CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pelajar Perempuan Tahun 1 Dicabul Guru Dalam Stor Sukan!

10-4-2014 10:16 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 18528| Komen: 65

Description: Difahamkan, Kejadian Itu Terbongkar Pada Sebelah Petang Hari Yang Sama Apabila Murid Tersebut Memberitahu Ibunya Bahawa Dia Enggan Lagi Pergi Ke Sekolah Kerana Trauma Atas Perbuatan Keji Guru Terbabit ...

Gambar hiasan


TUMPAT - Seorang murid perempuan Tahun Satu sebuah sekolah rendah dekat sini mengalami trauma untuk ke sekolah setelah mendakwa dicabul oleh seorang guru lelaki sekolah berkenaan, Isnin lalu.

Dalam kejadian sebelah pagi itu, murid berkenaan mendakwa telah dicabul guru sukan itu ketika berada di stor sukan.

Difahamkan, kejadian itu terbongkar pada sebelah petang hari yang sama apabila murid tersebut memberitahu ibunya bahawa dia enggan lagi pergi ke sekolah kerana trauma atas perbuatan keji guru terbabit.


Bapa mangsa kemudian melaporkan kejadian berkenaan di Balai Polis Wakaf Bharu dekat sini kelmarin.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tumpat, Superintendan Zaharudin Rasip ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian itu dan memberitahu, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana menggunakan kekerasan jenayah dengan niat hendak mencabul kehormatan.


"Suspek juga sudah dikenalpasti dan usaha mengesannya kini sedang dilakukan," katanya.

3

Bagus
4

Marah
6

Terkejut
2

Sedih
4

Lawak
5

Bosan

Friends Rank (24 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote theotherfriend 10-4-2014 06:34 AM
Cikgu sukan, dari ai skolah penuh skendel. Slalu sorang je, tp abis semua cikgu sukan terpalit.
Quote rospinki 10-4-2014 07:10 AM
Terigt aku kt cikgu sukan sekolah aku dulu2..tk pernah aku jumpa lelaki sehemsem dia..orgnya putih melepak rambut perang. .baik budi bahse..tp terer ajr kitorg softvall dgn bola tampar. Tp bukan jenis lelaki gedik dan miang..dia senyum dan santun je. Mana tah cikgu tu skrg..bama dia pelik sikit aku easa keturunan org ulu kt sarawak belah long sana. Oo ya..paling tk tahan dia pakai short tu..putih gila kaki dia..
Quote GhostWalking 10-4-2014 07:19 AM
Kebangsat*an apakah ini?Aku rs kena buat saringan la skang cikgu2 nak cek yg jenis gini sila berambus duduk dalam semak
Quote md.jie 10-4-2014 08:01 AM
ramai jah guru yang gila seks
Quote jengkoil 10-4-2014 08:03 AM
Cikgi bodo tu xde anak sekolah rendah ke?
Bolo punye olang...  :@
Quote clarizsa 10-4-2014 08:06 AM
apa ni?!!! cikgu awat ramai mkin teruk nih.. hish.. budak tu baru nak knal sekolah, dah trauma sbb bangsat sekor...

geram la camni.. haish..
Quote naina 10-4-2014 08:08 AM
budak tahun 1 tahuke cabul tu apa?
tah2 dh dok berdua j dlm stor pon dia igt cabul.
Quote haryatie 10-4-2014 08:09 AM
mmg nk kena terajang jerk cikgu ni..
mcam sial jerk..
Quote batmana 10-4-2014 08:14 AM
cikgu buat jenayah cmni,
paling teruk kene tuka skola aja kan?..

Quote kokocrunch 10-4-2014 08:26 AM
tukar sekolah, pastu wat onar kat lain pulak.
harus dikasi jerk org2 mcm nie.
Quote clarizsa 10-4-2014 08:30 AM
naina posted on 10-4-2014 08:08 AM
budak tahun 1 tahuke cabul tu apa?
tah2 dh dok berdua j dlm stor pon dia igt cabul.

budak tu mestila cerita apa yg cikgu hamjad tu buat kt dia... mestila mak dia yg bgtau polis, itu cabul... pastu mestila wartawan tulis itu perbuatan cabul utk pembacaan org dewasa cam kita yg paham apa itu cabul...

xkanla nk explain details apa yg budak malang tu cakap... klu kt mahkamah, kot le...

hish.. she's only 7yrs old,for god sake...
Quote Vellfire 10-4-2014 08:40 AM
rosak cikgu ni
Last edited by Vellfire on 10-4-2014 08:42 AM

Quote zwaty 10-4-2014 08:52 AM
Hina pya nafsu...bdak djh 1 pun jadi......
Quote ais_kosong 10-4-2014 08:54 AM
budak kecik pun nak cabul
vunguks punya cikgu
Quote fifie_olin 10-4-2014 09:05 AM
pecat jek jntn gila sex ni
Quote -electrifying- 10-4-2014 09:29 AM
ape punye ckgu daaa
Quote alinone78 10-4-2014 09:32 AM
Aiyooo dgn budak 7 tahun pun ada nafsu?
Quote Badut.Sarkas 10-4-2014 09:38 AM
this is what happens bila orang yg tak layak jadi diangkat menjadi cikgu.. orang yang tak layak belajar IPTA dapat masuk IPTA.. lebih baik dibiarkan je jadi mat rempit.
Quote Suchi 10-4-2014 09:50 AM
teringat dulu masa form 4-5 ada cikgu BI aku merangkap cikgu disiplin juga tapi dia nih kelakar orgnya suka bercerita n melawak yg kdg2 agak dabel meaning.

bilik guru kat sek aku dulu duk tingkat bawah, atasnya ada kelas.
so dia kata bila cikgu pompuan kuar dr bilik guru nak naik tangga pi kelas.. dorang cikgu laki suke gak ushar betis cikgu yg terselak masa naik tangga tu..
sabor jelah, walhal cikgu2 pkai baju kurung tu leh trselak gak ke kain?

jd bila ade kes cikgu miang cabul murid ke apa nih tak rasa heran dan pelik

sedangkan yg sampai kawen ngn ank murid pun ada huhuhu.

kat sekolah aku dulu drebar bas sekolah kawen ngn pelajar sekolah pun ada, jd bini nombor 2 lah..

senior aku lah, tak sempat pun sekolah ngn dia.. tp selalu jumpa dia sbb dia selalu teman laki dia bawak bas sekolah.

Lihat semua komen(65)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 09:18 AM GMT+8 , Processed in 0.063786 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top