CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Terkini Lihat artikel

"Suka hati sayalah nak sewakan kepada siapa pun"

23-2-2013 12:03 PM| Diterbitkan: admin6| Dilihat: 23081| Komen: 166

Description: Kuala Lumpur: “Saya tidak kisah apa orang nak kata. Ini rumah saya dan hak saya. Jadi suka hati sayalah nak sewakan kepada siapa.”Itu kata seorang wanita mahu dikenali sebagai Linda, 29, antara sege ...


Kuala Lumpur: “Saya tidak kisah apa orang nak kata. Ini rumah saya dan hak saya. Jadi suka hati sayalah nak sewakan kepada siapa.”

Itu kata seorang wanita mahu dikenali sebagai Linda, 29, antara segelintir warga kota yang mengamalkan hidup ala Hollywood dengan menyewakan bilik di kediaman mereka kepada lelaki.

Bagi golongan seperti Linda, apa yang lebih utama ialah mendapat sumber kewangan untuk menampung kos kehidupan dan ada juga yang menganggap berkongsi rumah dengan individu berlainan jantina lebih serasi dan selesa.


“Kami bukan buat perkara tak senonoh. Kalau orang nak ambil tahu pun, saya cakaplah kami saudara. Yang penting, beban saya berkurangan,” katanya.


Bagaimanapun, cara kehidupan songsang itu disifatkan Penasihat Majlis Agama Islam Johor (MAIJ), Datuk Noh Gadut sebagai mengundang syaitan dan perlu dijauhi kerana ia jelas bertentangan dengan ajaran Islam.

“Tindakan itu boleh diibaratkan seperti ‘kucing dengan ikan’. Mana boleh kita dapat mengawal kedua-dua situasi ini dan ia sudah pasti akan berlaku tindak balas negatif.

“Walaupun tidak berlaku zina tetapi ia akan menimbulkan fitnah. Perlu diingatkan apabila berada lelaki dan perempuan, sudah pasti syaitan menjadi rakan yang akan mendampingi mereka,” katanya.

Menurutnya, Islam jelas menggariskan hubungan yang dibolehkan serta tidak dan ia perlu dijadikan panduan oleh golongan muda agar tidak terikut-ikut budaya Barat kerana ia akan menyebabkan kerosakan akhlak kepada generasi akan datang.

Noh berkata, walaupun mereka tinggal di bilik berasingan namun sesetengah daripada mereka pasti akan berkongsi peralatan lain seperti bilik air dan kesempatan itu akan diambil syaitan untuk mendekati mereka.

“Jangan main dengan nafsu serta hasutan syaitan kerana orang alim pun boleh terbabas. Kita perlu elakkan fenomena ini daripada berlaku.

“Mereka ini mungkin tidak tahu perkara dilakukan ini dilarang, tidak perlu ambil tindakan dengan menangkap mereka sebaliknya cara berdakwah adalah yang terbaik untuk mendekati mereka,” katanya ketika dihubungi.

Trend berkongsi rumah lelaki dan wanita tanpa ikatan perkahwinan dikesan Harian Metro daripada sumber mahu dikenali sebagai Afis, 27 yang kebetulan mencari bilik untuk disewa menerusi laman web.





Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote AdamBillionaire 23-2-2013 11:15 AM
metro majalah playboy malaysia
Quote Leyla 23-2-2013 11:18 AM
"Saya tidak kisah apa orang nak kata. Ini rumah saya dan hak saya. Jadi suka hati sayalah nak sewakan kepada siapa.”
ayat..x bole blah..
suka ati ko la joyahhh
Quote zamirra 23-2-2013 11:18 AM
perkara cam ni dah lama berlaku...baru sekarang perasan ke apa Noh Gadut ni?

yg dok menyewa campur2 byk...sila buat bancian dulu.
Quote PenjualAPAD 23-2-2013 11:20 AM
Stail bukan islam mase ngaji la kot student laki pompuan menyewa rumah yang sama, apa lagi kasi banteras la sampai ke akar umbi
Quote revolusi_30 23-2-2013 11:22 AM
Benda Takde Apa Kowt....Takde Isu La NE mETRO
Quote ice98 23-2-2013 11:25 AM
sukati ko la linda... nnt mati sukati org la kan nak kambus balik lubang kubur ko ke tidak... org dh tolong galikan pon dah kira cukup baik dah... hahahaha.... boleh camtu?
Quote R2D2 23-2-2013 11:30 AM
PenjualAPAD posted on 23-2-2013 11:20 AM
Stail bukan islam mase ngaji la kot student laki pompuan menyewa rumah yang sama, apa lagi kasi bant ...

di IPTA dh lama cite sewa rumah lelaki perempuan ni

Quote freebird 23-2-2013 11:34 AM
seperti biasa, harian metro untuk warga felda pprt...
Quote honam 23-2-2013 11:34 AM
Jangan pancut dalam dah la
Quote Ppaw 23-2-2013 11:44 AM
Dah lama dah.....hehehe


Punya ramai yg buat gini.....RM punya pasal..... Jiran aku sebelah rumah ni pun buat....rumah dia ada 4 bilik...master room dia punya....yg lain lelaki..... Kalau sy buat bbq...semua dtg...baik2 belaka....dan siap suami bg nasihat.... tp mereka ketawa jer....
Dah 3 tahun gitu.....
Quote oharyaty 23-2-2013 11:56 AM
dunia dah akhir zaman.....xkira dosa pahala..........
Quote sepok 23-2-2013 12:05 PM
mustahil berkongsi satu rumah tak buat apa2..paling koman pun mengintai masa mandi then tangan pukul adik kecik sampai muntah
Quote ~boolean 23-2-2013 12:06 PM
Ramai orang tahu benda ni dah lama dah....

tapi ramai juga yang pejam mata buat2 tak nampak, kononnya tak mau masuk campur hal orang...
seolah2 kita pula bersubahat sebab biarkan maksiat berlaku depan mata...termasuklah aku sendiri...

Semoga Allah mengampuni dosa kita semua...
Quote card_reader 23-2-2013 12:29 PM
benda dah lama dah, dari student sampai ke orang yg dah kerja............
Quote HannahMontana 23-2-2013 12:33 PM
part tidur sekatil sebab hotel penuh pun byk...

part tidur sebilik ,sekatil ,sebantal pun byk..

Malaysia sudah lama menjadi Hollywood..apa hal baru sekarang baru nak buat2 faham.
Quote MissMamamia75 23-2-2013 12:35 PM
dunia akhir zaman dah...sumer sbb gejala sekularisme yg berleluasa di Malaysia..AL-quran & Hadis tidak lagi jadi ikutan..
sedih sungguh..nama nya negara Islam..tp hakikatnya...mudah2an mereka sumer beroleh hidayah..Amin..
Quote iqbalriad 23-2-2013 12:35 PM
kalau boleh cuba elakkan ...kecuali darurat...cuma kena kuat lawan godaan
Quote lordvoldemort 23-2-2013 12:38 PM
“Tindakan itu boleh diibaratkan seperti ‘kucing dengan ikan’.

adakah Noh Gadut menyamakan org dengan binatang.... ????? saja nak tanya?
Quote Nash^Roy 23-2-2013 12:42 PM
Lerr.. 15 tahun lepas lg aku penah sewa blik.. main room bdk pompuan dok.. takde mslh pun.. tak plak aku tringin nak fck dia.. like she said.. umah dia sukati dia la..

Ramai je melayu yg perasan alim kat sini..

Lihat semua komen(166)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 06:28 PM GMT+8 , Processed in 0.063282 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top