CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Didakwa Tipu Jual Kamera, Kereta Murah

10-4-2014 05:34 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 5433| Komen: 21

Description: Timbalan Pendakwa Raya Norshazwani Ishak Mencadangkan Jaminan Rm6,000, Bagaimanapun Tertuduh Yang Tidak Diwakili Peguam Merayu Supaya Wang Jaminan Dikurangkan Kerana Dia Tidak Bekerja, Masih Belajar S ...
Ibu hamil didakwa tipu jual kamera, kereta murah

AYER KEROH - Seorang wanita mengaku tidak bersalah di mahkamah majistret di sini, semalam atas tuduhan menipu membabitkan penjualan kamera digital dan kereta berjumlah RM2,700 menerusi sebuah portal jualan dalam talian.
       
Siti Fazliana Nordin, 25, dari Jalan Genting Klang didakwa memperdaya Nooraidillah Rasdi, 30, dengan menjual kamera digital jenama Nikon D3000 yang tidak wujud.
       
Mangsa memasukkan wang RM800 ke dalam akaun tertuduh di CIMB Ayer Keroh pada jam 8.16 malam, 13 Disember 2010 lalu.
       
Selain itu, Siti Fazliana didakwa memperdaya Norizan Md Nor, 33, bagi pembelian kereta jenis Honda EK yang tidak wujud.
       
Norizan memasukkan wang RM1,900 ke dalam akaun tertuduh di CIMB Batu Berendam pada Januari 2011.
       
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara dari 1 hingga 10 tahun dan denda dan sebat, jika sabit kesalahan.
       
Timbalan Pendakwa Raya Norshazwani Ishak mencadangkan jaminan RM6,000, bagaimanapun tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu supaya wang jaminan dikurangkan kerana dia tidak bekerja, masih belajar serta sedang hamil empat bulan.
       
Majistret Mohd Firdaus Saleh membenarkan tertuduh diikat jamin RM5,000 bagi kedua-dua pertuduhan dan menetapkan sebutan pada 15 Mei depan.





Bagus
1

Marah

Terkejut
1

Sedih
2

Lawak

Bosan

Friends Rank (4 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote jazaa 10-4-2014 10:10 AM
Duit tu nak buat rebonding ke dik.....
Tak srmpat gi salon dah kena cekup......kempunan nak rambut lurus.....
Quote sekel 10-4-2014 10:12 AM
WOW !!!!!!!!!!!! pink kaler
Quote Badut.Sarkas 10-4-2014 10:15 AM
sape kata cina je menipu lam bisnes? melayu pun bole tahan.. catching up.
Quote fifie_olin 10-4-2014 10:22 AM
serabotnya ko dikk...
tgh study...tp peknen...ank halal ek
Quote pencinta_achor 10-4-2014 10:23 AM
adeshhh.....byk benor masalah kat negara kita ni...
Quote -electrifying- 10-4-2014 10:37 AM
aiyo kempunan pembeli tu nk pki brg murah
Quote rogayahtop 12-4-2014 05:11 PM
ramai je melayu menipu kat mXXXh, aku pun selalu mesej seller bila tengok iklan2 melampau murah pasal saje nak tengok respon seller penipu. ada yg suruh bank in dulu nak tgk kita serious ke tak, ada yg kata dah ada orang lain nak, tp kalau kita nak reserve bank in kan duit dulu. dasar penipu.

antara produk popular penipu ni - mac book, aku rasa dari 10 yg aku mesej, 9 penipu. sorang je akak sg buluh yg memang nak jual macbook dia pasal tak reti pakai, tp lepas 2/3 kali aku mesej tiba2 cakap tak jadi jual pulak.

semoga masuk neraka la diorang2 ni.
Quote batmana 12-4-2014 09:14 PM
Mudah. My tu bukannya bagi korang bankin dlu. Tap mudah tu COD
Quote prettymanja 12-4-2014 09:17 PM
Peknen2 pon nak nipu Org gak, cane tu banak kt Penjara laa gamaknye ahkak nie
Quote linnytuckming2 12-4-2014 09:18 PM
COD lebih selamat
Quote bambimo 12-4-2014 09:35 PM
Mudah.my kan dh wajibkn seller isikn no kp for identification..myb sbb tu budak tu trkantoi..kesian ko dik..hari tu ada abg yg sembelih anak smpai 3 org pun isteri dia carikn lawyer...suami yg mngndungkn kau xcarikn ko lawyer ke...kesian..
Quote sambaldurian 12-4-2014 10:06 PM
kesian, nk cari side income x kena cara
Quote kecimpret 12-4-2014 10:34 PM
Online ni COD je laaa..x penah aku bank in kecuali kat ebay..tu pun guna paypal
Quote cmf_blingblings 12-4-2014 11:04 PM
jazaa posted on 10-4-2014 10:10 AM
Duit tu nak buat rebonding ke dik.....
Tak srmpat gi salon dah kena cekup......kempunan nak rambut  ...

Cantik bersinar rambut dia, mesti pakai rejoice, guna jaripun boleh
Muda2 lagi dah pandai menipu
Quote kukuKakiKakaKu 13-4-2014 01:09 AM
Aish mcm2 hal...
Quote munchkin 13-4-2014 01:47 AM
Slam takziah kpd yg kena tipu tu
Quote mbhcsf 13-4-2014 05:05 AM
hmm...sama je citer macam thread lagi satu tu, yg tunang siap nangis lagi bakal suami kena penjara 31 tahun.

rasanya ni pun profiles sama gak.

bonnie and clyde gittew...
Quote mbhcsf 13-4-2014 05:06 AM
semoga hijrah ke arah yg lebih baik.
Quote poison_paradise 13-4-2014 11:46 AM
Bodohnyer... Jenayah cyber ke ni

Lihat semua komen(21)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-5-2024 12:49 AM GMT+8 , Processed in 0.051690 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top