air mayat yang kotor dan berkuman itu digunakan semula sebagai air mandi kononnya untuk menghilangkan rindu kepada si mati, merawat kanak-kanak yang terkena badi mayat, sebagai air penerang hati dan mengubat ketagihan dadah.


Malah, ada juga ada yang meminta tali pengikat kain kafan dan sarung tangan digunakan tukang mandi mayat untuk membersihkan dubur si mati, juga dengan alasan dibuat ubat.

Tukang mandi jenazah wanita, Indong Awang, 66, yang berpengalaman selama 17 tahun dalam bidang itu, berkata, ada juga individu yang percaya air mandi mayat mampu menyembuhkan penyakit AIDS.

“Perbuatan khurafat ini sudah lama berlarutan dan masih berlaku sekarang, menyebabkan kami serba salah. Ini kerana apabila kami menolak permintaan mereka, ada yang marah dan ada juga berkeras melakukannya sendiri,” katanya.

INDONG (kanan) menunjukkan kain yang dijadikan tali untuk mengikat jenazah manakala pembantunya Siti Nor menunjukkan air mandian yang ditadah di dalam jag.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tongkatwaran75 10-4-2014 07:19 AM

INDONG (kanan) menunjukkan kain yang dijadikan tali untuk mengikat jenazah manakala pembantunya Siti Nor menunjukkan air mandian yang ditadah di dalam jag.
Quote GhostWalking 10-4-2014 07:25 AM
Kawan aku sorang pernah sekali amik cebisan tali ikat jenazah arwah ayah dia then ikat kat tangan.untuk mengubat rindu katanya..tapi memang dia kuat semangat la ayah dia meninggal pas 4 hari kwn aku tu da masuk kelas balik dat time.smayang pun dia pakai kain tu dunno why and boleh ke.kompius gak tapi orang tengah sedih taknak la tanya.
Quote WawaRaRa 10-4-2014 07:29 AM
ewwww biar betik.... macam2 r diorg ni...
Quote incek_akim 10-4-2014 07:47 AM
ade jugak yang makan penampo mayat tu karang. pelik2 jela main diorang ni
Quote chaoyunjie 10-4-2014 07:51 AM
ada juga ye...
air mayat sebagai penerang hati...erkss
Quote -electrifying- 10-4-2014 08:49 AM
dah xde koje la tu
Quote mrseller 10-4-2014 08:54 AM
Kehebatang tanpe batasang :lol
Quote abas8888 10-4-2014 09:08 AM
kalau rindu pada si mati ya sedekah al fatihah...
Quote lucky_peace 10-4-2014 09:29 AM
abas8888 posted on 10-4-2014 09:08 AM
kalau rindu pada si mati ya sedekah al fatihah...

absolutely~~~ itu je yang kite mampu tuk mengubat rindu...
Quote nidzrain 10-4-2014 09:30 AM
yg aku tau baju2 lama simati tu mmg boleh la buat lps rindu.. lelagi baju terakhir si mati gunakan sblm mandi jenazah... tp xtau la plak aku cebisan kain kapan tu boleh mengubat rindu....

pd aku kalau dah kain kapan tu lg aku cuak ada la... mcm nak soh mati sama je... errkkk
Quote riehan 10-4-2014 09:58 AM
erm?...plik nye?.kn kotor..
Quote sekel 10-4-2014 10:01 AM
nk ubat rindu bacakan Yasin & bersedekah atas nama si arwah
Quote nizam49 10-4-2014 10:06 AM
kepercayaan karut smua ni...
Quote kenarikelabu 10-4-2014 10:12 AM
Mengarut lah melayu nih.....
Quote clarizsa 10-4-2014 10:19 AM
eeuuww... wat mende gini... jijik laa..
Quote MegiTomyam 10-4-2014 10:20 AM
Quote PulutDereyan 10-4-2014 10:23 AM
xbleh hadam perangai pelik diorg ni..
Quote pencinta_achor 10-4-2014 10:30 AM
melayu dgn tahyul....aishhhhh
Quote haryatie 10-4-2014 10:31 AM
menakutkan jerk..
air tu x kotor ker...
kalau org kasi kat aku mau seumur hidup lak aku x tido..takutnya.... Last edited by haryatie on 10-4-2014 10:33 AM

Lihat semua komen(59)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 07:37 PM GMT+8 , Processed in 0.220741 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top