CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Hot Topic Lihat artikel

Wardina Tegur Ustaz Don Sebar Hadis Palsu

16-4-2014 05:47 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 68604| Komen: 772

Description: Wardina Safiyyah Meminta Para Ulama, Ustaz Dan Mufti Di Malaysia Supaya Menyemak Semula Isi Kandungan Ceramah Ustaz Don Daniyal Kerana Dikhuatiri Menyebarkan Maklumat Tanpa Rujukan Sahih.
Wardina Safiyyah meminta para ulama, ustaz dan mufti di Malaysia supaya menyemak semula isi kandungan ceramah Ustaz Don Daniyal kerana dikhuatiri menyebarkan maklumat tanpa rujukan sahih.





WALAUPUN sudah bersara dalam dunia lakonan, namun selebriti cantik, Wardina Safiyyah, sememangnya tidak asing lagi dalam program ceramah agama dan amal kebajikan.


Malah, jika diteliti menerusi laman sosial, Facebooknya, ibu kepada tiga anak ini nyata menggunakan medium berkenaan untuk tujuan dakwah dan menyampaikan ilmu-ilmu agama.

Namun, baru-baru ini, nama Wardina Safiyyah, menjadi isu hangat apabila dia  berkongsi tulisan mengenai kompilasi video berjudul, Kompilasi Hadis Palsu dan Pendustaan Don Daniyal, di Facebooknya.


Walaupun ianya hanyalah perkongsian daripada tulisan pemilik Facebook bernama, Nur Puteri Dayana, namun tindakan Wardina mendapat reaksi ramai pengikutnya.

Tidak kurang juga yang menyelar tindakan selebriti ini apabila dia menyeru  para ulama, ustaz dan mufti di negara ini supaya menyemak semula kandungan ceramah Ustaz Don Daniyal kerana dikhuatiri menyebarkan maklumat tanpa rujukan.

Malah Wardina juga turut melahirkan kebimbangan sekiranya masyarakat disogok dengan sumber cerita yang tidak dirujuk.

"Saya bukanlah orang alim. Namun saya menyeru kepada para ulama, ustaz, mufti supaya menyemak kembali apa yang diperkatakan oleh Don Daniyal.

"Minta berdiskusi bersama beliau, saya risau jika masyarakat kita disogokkan dengan sumber cerita tanpa rujukan. Saya risau ketaksuban kita pada cerita mistik. Islam sudah cukup dengan Quran dan Sunnah.

"Saya pohon pihak TV, Al Hijrah supaya menyemak balik kandungan, sudah beberapa kali saya terdengar perkara dan penyampaian yang tidak sahih darinya.

"Saya sayangkan Ustaz Don dan mereka yang cintakan agama. Namun agama ini perlu hujah dan dalil, perlu disiplin. Islam bukan agama mistik, ianya berpandukan dalil Quran dan Sunnah," katanya lagi.

Tiada niat aibkan Don

Menjadikan medan sosial sebagai tempat 'berbahas' Wardina turut memberi respons kepada pengikut yang mengkritik tindakannya itu.

"We have a right to ask, We should ask. Yes even to our ustaz and ustazah. Dari mana sumber ini? Siapa yang berkata ini? Apa lanjutan cerita ini? Saya musykil dengan jawapan ustaz. Bolehkah ustaz terangkan lagi?

"Ya, kerana para sahabat juga bertanya kepada Nabi SAW dan Nabi membenarkan.

"Bertanyalah dan para ustaz jawablah persoalan kami ini. Bukalah minda kami. Jangan suruh kami ikut kamu, namun suruh lah kami mengikut Quran dan Sunnah Nabi SAW," katanya lagi.

Namun, tindakan Wardina itu nyata kurang disenangi pengikut laman sosial apabila selebriti dilihat seperti cuba mengaibkan pendakwah popular itu.

Malah, ada yang menyarankan agar Wardina perlu menegur Ustaz Don secara berhemah tanpa menggunakan laman sosial.

Menerima saranan dengan hati yang terbuka, Wardina memberitahu bahawa dia akan bertanya perkara ini secara peribadi.

"Terima kasih semua. Saya akan cuba tanya Ustaz Don secara 'personal'. Dah hantar dah emel. Semoga saya dapat mewakili ribuan lagi orang awam yang keliru. Insya-Allah.

"Alhamdulillah dapat pengikut FB yang berhemah, beradab dan prihatin. Saya juga yakin pengikut FB semua sedaya upaya cuba menjadi Muslim yang baik, mempraktikkan Islam di dalam amalan harian bersama keluarga.

"Saya tidak ada niat mengaibkan, video itu bukan video aib. Video itu adalah ceramah dari ustaz. Mungkin juga orang yang buat video itu khuatir dengan isi penyampaian ustaz. Saya percaya ini semua ada hikmahnya. Wallahualam," jelasnya lagi.

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote yipun_78 16-4-2014 12:46 PM
pots calling d kettle black, Wardina? hang pon sama je pastu hang bongkak x minta maaf
Quote supernaturalee 16-4-2014 12:47 PM
ustaz don selalu minta ditegur klu ada slh silap dlm penyampaian dia
Quote minyak 16-4-2014 12:48 PM
contoh kisah tak sahih??
Quote annehuda 16-4-2014 12:48 PM
ye aku pun nak tau contoh kisah tak sahih tu...
Quote Innrukia 16-4-2014 12:50 PM
Sekarang ratib semua kat social media
Quote Maideen. 16-4-2014 12:51 PM
So Ostad Don ni ulamak credible ka tak credible ka? Prrrrrrrrrrrrpfffftght

Maideen~Bak kata lobai, biarlah ahlul agama jer cakap pasal agama......prrrrrrrrrpffffftght
Quote namirulmukminin 16-4-2014 12:52 PM
minyak posted on 16-4-2014 12:48 PM
contoh kisah tak sahih??

Tah... bagi la contoh... ni dak... main hentam je kata kisah tak sahih... Kisah apa? yang mana satu? Orang nak tau jugak... adeh... Hah... ni aku bertanya jugak ni... nak tenteramkan hati aku gak ni...
Quote kakikuDibibirmu 16-4-2014 12:58 PM
adakah bani ta mim tanah mulayu?

[youtube]JmaZqdM2XH0[/youtube]

http://youtu.be/JmaZqdM2XH0
Quote ultra78 16-4-2014 12:58 PM
Ini kes kisah israilliyat ke? Pernah satu hari saya menghadiri satu kuliah agama di surau. Penceramah tu bercerita tentang kenapa org perempuan datang haid. Saya pffth kan aje sebab cerita dia bersumberkan kisah tradisi Yahudi. Entah-entah cerita dari kirab talmud. Kalau nak dengar cerita yang mengasyikkan dari adam hingga moses, baca aje kisah tradisi yahudi
Quote dino 16-4-2014 01:00 PM
annehuda posted on 16-4-2014 12:48 PM
ye aku pun nak tau contoh kisah tak sahih tu...

bani tamim....
Quote dino 16-4-2014 01:02 PM
namirulmukminin posted on 16-4-2014 12:52 PM
Tah... bagi la contoh... ni dak... main hentam je kata kisah tak sahih... Kisah apa? yang mana sat ...

dr maza dah tgur ustaz don tuh.... no need la retis bljr tak hbis nak sound lebih2.... dah la pernah buat cite silap kat fb... haram nak mintak maaf....


Quote Badut.Sarkas 16-4-2014 01:05 PM
hampir 90% yang diceritakan oleh ustaz2 ni aku rasa banyak yang hearsay, takde bukti sahih, penuh emosi, dan karut..
Quote harizs 16-4-2014 01:07 PM
minyak posted on 16-4-2014 12:48 PM
contoh kisah tak sahih??

KOMPILASI HADIS PALSU DAN PENDUSTAAN DON DANIYAL

Takutlah ancaman dari nabi s.a.w apabila berbohong atas nama baginda maka tempatnya di lubang neraka.
[fbv]683988118309608[/fbv]


(quote penulis yg compile bideo ni)
Mana2 yang sekadar datang kat wall ni nak cakap :

1. Ini aib
2. Mengumpat
3. Pergi jumpa dulu face to face
4. Ini cela ulama
5. Ini ustaz dah kira benar

Maka baca dulu riyadhus salihin bab GHIBAH yang dibenarkan dlm islam.

Bab penyelwengan dlm agama ISLAM wajib mrk yang tahu sebarkan.

Jika ada hujah sila berikan secara ilmiah bahawa Don Daniyal ini mmg sedang membawa kebenaran dalam cerita-ceritanya.

Must See sampai habis video ini.

Mohon rakan2 doakan Encik DOn supaya kembali kpd Al-Quran dan Sunnah bukannya dengan aqal dan hawa nafsu serta ikut kalam tok sheikh yang jauh dgn Quran dan Sunnah...

Hentikan menyebarkan hadis2 palsu.

Takutlah ancaman dari nabi s.a.w apabila berbohong atas nama baginda maka tempatnya di lubang neraka.

Pendustaan ini cukup berat sampai kini DON belum menjawabnya berkenaan hadis mana yg dia sebutkan,dalilnya mana ?

Please hentikan pembohongan Don Daniyal, kesian pada org ramai yg anda dah ditipu dengan riwayat-riwayat cerita pelik, ditipu mentah2.

Quote pakweneelofa 16-4-2014 01:08 PM
dino posted on 16-4-2014 01:00 PM
bani tamim....

kicap tamin
Quote pakweneelofa 16-4-2014 01:08 PM
aku tetap sokong kak WARDINA KAK MISHA SPANAR JAYA BUKAN TAKAT NAK REPAIR KERETA
Quote namirulmukminin 16-4-2014 01:09 PM
dino posted on 16-4-2014 01:00 PM
bani tamim....

Oooo... yang bani Ta Mim tu katanya bani Tanah Melayu tu ke? Aku pon konpius gak pasal tu...
Quote tobby 16-4-2014 01:13 PM
namirulmukminin posted on 16-4-2014 01:09 PM
Oooo... yang bani Ta Mim tu katanya bani Tanah Melayu tu ke? Aku pon konpius gak pasal tu...:swe ...

perlukan penjelasan pasal Ta Mim itu maksudnya melayu.
Last edited by tobby on 17-4-2014 01:31 AM

Quote Leonarzi 16-4-2014 01:13 PM
Wardina ni perasan bagus dan nak cri populariti yg dia paling bijak pandai walhal taraf pendidikan spm je
Quote bidacool 16-4-2014 01:15 PM
wardina ni dulunya belajar agama kat mana?

Lihat semua komen(772)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

23-4-2024 07:02 PM GMT+8 , Processed in 0.111218 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top