Pengerusi Perbadanan Pembangunan Kampung Baru (PKB) Datuk Astaman Abdul Aziz berkata, keuntungan nisbah 10 itu dibuat merujuk kepada penilaian semula harga tanah semasa. “Orang mahu tahu nilai dan bila mereka (pemilik tanah) boleh mendapat keuntungan itu. Apa yang pasti, mereka mendapat keuntungan paling besar kerana tanahnya sudah mempunyai nilai tinggi,” katanya pada sidang media Isu Berbangkit Ke Atas Draf PITPKB 2020 di sini, semalam. Menurutnya, PKB berusaha menjaga hak kepentingan pemilik tanah di Kampung Baru iaitu menjual tanah pada harga lebih tinggi. “Kampung Baru mempunyai tanah kecil dan ramai pemilik. PKB memberi ruang dan peluang pada pemilik menerusi draf pelan ini dan pembangunan Kampung Baru selaras dengan pembangunan dirancang Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL),” katanya. Katanya, PKB bertindak sebagai fasilitator iaitu pemudah cara yang menguruskan proses jual beli mahupun pajakan tanah di kawasan itu manakala keputusan kelulusan tertakluk kepada DBKL. “Pemilik tanah masih mempunyai masa selama sebulan untuk membuat keputusan. Apa yang dilakukan PKB adalah memudahkan pembangunan di kawasan ini dijalankan,” katanya. Beliau berkata, faktor kejayaan atau gagal projek pembangunan itu bergantung kepada keyakinan pemilik tanah untuk membangunkan tanah mereka. Merujuk kepada Hari Terbuka dan Pameran Draf PITPKB 2020 yang masih diadakan, tiga isu utama dibangkitkan iaitu cadangan komponen pembangunan terutama kediaman, isu masa depan hak milik dan keuntungan orang Melayu serta pembangunan yang dikatakan memusnahkan warisan. Draf PITPKB 2020 mencadangkan peningkatan jumlah penduduk daripada 18,372 kepada 77,000 orang dengan peningkatan unit kediaman sebanyak 17,500 unit berbanding 5,064 unit sedia ada menjelang 2035. Dalam draf itu, komponen warisan seperti masjid, Kelab Sultan Sulaiman dan 11 rumah warisan terus dikekalkan dan dipertingkatkan dalam menjamin kesinambungan pembangunan cadangkan. “Ruang lebih besar juga diberikan kepada peniaga di Pasar Jalan Raja Bot yang akan beroperasi 24 jam. Apapun, kita tidak boleh hilangkan ciri atau karakter Kampung Baru,” katanya.
|
Pengerusi Perbadanan Pembangunan Kampung Baru (PKB) Datuk Astaman Abdul Aziz berkata, keuntungan nisbah 10 itu dibuat merujuk kepada penilaian semula harga tanah semasa.
freebird posted on 12-4-2014 04:32 PM
kampaung baru penuh dengan expatriate je....
dan juga binatang kesayangan expatriates ni, iaitu tik ...
ADVERTISEMENT
Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet
29-3-2024 12:40 PM GMT+8 , Processed in 0.063726 second(s), 46 queries .
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.