CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Politik & Peristiwa Lihat artikel

Sukar Untuk Tewaskan Azmin

15-4-2014 10:47 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 3298| Komen: 0

Description: Shah Alam- Biarpun Menyaksikan Pertandingan Empat Penjuru Bagi Merebut Jawatan Timbalan Presiden, Namun Penyandangnya Azmin Ali Masih Sukar Untuk Dikalahkan.
SHAH ALAM- Biarpun menyaksikan pertandingan empat penjuru bagi merebut jawatan Timbalan Presiden, namun penyandangnya Azmin Ali masih sukar untuk dikalahkan.

Penganalisis politik, Prof Madya Azizuddin Mohd Sani berkata, ini kerana pengaruh Azmin selain kemampuan beliau menggalas jawatan itu sejak 2010.

“Sebenarnya apabila berlaku banyak penjuru, penyandang akan mempunyai lebih peluang untuk mengekalkan jawatannya.

“Mungkin yang berminat untuk bertanding mempunyai pengikutnya tersendiri tapi bukan senang untuk tewaskan penyandang,” katanya kepada Sinar Harian.

Pemilihan PKR kali ini menyaksikan penyandang Timbalan Presiden, Azmin Ali bakal dicabar  Tan Sri Khalid Ibrahim, Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail dan Ketua Cabang Batang Kali, K Ramachandran.

Mengulas lanjut katanya, Azmin yang bakal bertembung dengan calon yang bukan calang-calang itu pasti akan menjejaskan jumlah undinya, tetapi jika berlaku pertandingan satu lawan satu akan lebih menarik.

“Kita harapkan ada lagi calon yang tarik diri, sekiranya berlaku pertembungan antara Saifuddin dan Azmin pastinya memberikan saingan sengit.

“Walaupun Khalid (Khalid Ibrahim) ada pengaruh dan pengikut, namun ia lebih kepada Selangor sahaja. Tapi Azmin dan Saifuddin lebih dikenali dan ada pengikut yang ramai,” katanya.





Bagus

Marah
1

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 11:43 AM GMT+8 , Processed in 0.274826 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top