CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Gosip Lihat artikel

Amy Search Dedah Rahsia Dalam Buku Biografi

16-4-2014 04:30 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 7852| Komen: 25

Description: Selama Ini Ramai Yang Hanya Mengenali Beliau Sebagai Seorang Penyanyi. "Lagenda Rock Negara", "Otaimer", "Rockstar", Itu Antara Gelaran Yang Cukup Sinonim Dengan Empunya Diri, Amy Search. ...



Selama ini ramai yang hanya mengenali beliau sebagai seorang penyanyi. "Lagenda Rock negara", "otaimer", "Rockstar", itu antara gelaran yang cukup sinonim dengan empunya diri, Amy Search. "Phewwwittt!!", 'bunyi ala siulan' itu trademark beliau.

Bergelar pengibur sejak lebih 3 dekad, figura berusia 55 tahun ini terus berada di kelas tersendiri sekaligus kekal sebagai inspirasi buat para peminat setianya juga anak muda masa kini. Namun, tidak siapa tahu siapa sebetulnya pemilik nama sebenar Suhaimi Abdul Rahman ini.

Seiring dengan penglibatannya selama 32 taun dalam persada muzik tanah air, Amy Search akhirnya bersedia mendedahkan siapa dirinya yang sebenar. Segala rahsia yang tak pernah diketahui umum kini dibongkar menerusi sebuah buku biografi, eksklusif untuk para peminat.


"Idea untuk hasilkan buku biografi ni sebenarnya sudah lama, sejak tahun 2009. Tapi ianya tertangguh disebabkan masalah keewangan dan dari segi kekangan masa. Tapi prosesnya dah bermula sedikit demi sedikit.

"Buku ini eksklusif untuk peminat saya yang memberi sokongan sejak bergelar artis pada tahun 1980-an lagi. . Isi kandungannya bercerita tentang pengalaman suka dan duka, sepanjang 30 tahun pembabitan saya dalam bidang hiburan. Juga siapa diri saya yang sebeanrnya. Banyak orang hanya kenal saya sebagai penyanyi, tapi mereka tidak tahu saya ni asalnya seorang budak nakal", katanya kepada Malaysian Digest ketika ditemui baru-baru ini.

Tidak hanya bertumpu kepada perjalanan kariernya, malah penerbitan biografi setebal 400 mukasurat ini turut menceritakan kisah hidupnya.



"Selama ni orang tau saya rockers, tapi orang tak tau kisah sebenar hidup saya. Ramai yang tak tahu saya pernah bekerja sebagai buruh kasar. Biografi ini menyikap kehidupan saya yang bermula dari hari ini hingga membawa pembaca mengenali dunia saya, zaman bagaimana saya membesar, kemudian menjadikan nyanyian sebagai hobi hinggalah jadi profesyen saya sampai hari ini. Saya juga kongsikan beberapa pengalaman yang pernah saya lalui, yang mana saya pasti peminat tak peernah terfikir pun apa yang perna saya lalui itu", katanya lagi.

Setakat ini, judul biografi tersebut belum diputuskan namun yang pasti naskah istimewa ini akan berada di pasaran selepas hari raya Aidilfitri nanti.

Dalam pada itu Amy juga berkata beliau tidak kisah berkongsi beberapa cerita hitam juga kontroversi yang pernah dilaluinya sebelum ini. 

3

Bagus
2

Marah
1

Terkejut
2

Sedih
2

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (12 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tupaiterbang 16-4-2014 12:10 PM
pernah masuk hospital sb tekanan mental..
dirinya mahu jadi perempuan...
Quote -electrifying- 16-4-2014 12:45 PM
tupaiterbang posted on 16-4-2014 12:10 PM
pernah masuk hospital sb tekanan mental..
dirinya mahu jadi perempuan...

amyS ke? or org lain ko tujukan ni?
Quote munchkin 16-4-2014 12:47 PM
berapa harga buku tu?
Quote tupaiterbang 16-4-2014 12:56 PM
-electrifying- posted on 16-4-2014 12:45 PM
amyS ke? or org lain ko tujukan ni?

lu pikir sendiri...
Quote tomet05 16-4-2014 01:33 PM
adeh ye ke nih
Quote doubleA 16-4-2014 02:01 PM
macam best je
Quote -electrifying- 16-4-2014 02:35 PM
tupaiterbang posted on 16-4-2014 12:56 PM
lu pikir sendiri...

aduh, sel2 otak aku xberhubung lgi la.
Quote emmet_23 16-4-2014 02:52 PM
nak tau citer dia masa zaman rock dulu... zaman buat show kt fun fair. mesti sedih nyer. macam citer Wings dulu main fun fair.
Quote pakweneelofa 16-4-2014 08:36 PM
aku menyampah betul lagu dia ngn hazama tu..suka lagu misteri...lama..aku menanti....musim saling berganti...kemunculan..gadis misteri...hohoooooooooooooo
Quote solstice 16-4-2014 09:23 PM
Lantak kao lah amy
Yg pasti aku x akan beli
Kalau baca free pon x nk
Kecuali kalau dia citer kes masuk sepital tu kalau betul
Dan kes dia trlanjur /incest
Quote Grengo 16-4-2014 09:29 PM
jual buku pulak...
Quote devilito2 17-4-2014 01:20 PM
yeah... rock sampai lebam...
Quote Asdira 18-4-2014 12:46 AM
dulu masa dlm thn 90-an,ada ruangan kisah artis dlm Pancaindera.
Amy citer dia pernah keje bengkel motor sbb nk cari duit.hdp jd artis x seindah mana pn-kata dia.
Quote 4cupcakes 9-5-2014 01:56 PM
nak buat felem xjadi.. buat buku pulekk
Quote kucen_miang 9-5-2014 02:40 PM
solstice posted on 16-4-2014 09:23 PM
Lantak kao lah amy
Yg pasti aku x akan beli
Kalau baca free pon x nk

dia incest ngan sapa nok?
Quote solstice 9-5-2014 05:06 PM
kucen_miang posted on 9-5-2014 02:40 PM
dia incest ngan sapa nok?

iols x sanggup nak cakap
Lg pon gosip saja lah
Kalau dah incest ngan sapa lagi yuols

Quote kakikuDibibirmu 9-5-2014 05:24 PM
-electrifying- posted on 16-4-2014 02:35 PM
aduh, sel2 otak aku xberhubung lgi la.

pergilah minum susu anmum abang mierul, baharulah sel-sel otak dapat berhubung
Quote kakikuDibibirmu 9-5-2014 05:24 PM
kucen_miang posted on 9-5-2014 02:40 PM
dia incest ngan sapa nok?

dengan anak perempuan dia lah
Quote shernazz 9-5-2014 07:00 PM
agak2 dia dedah tak pekerjaan dia sebagai buruh kontrak kat cheras dolu
best tau, bapak aku cakap, depa ni siap bawak gitar jalan kaki dari jalan cheras kajang tu masuk dalam ke cheras permata...dekat HVD, tempat tinggal depa dolu2 mase baru nak naek

Lihat semua komen(25)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 01:16 PM GMT+8 , Processed in 0.061364 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top