CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Hot Topic Lihat artikel

Unisel rugi RM37 juta

14-4-2014 11:07 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 10249| Komen: 119

Description: Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi Dan Pembangunan Modal Insan, Dr Halimah Ali Berkata, Faktor Kedudukan Kampus Yang Jauh Dari Asrama Telah Menyumbang Kepada Kemerosotan Bilang ...



SHAH ALAM: Kerajaan Selangor mengakui Universiti Selangor (UNISEL) di Bestari Jaya, Kuala Selangor, dekat sini, mengalami kerugian kira-kira RM37 juta, berikutan bilangan penuntut di universiti itu merosot sejak 2009.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, Dr Halimah Ali berkata, faktor kedudukan kampus yang jauh dari asrama telah menyumbang kepada kemerosotan bilangan penuntut universiti itu dalam tempoh lima tahun berturut-turut.

“Keadaan itu disebabkan kedudukan asrama jauh daripada kampus menyebabkan pelajar tidak berminat untuk menyambung pengajian di universiti itu,” katanya semasa menjawab soalan tambahan Budiman Mohd Zohdi (BN-Sungai panjang) pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor di sini, hari ini.

Buat masa ini, penuntut Unisel itu ditempatkan di asrama sementara di Kota Puteri iaitu kira-kira 17 km dari kampus universiti itu.

Ini berikutan bangunan asrama yang sedia ada dalam kawasan universiti berkenaan sedang dibaik pulih kerana mengalami keretakan.

Sementara itu, Budiman yang ditemui pemberita di lobi dewan berkata, beliau tidak berpuas hati dengan kenyataan Halimah.

Katanya, faktor penginapan bukan sebab utama menyumbang kepada kekurangan bilangan penuntut di universiti itu.

"Banyak sebab lain, mungkin tiadanya promosi dan kegagalan pihak berkaitan menguruskan hal-hal pentadbiran universiti itu," katanya. 

3

Bagus
14

Marah
20

Terkejut
4

Sedih
3

Lawak
8

Bosan

Friends Rank (52 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kassim_Patalon 11-4-2014 05:20 PM
Bestari Jaya menda? Batang Berjuntai lah

contohilah singaporn Hospital Kandang Kerbau

===


Dah tukar nama:

Kampung Bogel -> Beliku
Batang Berjuntai -> Bestari Jaya
Nonok -> Asajaya
Pantai Cinta Berahi -> Pantai Cahaya Bule

Bila mau tukar? Sudah tukar ka sekarang?

Kampong Penajis
Batang Ai (Batang Yu mana? )
Bukit Yu (Bukit Ai mana? )

===

Kampung Bogel dekat busut eh Besut.

http://mforum2.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=677068


Quote rospinki 11-4-2014 05:29 PM
my pren katanya senior lekcer kt situ.
Quote tinker_bell 11-4-2014 05:31 PM
universiti bkn company..mmg amal jariah kn..kalau agak2 semua nk untung..siapa nk bayar??student la kn??ioll still tak phm konsep selangor..untung harus billion2 atas kertas..air tak ada..jalan berlubang..sampah tak kutip..denggi makin teruk..mana hak rkyat??takat air percuma je??
Quote ajie2000 11-4-2014 05:38 PM
sibuk berpolitik jer kerja nya...

pas tu sibuk salahkan orang lain..

yang diaaa...
Quote edoraixora 11-4-2014 05:39 PM
Kassim_Patalon posted on 11-4-2014 05:20 PM
Bestari Jaya menda? Batang Berjuntai lah

contohilah singaporn Hospital Kandang Kerbau

Pantai Dalam yg name xde kelucahan pun dah kne tukar
pantai sentral park katenye, urban konon

Quote -electrifying- 11-4-2014 05:41 PM
semua salah anwar
Quote shamsadis 11-4-2014 05:44 PM
Baru aritu kak azizah puji husband dia pandai jana ekonomi Selangor
Quote saladin780 11-4-2014 05:54 PM
edoraixora posted on 11-4-2014 05:39 PM
Pantai Dalam yg name xde kelucahan pun dah kne tukar
pantai sentral park katenye, urban konon

Bosan nama2 tmpt jt malaysia ni..asik2 jaya sentral putra je
Quote Kassim_Patalon 11-4-2014 06:01 PM
saladin780 posted on 11-4-2014 05:54 PM
Bosan nama2 tmpt jt malaysia ni..asik2 jaya sentral putra je

kau tertinggal damansara

Quote freebird 11-4-2014 06:07 PM
ada ke unibesiti yang untung kat malaya ni???

aku rasa 'unibesiti ini tolong melayu' tu rogi beratus2 juta setiap tahun....
Quote ronin 11-4-2014 06:07 PM
Kassim_Patalon posted on 11-4-2014 05:20 PM
Bestari Jaya menda? Batang Berjuntai lah

contohilah singaporn Hospital Kandang Kerbau

part Batang Berjuntai tu tentu ada sejarah bagaimana tempat tu dpt nama mcm tu.....
Quote totokreturn 11-4-2014 06:25 PM
Unisel naper rugi...? Baru cadang nak naikkan surcharge, melalak ketuatnan mca marah selangor.... ehh sejak bila U kerajaan di malaysia nih untung..?
Quote wookiehoney 11-4-2014 06:27 PM
aku kenal few budak unisel yg cabut dr uni tu sebab takmo duk tempat cmtu
Quote fredbok87 11-4-2014 06:59 PM
baru jek nak mintak jadi lecturer situ.....
Quote kecimpret 11-4-2014 07:21 PM
tinker_bell posted on 11-4-2014 05:31 PM
universiti bkn company..mmg amal jariah kn..kalau agak2 semua nk untung..siapa nk bayar??student la  ...

Aku duk kl ni pun jln byk berlubang..kdg2 sampah pun miss x kutip..air pun kena catu..denggi br last week lori dtg fog..ko nak salahkan selangor gak ke
Quote tinker_bell 11-4-2014 07:23 PM
kecimpret posted on 11-4-2014 07:21 PM
Aku duk kl ni pun jln byk berlubang..kdg2 sampah pun miss x kutip..air pun kena catu..denggi br la ...

sbb ahli parlimen ko org pr kn??
Quote kgdangar 11-4-2014 07:26 PM
tinker_bell posted on 11-4-2014 05:31 PM
universiti bkn company..mmg amal jariah kn..kalau agak2 semua nk untung..siapa nk bayar??student la  ...

hmmm....ade logik nye komen anda tu...
tp kalo bab xder air tak boley la nk salahkan kerajaan slgor....dh mmg musim kering skang nih...
Quote magnus 11-4-2014 07:27 PM
Elok tak unisel ni..?kursus yg ditawarkan ok ke?..kalau semua ok..mungkin tak cukup promosi atau yuran mahal sgt ..atau tak jd pilihan utama student..mcm mana plak dgn KUIS..harap ok..
Quote tinker_bell 11-4-2014 07:32 PM
kgdangar posted on 11-4-2014 07:26 PM
hmmm....ade logik nye komen anda tu...
tp kalo bab xder air tak boley la nk salahkan kerajaan slg ...

dah mb lembab..bila tak ada air baru nk buat projek air??mcegah lebih baik kekdahnya..

Lihat semua komen(119)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 08:36 PM GMT+8 , Processed in 0.239175 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top