CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Gosip Lihat artikel

Dikecam Berpesta Songkran: Remy Ishak Ada Penjelasannya

17-4-2014 05:43 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 23842| Komen: 116

Description: Biarpun Dilempar Dengan Komen-Komen Negatif Oleh Segelintir Pihak, Namun Kata Remy, Dia Tidak Ambil Pusing Mengenai Hal Itu Kerana Niatnya Hanya Mahu Berseronok Sambil Merasai Sendiri Pengalaman Tenta ...



Aktor kacak Remy Ishak berpendapat tidak menjadi satu kesalahan bagi dirinya malah sesiapa saja untuk berseronok di Pesta Songkran yang berlangsung di Bangkok baru-baru ini.

Biarpun dilempar dengan komen-komen negatif oleh segelintir pihak, namun kata Remy, dia tidak ambil pusing mengenai hal itu kerana niatnya hanya mahu berseronok sambil merasai sendiri pengalaman tentang budaya masyarakat asing. Lebih-lebih lagi katanya, dia jarang mendapat peluang sebegitu.

"Saya tak merancang pun hendak ke pesta tersebut. Sebenarnya, selesai saja jalani penggambaran filem 'Antara Satu', saya rasa saya perlu hilangkan stress sebab sepanjang penggambaran memang memenatkan. Ketika itu saya fikir, saya perlu keluar dari 'habitat saya' maksudnya jauh dari rumah atau kampung.


"Tapi cuti saya tak panjang, jadi saya ambil keputusan bercuti ke destinasi yang dekat-dekat saja. Kebetulan saya tak pernah ke Bangkok, jadi itu yang saya teruja nak ke sana.

Kebetulan pula masa tu ada sambutan pesta tersebut.

"Saya memang suka pada warisan dan kebudayaan. Jadi saya rasa tak salah kalau kita ambil tahu mengenai budaya di rantau Asia. Mengenai komen negatif segelintir pihak itu, saya tak baca pun. Pada saya, kalau ada yang positif kenapa kita perlu ambil yang negatif", ulasnya mengenai isu tersebut sewaktu ditemui pada majlis disebalik tabir filem terbaru lakonannya, 'CEO', di Damansara, semalam.

Baru-baru ini, Remy menerusi laman Instagramnya ada memuat naik beberapa gambar sewaktu berada di keraian tradisional masyarakat Thailand itu. Secara ringkas, Pesta Songkran bermaksud, sambutan tahun baru Thai. Pada hhari tersebut diadakan acara menyimbah air simbolik sebagai membersihkan patung-patung Buddha.

Bagaimana ada sebilangan peminat yang memberikan komen mengatakan Remy tidak patut ke pesta tersebut kerana tindakannya itu dianggap bercanggah dengan ajaran agama Islam.

Sementara itu, menyentuh pula mengenai filem CEO, Remy berkata dia mula tertarik untuk berlakon dalam filem berkenaan selepas membaca skrip dan wataknya.

Namun Remy mengakui ada ketikanya dia mengalami tekanan emosi dalam menjayakan karakternya iaitu sebagai seorang tokoh koporat dan kemudian terpaksa hidup sebagai orang biasa apabila dia dipecat.

"Bila saya dapat skrip filem ini saya terus tertarik. Karakter saya kali ini komedi tapi komedi yang serius. Paling mencabar bila saya daripada seorang tokoh koporat dengan tiba-tiba terpaksa lalui hidup seperti orang biasa.

"Karakter CEO tu perlukan saya kawal dari segi cara cakap, dan gaya saya. Kemudian saya kena tukar jadi orang biasa. Saya rasa pressure emosi.Tapi ianya satu cabaran bagi saya. Untuk redakan konflik tu, saya banyak berborak dengan pengarah", katanya yang memengang watak Adam.

Diarahkan oleh pengarah baru Razaisyam Razak, 'CEO' merupakan terbitan sulung Arafilm Sdn Bhd. Filem ini menceritakan jalan kehidupan setiap manusia yang tidak akan kekal selamanya, seperti roda yang sentiasa berputar. Setiap orang mempunyai kecekalan menempuhi kesukaran hidup dan perlu bijak mengatur langkah.

Filem ini menjalani penggambaran di sekitar Kuala Lumpur selama 30 hari bermula pada 15 Jun hingga 15 Julai 2013 dan menelan belanja lebih kurang RM1.8 juta.

Bakal ditayangkan pada 12 Jun 2014, CEO turut dijayakan oleh barisan pelakon hebat lain seperti Beto Khusyairi, Christina Suzzane, Deana Yusof dan Jalaluddin Hassan.


Bagus

Marah

Terkejut
2

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Pailang 17-4-2014 09:26 AM
laaa... dah elok2 jadi mamak berjiwa melayu sejati, dah nak tukar jadi mamak thailand lak ker? appparrrraaaa ini worang

errr.... tapi salah ke kalau kita sekadar tengok budaya orang? apasal ada orang cakap salah dalam islam? aku rasa salah kalau kita ikut apa yg diajar agama diorang....stakat tengok tak salah kot






Last edited by Pailang on 17-4-2014 09:29 AM

Quote bottombikini 17-4-2014 09:28 AM
mana gambo bersongkran??
Quote kjk_2006_256 17-4-2014 09:29 AM
Ooo ok... serious aku baru tau yang pesta songkran ni ada kaitan dgn Buddhism...
Ingatkan pesta ni macam ala2 budaya Thailand je. Bila da masuk pasal buddhism, memang ada kaitan dgn keagamaan lah nampaknya...

Memula aku ingatkan remy ni kena kecam pasal dia joint songkran yelah skrg kan tgh hot isu catuan air kat Klang valley..., rakyat Selangor merana kena catuan air dia sedap2 buang air kat Siam sana. Skali rupanya sebab lain daaaa..... BTW, kat Siam tak kena catu air kah?? Bukan iklim sama je ke panas dan lembab (skrg kurang lembab) sepanjang tahun? Last edited by kjk_2006_256 on 17-4-2014 09:30 AM

Quote NHolmes 17-4-2014 09:32 AM
Aik si remy sehak je ke kena kecam berpesta songkran? Huhuhu ape2 jela Remy.. Kat Malaysia pun ada jugak sambut songkran nih..
Quote kak_jiebam 17-4-2014 09:33 AM
Kat c.i ada gambo dia ber songkhran...

Dan ramai jejanz hot separa bogel sekali....auntie likes sesangat
Quote amiraira 17-4-2014 09:46 AM
remy buat semua nk kecoh
kalau artis lain wat,semua wat dono je

bkn dia niat nk celebrate pn
kebetulan ade sana
apa salahnya kn

kt malaysia ni pn byk perayaan
semua org celebrate
x de sapa kata apa2 pn
Quote annehuda 17-4-2014 09:58 AM
"Saya tak merancang pun hendak ke pesta tersebut. Sebenarnya, selesai saja jalani penggambaran filem 'Antara Satu', saya rasa saya perlu hilangkan stress sebab sepanjang penggambaran memang memenatkan. Ketika itu saya fikir, saya perlu keluar dari 'habitat saya' maksudnya jauh dari rumah atau kampung.


nk hilangkan stress gitu...   mcm takde kaedah lain nmpknye... baik ko pegi wat amal kebajikan kt rumah anak yatim ke boleh jugak hilangkn stress
Quote pakweneelofa 17-4-2014 10:00 AM
amiraira posted on 17-4-2014 09:46 AM
remy buat semua nk kecoh
kalau artis lain wat,semua wat dono je

ntah...kesian remy..dah la tk dapat tiz zaqyah...nasib remy sama mcm saya
Quote saladin780 17-4-2014 10:01 AM
'peminat' ni memang x de keje lain ke..kehidupan dorg ni mmg berkisar ngan apa yg retis kegemaran depa buat n pakai aje kan
Quote caplimau 17-4-2014 10:03 AM
aku pun ingt songkran tu men2 air je..
hahhahahahha..
walaupun nenek aku org siam, tp die ckp men simbah2 air je..
Quote amiraira 17-4-2014 10:04 AM
pakweneelofa posted on 17-4-2014 10:00 AM
ntah...kesian remy..dah la tk dapat tiz zaqyah...nasib remy sama mcm saya

kannnnn....
ala diorg jeles kt remy mira ni tau
Quote makcik.karipap 17-4-2014 10:12 AM
gambar kebasahan takde?
Quote kucen_miang 17-4-2014 10:15 AM
annehuda posted on 17-4-2014 09:58 AM
nk hilangkan stress gitu...   mcm takde kaedah lain nmpknye... baik ko pegi wat amal kebaji ...

drp dia ilangkan stress kat patpong, ok la tu.
Quote mzzenma 17-4-2014 10:17 AM
Retis malaysia suka sambut halloween ja
Quote Syd 17-4-2014 10:20 AM
kjk_2006_256 posted on 17-4-2014 09:29 AM
Ooo ok... serious aku baru tau yang pesta songkran ni ada kaitan dgn Buddhism...
Ingatkan pesta ni  ...

ni yang kawan2 thailand mak yang dok citer pasal songkran
ala2 tanya pasal sejarah etc


dia ckp..
dulu buddha neh lahir bawah pancutan air ke apa tah
sbb tu dorang pung celebrate mcm tuh


/- tingat kisah lama2 time songkran, @az2801

Quote klobot 17-4-2014 10:20 AM
WARISAN DAN KEBUDAYAAN KATENYEEEE
Quote ais_kosong 17-4-2014 10:22 AM
kalau men air hujan salah x?
Quote tomet05 17-4-2014 10:25 AM
xde yan nak paste kan gambirnya disini ke ?
Quote elamor 17-4-2014 10:27 AM
image.jpg



Lihat semua komen(116)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 08:59 PM GMT+8 , Processed in 0.077196 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top